MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Friday, January 18, 2013

Patrick Teoh Layak Dilantik Sebagai Pengerusi Kelab Penyokong PAS....

Sudah ramai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama tampil mengecam kelancangan seorang pelakon keturunan Cina, Patrick Teoh yang secara sedar telah menghina Al-Quran dan agama Islam.

Hatta pemimpin dan penyokong PAS juga tidak ketinggalan mengecam pelakon Cina itu kerana pada awalnya mereka menjangkakan Patrick Teoh adalah penyokong Barisan Nasional (BN).

Bila pemimpin dan penyokong PAS menyedari individu tersebut adalah penyokong PR dan kerap turut sama menjayakan pelbagai program politik rakan sepakatan PAS yakni DAP, tak semena-mena PAS mula melembutkan nada kritikan.

Akhirnya seperti yang dijangkakan, PAS mengambil langkah berhati-hati dengan cuba menjustifikasikan penghinaan yang dilakukan oleh Patrick Teoh disebabkan ketidakfahaman pelakon itu terhadap Islam.

Itu tabiat kebiasaan PAS, sentiasa memilih bulu dalam melakukan kritikan atau kecaman bilamana berlakunya penghinaan terhadap Islam kerana pada PAS kepentingan politik PR dilihat lebih utama berbanding maruah agama.

Maka untuk mengendurkan kemarahan orang ramai terhadap PR, tanpa fikir panjang PAS dan pengikutnya menyalahkan Kerajaan Pusat kononnya telah gagal membentuk pemahaman orang bukan Islam terhadap agama Islam.

Mudah betul mereka bersikap lepas tangan dan cuba meletakkan beban kegagalan sendiri mentarbiah rakan sepakatan dalam PR untuk dipikul oleh orang lain pula.

Walhal sejak berpuluh tahun BN memerintah negara ini sudah banyak program bercorak pendidikan dan penerangan mengenai Islam disiarkan dalam media massa.

Hanya golongan bebal dan keras sikap perkaumannya seperti Patrick Teoh sahaja yang buat tidak endah dan masih berselindung disebalik alasan kurang memahami sensitiviti umat Islam.

Demi kerana kemaruk undi penyokong Cina DAP, PAS sanggup berlapang dada di atas penghinaan yang dilakukan terhadap Islam, angguk-angguk dan geleng-geleng dengan menjadikan perkiraan politik sebagai pertimbangan.

Jika kekal beginilah gaya tarbiah PAS kepada DAP, nescaya sedikit masa lagi makin bercambah golongan tak sedar diri seperti Patrick Teoh dalam PR

7 comments:

Anonymous said...

pas berdosa besar kerana membiarkan penyokongnya menghina islam semahu2nya...

aku tak sanggup nak pegang bendera pas lagi....

Anonymous said...

Inilah antara kemusnahan teruk yg di tggalkan oleh PM " Jangan Cabar Saya" Kemudian lena syok sndiri dengan lagu Bukanku Cari Harta Dunia.
Mmbiarkan bgsat2 yg. tidak sedar diri mghina bgsa melayu dan ugama islam dngan teruk skali. Inilah jadinya jika kepimpinan lemah. Melayu brpecah. Bila kuasa jadi kejaran. Ugama dan bgsa jadi taruhan di jalanan.

PASBerg said...

PAS Laknatullah.. kalimah Allah teras kepada TAUHID agama Islam pun PAS boleh jual beli, tergagap-gagap dan terhegeh2 dengan tipu helah Majlis Syura PAS berkaitan isu ini.

Mereka wajib bertaubat NASUHA krn isu ini berat.. Tp keangkuhan mereka mengatasi segalanya. Doa keburukan pd UMNO kembali sebijik2 terjelepuk atas kepala pemimpin2 mereka.

PAS Laknatullah!
PAS LAKNATULLAH!

jonnyszetalk said...

Salam 1 Malaysia.PAS & UMNO sama saja patut berperanan dalam isu ini. Yang PAS asyik nak menyalahkan UMNO.Yang UMNO pun 2x5 juga.Dah tahu PAS tak boleh diharap,kerajaan BN bertindaklah tegas terhadap manusia biadab itu.Saya lihat dua-dua sama.Asyik kecoh dalam media tapi pemimpin sibuk dok kempen raih undi.Memang agak bosan dengan situasi macam ni.Rasa tak nak keluar mengundi pun ada.UMNO & PAS 2x5 saja.Bagi cina jadi PM la senang.

Anonymous said...

Tuan2 boleh baca kutukan Patrick Teoh terhadap Islam dalam blognya (www.niamah.com), diantara lain dia menulis...

"...There are 13 castes in Muslims and these brothers can't share their places of worship. The brothers have been killing / bombing / conquering/ murdering /raping each other in the name of Islam for the last 500 years, since the day Islam existed..!

They have never been or never will be at peace with Jews or Christians in the name of religion, yet all 3 pray to the same God of Abraham.

The American attack on the Muslim land of Iraq and Afghanistan is fully supported by all the Muslim countries around them!

One Allah, One Quran, One Nebi....! Great unity!

All Muslims are not Terrorists, but all Terrorists are Muslims! and 60% of all victims of Muslim terrorism are Muslims.

THEY ARE KILLING THEMSELVES IN THE NAME OF RELIGION..."

Anonymous said...

Sedarlah wahai bangsaku..kamu hanya mendengar omongan umno dan BEE END di media massa sedangkn PR tak dpt peluang itu utk memberi penerangan.Sedarlah wahai saudara seagamaku..orang yang menghina ulamak itulah yg cilanatullah.Jgn jd musuh Allah dan RasulNya jika benar anda beriman

Anonymous said...

One should apply minimal pressure to lift these concrete grinders and also
hold it in flat motion while working. First, ready mixed concrete in Sunderland can help you get your construction job done faster.

This Wednesday night there is a lot going on in Atlanta.