Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang
dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun memulakan
operasinya di beberapa kawasan terpilih sekitar Lembah Klang.
Kehadiran anggota polis yang menunggang motosikal jenis Kawasaki
Ninja 250R ini sudah pastinya melegakan orang ramai yang ingin melihat
kawasan mereka diami atau lalui sentiasa selamat....
Najib menegaskan bahawa kerajaan komited dan serius memerangi segala
perbuatan jenayah sekali gus memenuhi tuntutan rakyat yang sentiasa
mahukan negara ini berada dalam keadaan aman dan selamat.
Atas sebab itulah, kata beliau, kerajaan telah memperkenalkan URB
dalam Bajet 2013 dan sedia menambahkan peruntukan untuk memperluaskannya
jika didapati program itu mampu mengurangkan kadar jenayah.
"Saya berharap rakyat memberi peluang kepada URB melakukan tugasan
mereka. Selepas enam bulan, kita akan menilai semula program ini bagi
melihat keberkesanannya.
"Sekiranya berkesan kita akan perluaskan program ini tanpa perlu
tunggu Bajet 2014. Kita tambah bajet sedia ada. Ini tanda komitmen serta
seriusnya kerajaan menentang perbuatan jenayah," katanya dalam suatu majlis perasmian URB PDRM tidak lama dahulu.....
Maka jelas penubuhan unit ini amat penting, tambahan pula Perdana
Menteri sendiri telah menyatakan keprihatinan beliau untuk memastikan
penubuhan unit ini benar-benar memberi impak positif kepada usaha
mengurangkan jenayah khususnya kes pecah rumah di kawasan kediaman.
2 comments:
..sekoq cina kapiq mampos riuh1msia.. sekoq hindu pariah mampos riuh 1 msia.. semua pasal gay tua kutuk nak mampos nak jadi pm msia.. lahanat sungguh.. taqbir!..
Biasalah.....orang jahat mesti nak bela kroni jahatnya jugak. Orang lain tau dan nampak dia memang jahat tapi dia kata dia baik (pada pandangan mata kroni jahat dia tu lah)
Post a Comment