Wednesday, January 30, 2013

PAS Memusuhi Penyatuan Ummah... Masya Allah..!!

Kunjungan Perdana Menteri ke Palestine baru-baru ini mendapat reaksi positif rakyat Malaysia. Ia juga mengukuhkan lagi pandangan luar terhadap Malaysia sebagai negara yang benar-benar serius dan tidak hanya beretorik dalam memperjuangkan keamanan dunia.  

Biarpun kunjungan tersebut disambut sinis oleh pihak pembangkang, iaitu kononnya sebagai publisiti atau modal politik pilihanraya, tetapi yang penting, satu usaha ke arah keamanan telah pun berjaya dimulakan.  

Mengambilkira penderitaan penduduk Palestin dan hakikat keganasan Israel yang berlarutan sehingga berdekad-dekad, menuduh kunjungan Perdana Menteri sebagai mencari publisiti murah membuktikan yang pihak pembangkang langsung tidak prihatin, malah lemas dalam politiking merebut kuasa. 

Ini kerana kunjungan tersebut merupakan satu langkah berani di pihak Perdana Menteri dan isteri, yang nekad berkunjung ke ‘medan perang’, mengambil risiko ke atas keselamatan diri dan nyawa, demi menerima jemputan pihak Palestine yang bersungguh-sungguh meminta bantuan Malaysia untuk mencari titik kefahaman antara Hamas dan Fatah.  

Hanya dengan perdamaian kedua pihak ini maka kekuatan akan dapat dicapai bagi mempertahankan negara dan rakyat Palestine dari keganasan dan pencerobohan rejim Israel.  

Oleh itu, komitmen Dato’ Seri Najib untuk membantu saudara seagama, tidak wajar dilihat dari sudut politik semata-mata.....

Ia seharusnya dilihat sebagai isu umat Islam sejagat, isu global dan isu agama oleh semua umat Islam tanpa mengira negara atau bangsa dan jauh sekali parti politik. 

Walaubagaimanapun, pandangan sinis pembangkang ke atas usaha menyatukan parti politik di Palestine sebenarnya tidaklah menghairankan.  Ini kerana PAS, iaitu salah satu parti di dalam Pakatan Rakyat yang kononnya memperjuangkan Islam, cukup sinonim dengan perpecahan. 

Bukan kita tidak tahu bahawa antara ‘kepantangan’ di dalam PAS ialah penyatuan ummah. Kita juga tahu ada penyokong PAS yang rela mati memerangi saudara seagama atas apa saja alasan demi untuk melihat partinya bertakhta di Putrajaya.  

Oleh yang demikian, kita tidak hairan apabila PAS langsung tidak berkongsi harapan dan kebanggaan yang dirasai oleh rakyat Malaysia yang lainnya, atas usaha Perdana Menteri untuk menyatukan umat Islam di Palestine. 

Sikap PAS yang amat memusuhi ‘penyatuan ummah’ ini terserlah dengan pemecatan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dari Majlis Syura Ulama yang diumumkan sejurus selepas beliau pulang dari Palestine mengiringi Perdana Menteri.   

Terbuktilah sudah buat kesekian kalinya, bahawa bagi PAS, segala-galanya adalah politik, dan tiada yang lain selain politik dan politik semata-mata - termasuk nasib umat Islam Palestine.

Justeru, tindakan Ustaz Nasha mengiringi Perdana Menteri ke Gaza, dianggap PAS sebagai tindakan membelot kepada parti.  

Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Hadi Awang dalam Amanatnya yang melarang memisahkan agama dan politik iaitu; menyuruh umat Islam agar merangkumkan agama ke dalam politik sehingga politiklah yang menjadi panduan kepada agama, dan bukan sebaliknya. 

Atas pegangan inilah maka kita melihat ketika umat Islam di Palestine diserang, dan umat Islam di seluruh dunia mendoakan keselamatan mereka, PAS pula berdoa agar UMNO K.O. 

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa bukan Perdana Menteri, tetapi PASlah yang menjadikan Palestine sebagai alat politik untuk mencari publisiti semata-mata dengan menggembar-gemburkan kisah kononnya mereka turut membantu serta menyebarkan gambar-gambar bendera parti mereka yang berkibar di sana.

Namun, tiada pemimpin PAS yang berani ataupun mampu berbuat apa-apa untuk membantu Palestine secara bersungguh-sungguh.....  Manakala, apabila ada pemimpin mereka yang berpeluang bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk berbuat demikian, seperti Ustaz Nasharuddin Mat Isa pula, dianggap sebagai membelot. 

Apapun, kita bangga menjadi umat Islam warga Malaysia yang mana kerajaannya cukup kukuh untuk bersuara lantang dan negaranya cukup makmur untuk menghulurkan bantuan bagi memperjuangkan keamanan, terutama di negara Islam.

Lebih dari itu, kita juga bangga mempunyai pemimpin yang berani, bijak dan ikhlas yang tetap berjaya membawa Malaysia ke tahap ini walaupun masyarakat diancam perpecahan akibat ada di antara kita yang termakan hasutan syaitan....!!

p/s; foto paling atas hanyalah sebagai hiasan sahaja... 

12 comments:

Anonymous said...

..ust nasha dipecat.. gay tua kutok disanjung.. taqbir!.. bantu la peliwat jadi perdana menteri agar dpt laksana hukum hudud di msia..

Anonymous said...

Undang-undang terbaru Pas ialah mana-mana Pemimpin Tertinggi Pas yang melawat Palestin atau Gaza akan dipecat tanpa dipanggil membela diri?

Anonymous said...

eeeee law0nyer Hajjah Rossa udah berjiLbab. kalo hajah rossa kat mesia dah tentu juak2 Pas akan usung dia suwoh berceramah dgn ostajah abee ababi

Anonymous said...

Kalau kata UMNO bodoh... marah. Tapi itulah hakikatnya.

'DIPECAT' dengan 'DIGUGURKAN' bukan sama makna.

Jika dipecat mungkinlah perlu prosedur penjelasan dan bela diri... tapi 'digugurkan' tidak perlukan perkara tersebut.

Anonymous said...

Itu lah masalah pemikiran pencacai PR sikit2 UMNO sikit2 UMNO, woi! yang tentang korang bukan orang UMNO sajalah, ngok! tu la taksub sangat dengan ketua korang. Apa saja yang disuruh buat semua korang buat tanpa korang fikir. Orang makin maju ke depan korang makin ke belakang itu pun tak sedar2 lagi lantak pi lah korang. Aku akan undi BN dalam PRU 13 ni.

Anonymous said...

Memanglah musuh kami ramai... tapi yang menjadi keutamaan untuk dibinasakan adalah UMNO/BN sebab jahat sangat.

Sebab kami berfikirlah maka kami lawan UMNO. Kalau kami tak berfikir sebab tak ada otak macam kebanyakkan UMNO... mungkin kami akan jadi macam kamu sokong UMNO.

Yang maju ke depan tu Pakatan Rakyat dengan idea untuk memberikan kebajikan kepada rakyat. Yang mundur tu UMNO/BN cenderung memperhambakan rakyat seperti zaman feudal bangsawan-bangsawan yang rakus membolot kekayaan untuk tembolok sendiri... dan secubit untuk pencacai hamba abdi macam kamu.

Anonymous said...

..ust nasha dipecat.. gay tua disanjung.. taqbir!.. peliwat negara yakin memang pru akan datang.. haha.. sama yakin masa dia nak tumbangkan kjaan melalui pintu belakang bai style.. liwat tetap liwat..

Anonymous said...

PAS hanya bolih MENYATUKAN UMMAH melalui ISLAM saja dan TIDAK BOLIH melalui POLITIK.tetapi PAS TAK MAMPU melakukannya kerana dihalang olih PKR dan DAP secara saraf.jika PAS lakukan juga maka dia[pas]akan DIPULAU olih kedua2 PARTI PEMBANGKANG INI.sebagai contoh; apa yang berlaku sekarang ni.mana2 ahlinya yang betul2 PRO ISLAM akan DIAMBIL TINDAKAN.JIKA KAMU MEMANGGIL LAIN PENYAMUN,SELURUH PERSATUAN2 PENYAMUN AKAN MENGAMBIL TINDAKAN[petikan dari filem ALIBABA BUJANG LAPOK].

Anonymous said...

Yaahuuu....horey horey hirey.....

Anonymous said...

Allah swt dah tunjok super clear...tak faham2 lagi ka !

Anonymous said...

Seseorang di atas memberi komen:

Umno bodoh... 'DIPECAT' dengan 'DIGUGURKAN' bukan sama makna. Jika dipecat mungkinlah perlu prosedur penjelasan dan bela diri...

Well... ternyata pengirim komen itu seorang yg masih tidak percaya yang PAS TELAH BERTUKAR PERSONALITI sekarang.

Saudara, Nik Aziz telah keluarkan kenyataan hari ini bahawa bila Ustaz Nasha di 'gugur'kan dari menjadi ahli Majlis Syura PAS, dia secara automatik telah di 'pecat' dari Parti PAS. Kata NA, lafaz cerai telah diungkapkan. Malah katanya lagi, Ustaz Nasha sudah tidak perlu menunggu sebarang surat dari Parti lagi.
Looks like it is a bitter divorce... kira Talak tiga terus nih.. hanya kerana impikan Penyatuan Ummah...

Anonymous said...

Inilah bebalnya UMNO/BN...tak dapat bezakan antara pecat dgn gugur..agaknya bahasa malaysia kau org dulu dpt dred E je kot...tulah kalau terlampau lama duduk dlm tempurung UMPORNO...