Keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat
membenarkan penggunaan kalimah Allah digunakan oleh penganut agama Kristian pada hari ini memang telah dijangkakan.
Kenyataan Timbalan Presiden PAS, MohamadSabu dua hari
yang lalu yang mengesahkan bahawa PAS bersetuju kalimah Allah
digunakan oleh masyarakat bukan Islam menjadi petanda yang memudahkan lagi proses
membuat keputusan dikalangan ketiga-tiga komponen parti gabungan PakatanRakyat.
Lebih mendukacitakan keputusan yang
dibuat terang-terang menyanggah dan tidak menghorma tititah Ke Bawah Duli Yang
Maha Mulia Sultan Selangor yang bertindak sebagai Ketua Agama atas nasihat Majlis
Agama Islam Selangor (MAIS) yang menyelar pihak-pihak yang cuba mengganggu-gugat kesucian Islam
dengan membawa Isu kalimah Allah itu.
Logiknya masalah ini terbeban kepada
PAS disebabkan parti inilah sejak penubuhannya 60 tahun yang lalu memperjuangkan
Islam termasuk hal yang menyentuh persoalan Aqidah. Sikap PAS yang
sanggup menggadaikan maruah perjuangannya amat disanjung oleh DAP dan PKR.
Seingat saya belum ada lagi perkara-perkara yang membabitkan Islam dalamana PAS dapat mempertahankannya. Kes-kes kecil seperti tukang gunting rambut wanita di Kota Bharu, papan iklan dan penutupan pusat-pusat hiburan dalam bulan Ramadhan di Kedah membuktikan pandangan ini.
Tindakan yang saya ambil semasa diamanahkan memegang portfolio Hal Ehwal Islam dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor seperti arak, judi, rumah urut, hotel bajet dan terakhir peristiwa DUMC menserlahkan betapa PAS sudah hilang maruah akibat tunduk dengan kehendak DAP dan PKR.
Seingat saya belum ada lagi perkara-perkara yang membabitkan Islam dalamana PAS dapat mempertahankannya. Kes-kes kecil seperti tukang gunting rambut wanita di Kota Bharu, papan iklan dan penutupan pusat-pusat hiburan dalam bulan Ramadhan di Kedah membuktikan pandangan ini.
Tindakan yang saya ambil semasa diamanahkan memegang portfolio Hal Ehwal Islam dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor seperti arak, judi, rumah urut, hotel bajet dan terakhir peristiwa DUMC menserlahkan betapa PAS sudah hilang maruah akibat tunduk dengan kehendak DAP dan PKR.
Dalam isu kalimah
Allah yang menyentuh persoalan pokok dalam Islam
iaitu Aqidah menyerlahkan ketidakupayaan PAS mempertahankan dirinya. PAS
terpaksa memilih DAP dan PKR bukan ulama-ulama besar mereka seperti Ketua Dewan Ulama,
Dato Harun Taib, Timbalan Mursyidul Am, Dato DrHaron Din, Ketua Penerangan, Dato Tuan
Ibrahim Tuan Man dan ramai lagi yang
telah menyuarakan pandangan mereka bila isu ini timbul duatahun yang lalu.
Jelas kepada kita ulama dalam PAS semakin terpinggir, suara mereka tidak lagi didengar dan tidak hairan kalau golongan ini terus dipencilkan.
Jelas kepada kita ulama dalam PAS semakin terpinggir, suara mereka tidak lagi didengar dan tidak hairan kalau golongan ini terus dipencilkan.
Bagi saya inilah kerja golongan parasit dalam
PAS.Setakat ini mereka begitu berjaya mengubah halatuju PAS. Atas pengaruh mereka PAS
telah membuat keputusan yang berkaitan dengan dasar parti tanpa merujuk kepada Majlis Syura Ulama.
Apa yang ada lagi kepada parti inibila Majlis Syura Ulama pun tidak lagi diberipenghormatan yang selayaknya.
Apa yang ada lagi kepada parti inibila Majlis Syura Ulama pun tidak lagi diberipenghormatan yang selayaknya.
Saya berharap sejuta ahli PAS
dan ramai lagi penyokong mereka akan dapat segera merenung apakah mereka akan terus berada dan menyokong sebuahparti
yang sudah hilang wibawa dan kredibiliti akibat daripada keghairahan yang
tidak terperi untuk ke Putrajaya dan untuk melihat Anwar Ibrahim
menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun.
YB DATO DR HASAN
MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI KL
8 Januari 2013
7 comments:
Hadi Awang guna ayat Ali'Imran:64 sebagai perisai beliau utk mempertahankan sokongan PAS untuk penggunaan kalimah Allah untuk kafir laknatullah. Ayat ini berkenaan seruan Nabi Ibrahim kepada Ahli Kitab untuk berpegang kepada satu kalimah iaitu "ALLAH"... tetapi di ayat seterusnya Ali'Imran:65, Allah berfirman "Wahai Ahli Kitab! kenapa kamu berbantah-bantah tentang hal Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan sesudah Ibrahim. Apakah kamu tidak berfikir?"... maksudnya seruan berpegang kepada kalimah Allah kepada Ahli Kitab umat Nabi Ibrahim ini tidak boleh digunapakai sesudah Taurat dan Injil diturunkan... Allah Maha Mengetahui...
Salam 1 Malaysia.Sekian lama perhati cara PAS, mereka ini berpusing-pusing dengan kata-kata yang dibalut siki dengan ayat-ayat Quran.Hasil untuk membenarkan tindakan mereka.Walau apa pun,mereka tetap betul.UMNO juga yang salah.Moga beroleh hidayah.
PAs setuju ke kalau nama Allah diberikan kepada berhala lembu dan anjing? Baca ni bro..
http://www.satuhala.blogspot.com/2013/01/bila-lembu-dan-anjing-diberikan-nama.html
Hadi Awang sudah gila atau sudah tidak dapat membeza di antara "tuhan" yang orang kafir sembah dengan Tuhan yang di sembah oleh orang islam. Banyak ayat dalam AlQuran telah menerangkan sikafir laknat ini menyembah selain dari Allah. mana logiknya mereka ingin menggunakan kalimah ini?
..abis tu kalau dah sanggup ber pm kan peliwat.. melacur kira kerja sampingan lebai2 kulop pimpinan moosidol.. barua! barua! barua!.. taqbir!..
Salam! Saya tak nak cakap lebih. Jangan nanti, orang melayu yang murtad salahkan Hj. Hadi, kerana keliru, Kristian gunakan kalimah ALLAH.Jadi Islam dan Kristian sama sahaja. Masaklah, kena tarik sekali ke neraka.Nauzubillah.Murah sangat manusia jual agamanya....
saya teringat suatu masa dulu ada kawan yg enggan berkhidmat di negeri.... tak berani sebut..takut... saya tanya kenapa.. katanya dia ada anak yg masih kecil.. dia takut anaknya mengikut... pagi jadi Islam petang jadi kristian... siang jadi Islam malam jadi kristian... adakah ini akan terjadi di seluruh Malaysia suatu hari nanti? nauzubillah himinzalik
Post a Comment