SEMINAR ANTARABANGSA AUTISME 2014

SEMINAR ANTARABANGSA AUTISME 2014

Thursday, January 31, 2013

PRU 13 DUN Selangor - DAP Menang 15 Kerusi, PKR 11 Kerusi, PAS 4 Kerusi. Jawatan Menteri Besar Bukan Lagi Milik PKR....

PKR Selangor masih belum yakin dapat mengekalkan 9 kerusi Parlimen yang ditandingi sebelum ini. Kekuatan Pas juga masih di bawah par.....

Jika ini berlaku, dan memberi kesan kepada undian di peringkat DUN, ada kemungkinan DAP akan menjadi lebih berkuasa berbanding PKR. Jangan kita lupa, DAP tanding di 15 DUN (menang 13). Kali ini DAP yakin mendapat 100 % dan menang semua kerusi DUN.

Berita yang kita terima, PKR hanya dapat berikan angka 6 kerusi putih dan 5 kelabu. Makna kata, 11 sahaja di bawah radar berbanding 15 sebelum ini. 2008, PKR tanding di 20 kerusi.

Banyak faktor kepada kedudukan kerusi putih dan kelabu yang kecil ini. Sebab utamanya adalah pertembungan seteru, Azmin Ali dan Khalid Ibrahim.....

Faktor calon jadi penentu. Azmin sudah membisikkan banyak kali kepada Anwar, jika dia diberikan lesen besar untuk tentukan calon, PKR boleh confirm menang di 13 kerusi (semua putih – asalkan calonnya ditentukan oleh Azmin).

PAS, menurut jangkaan Anwar dan PKR, hanya mampu kekal di 4 kerusi berbanding 8 pada ketika ini. PAS sekali lagi jadi parti paling lemah dalam PRU akan datang, dalam konteks negeri Selangor.

Mana Menteri Besar yang berani adakan pilihanraya DUN kalau setakat mampu menang 6 kerusi untuk parti sendiri...? Tidak ada logik.

Sebab itu, tekanan supaya DUN Selangor mengumumkan pembubaran awal adalah idea Azmin – supaya dia diberikan HAK MUTLAK menentukan senarai calon di Selangor. Khalid – sudah tentu jadi sejarah di Selangor.

Azmin mahu kuasa penuh dalam menentukan calon, atau PKR akan muncul sebagai......, [baca seterusnya disini]

10 comments:

Anonymous said...

PR di Sgor jangan terlalu riak.Dengan keadaan sekarang di selubongi berbagai masaalah saya berpendapat hanya DAP bolih bertahan,PKR dan PAS akan menerima hukuman dari rakyat golongan atas pagar dan undi protes pada 2008Peluang telah diberi tapi kepercayaan kami telah dikhinati.Tidak mustahil BN terutama UMNO akan merampas balik kerusi yang telah tewas pada 2008.

Anonymous said...

Yelah, betul tu.. Be ENd memang maksum, 100% betul.. PR memang pig, 100% salah.. Apa saja yang PR buat semuanya salah.. Pemimpin mereka yang dipilih pun semuanya salah.. Pemimpin Be ENd semua baik-baik belaka.. Biasalah tu politik di Malaysia ni.. Tak macam di UK atau US.. Sini budaya angguk dan budaya Tuah memang diwarisi sejak zaman-berzaman.. Bangkang sikit, adalah satu kesalahan.. 100% salah.. Ye tak? Hehe..

Anonymous said...

Anon 1 bercakap tentang fakta, anon 2 bercakap tentang perasaan irihati yang menusuk kalbunya. Renung2kan dan selamat kembali ke alam nyata khas buat rakyat Selangor.

Anonymous said...

Dap yg tipu undi terang terangan boleh menang 15 kerusi? Jangan merepek

Anonymous said...

Saya duduk Selangor elok aje.. Tak ada apa-apa pun.. Sama je macam Be End memerintah dulu.. Malahan PR ni macam ok je berbanding pentadbiran Mentri Besar yang sebelum ni..

Anonymous said...

bodo ko ni..byk kes kt selangor pn x tau..bukalh minda sikit..bgaul sikit gn org..ko ni hal politik langsung x tau

Anonymous said...

Be ENd= Tanda orang gila kuasa, gila isim n gila B.A.B.I ke Putrajaya.

Anonymous said...

Pecacai 2 tegar dah guna kita mak layan. Cakap apa pun semua tak masuk. Kita war2 kan kepada yg cerdik pandai, boleh pikir sendiri dan ada pendirian. Mereka inilah yg akan menentukan masa depan negara kita. Nasib baikla pecacai tegar tinggal dua tiga ekor aje.......

Anonymous said...

Kerajaan UK atau Australia bila lak nak bagi IC free ye? Bosan tengok puak yang sama je perintah Mesia ni..

Anonymous said...

org cina & india dah berani sapot PAS..tp melayu masih lg idop dlm ketakutan dgn DAP..Gerakan yg lebih rasis sampai sorang calon melayu pun takde leh plak dibuat kawan..pelik benar bangsaku ni