SEMINAR ANTARABANGSA AUTISME 2014

SEMINAR ANTARABANGSA AUTISME 2014

Monday, January 21, 2013

Nik Ajeez Akur Jika BN Menang Di Kelantan PRU Ke 13...

Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN) bagi memajukan negeri ini sekiranya diberi mandat pada pilihan raya umum akan datang.

Perdana Menteri berkata, projek tersebut adalah pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, pembinaan stadium baharu, perumahan rakyat sebanyak 3,000 unit, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar.

Projek lain adalah membina masjid terbesar yang menjadi ikon di negeri ini dengan kos kira-kira RM50 juta, mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu serta menyelesaikan masalah air.

"Ambo (saya) sebut tujuh perkara ini hanya sebahagian daripada manifesto kita, belum lengkap lagi. Ambo nak simpan modal ni, sebab ambo nak acap turun Kelantan nak umum lagi," katanya berucap merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri, di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini hari ini.

Pengumuman projek tersebut disambut dengan tepukan dan sorakan gemuruh oleh kira-kira 50,000 orang hadirin pada majlis tersebut.


Menurut Perdana Menteri, rakyat Kelantan sememangnya dahagakan pembangunan termasuk tujuh projek itu dan kerajaan BN akan menunaikan janji tersebut demi kemajuan mereka sekiranya diberi mandat.

Beliau yang memberitahu masa untuk rakyat membuat keputusan semakin hampir apabila tarikh pilihan raya diumumkan tidak lama lagi berkata, anak Kelantan amat berbakat dan ramai yang menjadi pemimpin negara meskipun datang daripada keluarga susah, dan kalau mereka diberi peluang, boleh menjadi role model kepada negara.

"Kita kena pastikan bumi Kelantan, potensi rakyat Kelantan akan menjadi kenyataan sepenuhnya, inilah janji kerajaan BN. Kerajaan BN tidak melupakan untuk mendahulukan rakyat dalam tindakan kita," katanya.
Najib berkata, hanya dengan transformasi masa depan rakyat Kelantan boleh diubah dan diperbaiki dan BN sentiasa meletakkan kemahuan tersebut sebagai sebahagian dasar perjuangan parti itu.

Beliau bagaimanapun mengingatkan transformasi yang berjaya dilaksanakan oleh kerajaan di peringkat Pusat tidak boleh dilakukan di negeri ini hanya dengan menggantung slogan dan bendera tinggi di atas pokok atau mewarnakan hijau dinding, bumbung dan pagar seolah-olah terjamin kedudukan umat Islam serta agama Islam.

"Kita tidak janjikan bintang, cakerawala atau syurga. Kita janjikan transformasi menyeluruh untuk rakyat Malaysia.

"Inilah yang dilakukan kerajaan kita iaitu melakukan perubahan yang besar yang digelar transformasi, dan transformasi ini, ambo lihat di bumi Kelantan juga akan kita lakukan," katanya.

Utusan Online...

14 comments:

Anonymous said...

jangan asik beri peruntukan besar pd negeri pembangkang je.sebab sekarang rakyat pon dok intai juga alangkah untungnya jika jadi negeri diperintah pembangkang sebab banyak dapat peruntukan mega.

Anonymous said...

botoiii tu.... duit depa nakk...pas tu makihamun tgn yg memberi...

apa punya ajaran daaa.....

kalu mauu duitt sokong UMNO dan BN laa.... atas semua perancangan dan polisi BN...

tuihhh......

Anonymous said...

BN buat sekolah, univ, jalan, beri pinjaman mudah 600juta di kelantan atas dasar federalisma. tapi pej mentri besar kelate buat apa ya?? 23thn jual negara hudud saja kah?? wtf.

Anonymous said...

..umum je dulu.. bila dah menang baru jalankan projects.. org2 klantan ramai jenis tikam blakang aka munapig..

Anonymous said...

Nik Ajis pun pakai baju berlambangkan 1Malaysia??? Haram tu, Nik Ajis, baju buatan UMNO ...

Anonymous said...

Itu anak kambing project husam ke ?

Angin Laut China Selatan said...

salam. saya kagum dengan blog ini dan telah pautkan keblog saya. mohon tuan kiranya dapat pautkan blog saya ke sini jua. tkasih

http://anginlautchinaselatan.blogspot.com/

Anonymous said...

Nik ajis dah redo dan insaf segala nya.Dia telah beri isarat supaya najib jaga baik 2 negeri kelantan pas PRU 13 sbb dia tahu PASakan kecundang dgn teruk nya. Kita tabik.nik ajis. PRU 13 BN menang besar dKelantan.

awe said...

Najib bagi tujuh projek besar, nik aziz pulak bagi anak kambing...

muaahahahaha....

minyok said...

Beend ni jgn ckp nak menang kt ktan,silap-2 kalah PRU 13 ni.Kau ni mimpi disiang hari la !haha

Anonymous said...

Siapa mau perintah Kelantan siapa ada kisah daa..tetapi nasib rakyat Kelantan harus terbela, janganlah hanya disebabkan perbezaan politik segala hak mereka dinafikan. Kalau didalam bola sepak antara umno dan pas boleh berkerjasama sehingga Kelantan menjadi sebuah pasukan yang digeruni, mengapa tidak kepada soal kesejahteraan rakyat. Negara kita selalu mengambil berat kepada negara2 jiran sebab kesejahteraan mereka boleh memberi impak positif kepada ekonomi serantau..tetapi sayang andai segala potensi yang ada di negeri Kelantan kita ketepikan, bayangkan selama bertahun-tahun kita membiarkan Kelantan sebagai sebuah negeri yang tidak menyumbang apa2 kepada negara hanya kerana kita terlalu marah apabila mereka tidak sehaluan atau tidak memilih kita. Semoga kali DS.Najib berjaya membuka lembaran baru bagi seluruh rakyat di negeri Kelantan, kalau selama ini kita anggap MB kelantan tidak cekap dan pandai di dalam tadbir urus negeri
bererti kita juga akan sama-sama menanggung dosa kerana menghukum orang yang tidak faham apa2. -k.k

Anonymous said...

memanglh..dh tawan bru dpt..x nak ke..cuba try sekali..biar pok nik nangis..tengok pbangunan kt kelantan..bangkitlh rakyat kelatan..

Anonymous said...

B N menang kat kelantan aku akan melabur terutmanya kat pasir mas. Kalau ada rezeki nak cari awek kat sana wat bini.Apa kata ayoh him blh tolong cari? aku dgr awek sana cun2.

Anonymous said...

Pr ni jgn ckp nk mng pru 13, silap2 kelantan pun bungkus. Kau ni mimpi disiang & malam la..haha,