Tuesday, January 29, 2013

PAS Buta Sejarah.... Nasharuddin Mat Isa Adalah Permata Kesayangan Almarhum Dato Fadhil Nor



Potensi YB Ust Nasharudin Mat Isa telah lebih awal dikenalpasti oleh Al-Marhum Dato Fadhil Nor dan atas kehendak beliau yang diluluskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat, Ust Nasharudin dalam usia yang masih muda telah diberi amanah menjawat jawatan antara yang terpenting dalam PAS iaitu sebagai Setiausaha Agong.

Al-Marhum Dato Fadhil Nor sebagai Presiden parti telah berusaha menggilap batu permata PAS tersebut sehinggalah dengan itu Ust Nasharudin dengan jarakmasa yang agak pendek berjaya menduduki kerusi Timbalan Presiden Parti Islam itu.

Kejayaan Ust Nasharudin dalam hirarki parti mungkin telah menimbukan rasa tidak senang dan sebahagiannya menganggap sebagai satu ancaman kepada karier politik mereka apabila Ust Nasharudin diberi tanggungjawab yang begitu besar didalam mencorakkan PAS.

Rasa tidak puas hati dikalangan sesetengah pimpinan PAS terserlah apabila melalui perancangan yang teliti dan dibantu oleh kuasa luar secara jarak jauh campurtangan dalam urusan kepimpinan Parti PAS. Ust Nasharudin kecundang didalam mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan yang berlangsung dalam Muktamar Tahun 2011 yang lalu.

Berita bahawa Ust Nasharudin dipecat daripada menjadi ahli Majils Syura Ulama tidaklah begitu memeranjatkan. Sejak dari awal lagi tanda-tanda kearah itu telah kelihatan dengan jelas. Ust Nasharudin dilabelkan sebagai pro-kerajaan perpaduan yang akhirnya dilabelkan pula sebagai pro-UMNO apabila beliau dilihat mengiringi Perdana Menteri Dato Seri Najib bertemu dengan para ulama di Mekah dan yang terakhir ke bumi Palestin.

Ust Nasharudin juga tidak disenangi olehr akan-rakan  Paktan Rakyat dan pimpinan parasit partia pabila beliau secara terbuka menghentam Pengerusi parti DAP, Karpal Singh yang bertindak menghina Islam sehingga beliau telah mencadangka supaya PAS mengkaji semula kedudukan tahalufsiyasi bersama Pakatan Rakyat.

Di pihak parasit dalam pimpinan PAS meman sudah lama mencari ruang dan peluang untuk mencantas Ust Nasharudin. Tetapi disebabkan beliau adalah ahli Majlis Syura golongan ini tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan keahlian Majlis Syura adalah diluar bidangkuasa mereka. Keputusan Majlis Syura ini sudah tentu menjadikan puak-puak parasit dan Anwarinas begitu lega dan menarik nafas panjang kerana cita-cita mereka sudah kelihatan tertunai.

Saya yakin selepas ini UstNasharudin akan menerima nasib yang sama seperti saya iaitu dipecat daripada menjadi ahli PAS. Kedudukan Ust Nasharudin kini lebih lemah dari kedudukan saya ketika dipecat kerana beliau merupakan ahli biasa parti sementara saya sewaktu dipecat adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ahli Lujnah Politik dan mewakili PAS dalam ExcoKerajaan Negeri Selangor.

Batupermata yang digilap sebahagiannya oleh Al-Marhum Dato Fadhil Norsayangnya proses penggilapan itu tidak diteruskan oleh pucuk pimpinan yang ada sekarang ini. Secara jujur saya tidak nampak dikalangan pimpinan PAS kalau ada mereka yang mempunyai kualiti yang sama seperti UstNasharudin.

Beliau mempunyai pendedahan yang luas dibidang antarabangsa khususnya dikalangan Gerakan Islam danpada masa yang sama beliau boleh diletakkan dikerusi pimpinan parti yang mampu berdepan dengan pimpinan dunia timur atau barat kerana kebolehan beliau menguasai beberapa bahasa dunia.

Saya juga yakin setelah mengenali dari dekat Ust Nasharudin buat sekian lamanya, beliau dapat menyumbang memartabatkan Islam dalam keadaan apapun tanpa berpijak diatas mana-mana wadahpun. Saya juga yakin beliau bijak memilih masa depan karier politik dan kemungkinan besar perancangan kearah itu sudah pun ada didalam pemikiran beliau.

Sebagai sahabat saya mendoakan sesuatu yang terbaik dilimpahkan oleh Allah SWT kepada Ust Nasharudin atas usahanya yang tidak pernah mengenal erti penat untuk memartabat dan mengagungkan Islam.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI Kuala Lumpur
28 Januari 2013

7 comments:

Anonymous said...

..ustaz nasha dipecat.. peliwat diangkat.. mat sabu sex maniac dijulang.. hehe.. selagi moosidol keramat idop segan mati & resign takmau maseh bernyawa selagi itu lah peliwat tegar negara akan terus2an perkudakan trompah kayu sekoq tu..

Anonymous said...

San Akidah ni rajin benar menulis.. Bagus.. Bagus.. Teruskan menulis, San..

Anonymous said...

..at least hassan ali istiqamah dlm perjuangan demi.. bkn mcm gay tua kutok istiqamah meliwat.. dlm umno dia meliwat.. keluar umno dia meliwat.. hehe.. bila kena sumbat ke sg buloh baru dia berhenti sekejap.. taqbir!..

Anonymous said...

Hassang Ali tak nak ke betulkan akidah pemimpin/ahli UMNPORNO yang sesat????Moga2 Hassang akan jadi calon UMNO/BN dalam PRU13 nanti...kita sayang Hassang Ali dan mahu jadi calon BN/UMNO

Anonymous said...

Liwat memang tidak dapat dipisahkan daripada Amporno.. Liwat.. Liwat.. Liwat.. Itu ajelah yang dia tahu.. Lain dia tak tahu.. Kesian betul lah..

Anonymous said...

..yg meliwat tu yg party pas tgh sibuk nak nobatkan sbg pm msia ke7.. hehe.. sekali gus buleh laksanakan hukum hudud di msia.. taqbir!..

Anonymous said...

..moosidol keramat idop segan mati & resign takmau mmg teruja sgt2 nak merasa peliwat sbg pm msia sebelum dia mampos.. taqbir!..