Kenyataan seorang ulama atau seorang ahli politik yang menggunakan agama
untuk perjuangan partinya...? Belum selesai isu "pengkafiran" beliau ke
atas ahli UMNO (yang dibangkitkan semula oleh Cikgu Non, seorang ahli
Pas), Hadi menimbulkan satu lagi polemik agama yang serius di kalangan
orang Islam.
Kenyataan Hadi ini adalah kenyataan politik.....!
Tiada sesiapa pun
mempertikaikan jika ada orang bukan Islam mahu menyebut perkataan Allah.
Yang menjadi isu sekarang ialah apakah boleh atau tidak boleh perkataan
God diterjemahkan sebagai Allah bukannya Tuhan dalam kitab Bible bahasa
Melayu.
Janganlah kerana mahu meraih undi pengundi Kristian di negara ini
Pas mahu berdolak-dalik dalam isu ini. Memang benar tiada nas yang nyata
melarang penggunaan nama Allah dalam agama lain.
Namun ulama di negara ini baik Ulama dalam kerajaan, dalam
universiti malahan dalam Pas telah sepakat bahawa penggunaan Allah dalam
bahasa Melayu adalah khas untuk kegunaan orang Islam sahaja.
Apakah
kesepakatan ini mahu dibakulsampahkan oleh Hadi Awang hanya kerana undi....?
Saya berharap agar sebagai seorang pemimpin Islam yang terpelajar,
Hadi dapat mengambil masa bermuhasabah diri melihat isu ini....
Saya
khuatir kenyataan-kenyataan beliau boleh menghimpiri diri beliau kepada
keadaan syirik dengan menyamakan konsep Allah yang maha esa dengan
konsep Trinity dan sebagainya.
Baca selanjutnya, klik SINI
5 comments:
..hmm dekat dgn syirik tak pasti tapi yg jelas lebai kulop sekoq ni mmg rela jadi kuda gay tua kutuk yg berangan nak jadi pm msia.. taqbir!..
demi menang PRU13 nanti dia[PAS]sanggup SYIRIK.
Saudara pembaca,
Tentang habis habisan mereka yang hendak menggunakan nama Allah dalam bible. Ini berkait rapat dengan akidah kerana konsep Allah dan tuhan kristian tidak sama. Tapi dalam perbualan harian yang tidak kena mengena pada konsep ketuhanan, saya yakin tidak ada halangan untuk non Muslim menuturkannya.
tentang mereka. ini bersangkut paut dgn akidah
apa,khir toyo bercerita pasal syirik?wakakakak
Post a Comment