Tuesday, January 15, 2013

Najib TIPU...! TV3 Bohong...!! Utusan Malaysia Klentong...!!! Sebenarnya Ada 2 Juta Rakyat Berhimpun Di Stadium Merdeka

Dengan kapasiti tempat duduk stadium yang hanya 30,000 dan luas padang stadium yang hanya lebih kurang 50 ribu kaki persegi, masihkah ada yang percaya bahawa hadirin di Himpunan Kebangkitan Rakyat mencecah 200,000 orang seperti yang didakwa Harakah....?

Malah, laporan media-media pembangkang serta laman sosial penyokong-penyokong mereka juga ada yang mendakwa lebih lagi, iaitu sehingga 700,000! 

Jumlah ini dikira kononnya berdasarkan stadium yang padat, ditambah dengan peserta diluar yang merangkumi perimeter sejauh 7km sekeliling stadium.    Adakah sesiapa yang akan percaya dakwaan Pembangkang ini...? 

Jika dakwaan mereka benar, tentulah Kuala Lumpur menyaksikan kesesakan lalulintas yang teruk serta rungutan para peniaga sepertimana yang berlaku dalam himpunan-himpunan yang didalangi PR sebelum ini.

Tetapi, ini semua tidak berlaku. Malah, peserta juga tidak menghadapi masalah atau halangan untuk ke lokasi perhimpunan kerana tiada sekatan jalanraya secara besar-besaran....  

Hakikatnya, walaupun keadaan begitu longgar, PR masih tidak mampu mengumpul 1 peratus pun dari jumlah sasaran 1 juta, apatah lagi 200,000 hingga 700,000.  Jumlah rasmi yang dikeluarkan oleh pihak polis iaitu 30 ribu di tempat duduk stadium, 10 ribu di padang stadium dan lebih kurang 5 – 7 ribu di luar stadium adalah lebih munasabah untuk diterima di akal.   

Ini kerana, logik PR yang mengambil kira perimeter sejauh 7km tidak boleh dipakai kerana adalah mustahil untuk peserta berada di sekeliling stadium.  Hanya satu jalan sahaja yang dipenuhi mereka iaitu di hadapan pintu stadium, itupun hanya menyaksikan barisan peserta sejauh 1km atau kurang.   Keadaan di jalanraya di kawasan lebih dari 1km dari stadium adalah lengang, aman dan tenteram.

Hanya kelihatan beberapa peserta yang mungkin balik awal, atau terlambat datang yang mundar mandir, berjalan santai dalam beberapa kumpulan. 

Mungkin kerana telah mendapat maklumat lebih awal bahawa keadaan akan mudah dikawal, maka pihak mengambil keputusan untuk bersikap tidak begitu tegas sepanjang perhimpunan berlangsung.

Maklumat dan tindakan pihak polis terbukti tepat apabila peserta juga tidak membuat provokasi dengan mencabar polis atau bertindak ganas. 

Maknanya, polis telah dapat mengagak jumlah peserta sebelum perhimpunan bermula lagi tetapi PR masih tidak dapat menganggarkan jumlah tepat peserta walaupun perhimpunan telah selesai.

Perbezaan besar di dalam jumlah yang dilaporkan media pro-PR dengan sendirinya membuktikan yang PR hanya ‘hentam’ sahaja dalam membuat laporan mengenai sambutan terhadap HKR.   Yang sebenarnya, PR cukup maklum yang HKR telah gagal dan tiada sambutan.  Ia dapat dihidu sejak malam sebelumnya lagi di mana hanya mampu mengumpul seribu orang.   

Ada juga peserta yang berkata bahawa HKR adalah jauh lebih hambar dari BERSIH 3.0.  Terdapat ramai yang pulang awal dan kaum Cina dan India juga sudah tidak ambil peduli lagi. 

Yang terus dibuai mimpi, percaya bermati-matian bahawa gambar-gambar superimpose serta stadium kecil dengan ruang di luar yang terhad itu mampu menampung sehingga 200,000 – 700,000 orang adalah benar, hanyalah puak-puak balaci PAS dan segelintir remaja-remaja haprak dalam PKR.   Mereka inilah saja harapan PR untuk meneruskan langkah menuju pilihanraya. 

Mahu tidak mahu PR perlu terus menjaja gambar superimpose tersebut untuk menyedapkan hati penyokong mereka.  Manakala, media seperti Harakah pula perlu terus memainkan peranan menjaja pembohongan demi menutup malu. 

Lagipun, bukanlah Harakah namanya jika melaporkan yang benar iaitu bahawa HKR gagal kerana peserta yang hadir tidak sampai pun 50,000 orang...? Tidak mungkin Harakah mampu menjelaskan bahawa jika stadium tersebut menampung lebih sedikit daripada jumlah itu, maka kita pasti menyaksikan tragedi stadium runtuh dengan kecederaan atau kematian para peserta HKR.   

Tetapi, tidak mustahil juga inilah sebenarnya yang diharapkan pemimpin PR, iaitu tragedi berlaku bagi membolehkan mereka menyalahkan kerajaan…  malangnya, untuk tujuan ini juga mereka telah gagal....!

17 comments:

Anonymous said...

KENE LA AMIK KIRA..
PENGUNJUNG2 YANG TAK BERKAITAN DGN HKR..
YANG DTG BERURUSAN BERDEKATAN DGN HKR..
BARU LA CECAH RATUSAN RIBU..
CTH,.. PEKERJA2 GERAI , KEDAI, PASARAYA, PEJABAT DLL SBG..
MEREKE2 INI PUN BERADA DI 7 KM PERSEGI..
KAKI PUN KENE KIRA ADE BRAPA..
BARU NAMPAK BYK..
RUGI LA KIRA BRAPA KEPALA YG ADE..

Anonymous said...

..michigan stadium capacity hampir 110k orang.. http://en.wikipedia.org/wiki/File:Michigan_Stadium_2011.jpg

Anonymous said...

Ala dahla...kalo dah puak pakatan tuh kalot sgt kata ramai yg dtg biarla...

DGN INI SY ISTIHARKAN HKR BERJAYA MENGUMPUL SERAMAI 28 JUTA MAKHLOK YG DATANG MEMENUHI STADIUM...trmasok kutu2 , kutu2 babi, semut2, cacing2, anjeng2 dan BABI2...

k. puas hati....

Anonymous said...

Akhbar luar negara kata ada 45,000 je.

Anonymous said...

Lim guan eng pulak kira org yg datang melebihi sasaran iaitu 1.5 juta orang

Anonymous said...

Kalau kira semut ngn kuman ada cecah ada cecah 1bilion x?

Anonymous said...

Yang pasti himpunan di stadium tu ramai... terlalu ramai... tersangat ramai...

Cuma yang tak ramai hadir di stadium tu adalah UMNO.

Anonymous said...

Banyak tu je orang bodoh yang ada kat Malaysia ni? Maknanya masih ramailah orang yang bijak pandai di Malaysia ni kan?

Anonymous said...

Berapa ramainya orang munafik dikala ini.Mereka saling berbohong antara satu sama lain.Tak kira UMNO atau PKR sesungguhnya berbohong itu salah satu sifat orang2 munafik. Tak takut dosa ke?

Anonymous said...

apa 2 juta...aku rasa paling kurang pun 18 juta orang ada dalam stadiun tu. belum lagi kira yang kat tepi jalan tu. mau nya 100 juta orang. tu yang kat kl, belum lagi yang tertinggal bas kat negeri masing2. 1 bilion orang agaknya.

Anonymous said...

Puak UMNO bila dah tak dapat nak mengurangkan angka yang hadir.... mula melalut meningkatkan jumlah yang hadir. Ini bermakna jumlah yang boleh dipercayai adalah kurang 300,000 nak cukup sejuta... kalau dibundarkan memang sejutalah nampaknya.

Sepatutnya kamu pula desaklah pemimpin BN untuk buat himpunan seperti ini.... celen sekali.... payah apa beri semua jenis mak nenek BRIM di situ... pasti penuh. Sapa tak hadir tak dapat BRIM... mesti penuh punya... rapat, mampat

Anonymous said...

Umno datang berbayar, siap bas, makan, bagi beras, dan mcm2 lagi pun baru 15000 org je...malulah dgn HKR yang kena keluar duit sendiri 45000 org pun kira ok jgkla.....

Anonymous said...

PAKATAN BUAT DEMO INI SEMUA BERBAYAR LAH BRO..SIAP ADA DANA DARI LUAR NEGARA LAGI..KO X AMIK UPAH KO KER?UMNO BUAT KAT STADIUM BUKIT JALIL TU PUN DAH DEKAT 100 RIBU..KORANG BUAT NI PUN SIAP BAS JUGAK..SIAP TUNGGU BAS KAT KLCC LAGI

Anonymous said...

tipu psl bilgnvx mgpe dri menipu duet rakyat lagi x ptot...

perak jaya said...

Blog anda sangat up to date.. Like..
Salam perjuangan.. Mohon pautan blog saya disini >>> http://perakrawk.blogspot.com/
Saya telah pautkan blog tuan/en disana..

Anonymous said...

The newspapers help readers to get the hottest updated
and happenings around the world. I suffered a lot of bullying and some sexual abuse and it compounded my identity
problem. Current newspapers provide different articles in the development of the nation.
Newspapers act as the ideal method of public relations due to its strength as the best way of communication.
Newspapers internationally are becoming more than ever like a television network providing current breaking news
stories.

Feel free to visit my page; click here

Anonymous said...

The city of Danbury's metro options into NYC, give anyone in New Milford, Newtown, Bethel, New Fairfield and Sherman options for travelling south. Polished concrete floors come in different colours and types to suit the different decorative and functional requirements of domestic or commercial customers. * Not Ideal For Floors: While this is a great option for the walls, it's a less-than-impressive option for the floors.