Wednesday, January 30, 2013

WAJIB Baca...! Orang Lain REMBAT Wang Besar Jual Kad Pengenalan Di Sabah TETAPI Tuduhan Kena Pada SPR Pulak....

Nampaknya rakyat dinegara ini sudah terkeliru dengan isu RCI Sabah yang panas menghiasi persada berita sejak seminggu yang lalu...

Orang lain yang buntingkan anak dara, orang pula yang kena tanggung..! Ibarat bidalan ada menyebut, "orang lain yang makan nangka, orang lain kena getahnya".

Juak juak murahan penjilat tegar Pakatan Pembangkang mengambil jalan mudah apabila berlaku Royal Commission Inquiry [RCI] iaitu suatu proses Suruhanjaya Siasatan Diraja berkenaan isu pemberian Kad Pengenalan kepada warga Sabah sekitar tahun 1990an, juak juak Pakatan hanya mahu menuding jari kepada Suruhanjaya Pilihanraya [SPR].

Apabila timbul isu pemberian Kas Pengenalan yang kemudiannya dikaitkan pula dengan alasan untuk membolehkan mereka ini semua mengundi, maka beban tuduhan untuk menzahirkan kejahatan ini cuba diajukan kepada SPR... 

Inilah impian juak juak murahan Pakatan Pembangkang, mereka mahu menjahanamkan nama baik SPR..!

Padahal, jalan ceritanya sangat mudah untuk fahami. Dalam isu RCI Sabah ini, jelas terbukti sebanyak 94 orang termasuk 24 Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara [JPN] ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri [ISA] dari 1994 sehingga 2000 kerana mengeluarkan Kad Pengenalan secara haram di Sabah....

Jika anda lihat pada screen grab diatas sekali petikan penulisan sahabat blogger kita Blog Akar Umbi yang berbunyi "Isu RCI Sabah - Tiada Lagi Kontrak RM6.8 Juta Sejak 2006 Dorong Nasir Sungip Sabitkan SPR...?". Boleh baca disini

Persoalannya, siapakah dia mangkok hayun bernama Nasir Sungip...?

Mohd Nasir Sungip, Timbalan Pengarah JPN Negeri Sabah dan beliau merupakan salah seorang pemberi keterangan dalam isu RCI Sabah.

Beliau mendedahkan kepada RCI dengan dakwaan bahawa dirinya adalah dibawah arahan SPR Negeri Sabah....

Betul ker Bohong..? Kalau Bohong kita suruh AC Mizal karen dia....

JOM, kita saksikan buktinya dibawah ini;

WOW...!

Pengakuan bekas Pengarah JPN Ramli Kamaruddin, beliau telah menjual 16,000 resit dan membaham wang besar berjumlah RM1juta...

Ramli menjual setiap resit dengan harga RM250 setiap satu sekitar 1993 dan 1995 kepada pendatang haram dari Filipina, India, Pakistan dan negara negara lain.

Yang paling PENTING disini adalah pengakuan Ramli yang menyatakan beliau lakukan semua itu kerana wang...! Iya, beliau mahukan fast money...

Bukan arahan SPR...!! Untuk membaca selanjutnya, ada disini.

Oleh itu, apakah tujuan Nasir Sungip mahu membabitkan SPR..., seterusnya mahu menconteng arang pada nama baik sebuah institusi seperti SPR...? Jawapannya disini

Semoga para pembaca dapat pencerahan dan tidak lagi bersangka buruk terhadap SPR

2 comments:

Anonymous said...

Kerajaan UK atau Australia ada keluarkan IC tak? Bosanlah dengan politik di Malaysia ni. Asik nak menang je at all costs.. Mempertahankan Putrajaya sehingga ke titisan peluh terakhir.. Ingat orang lain tak ada bakat nak memerintah ke? Asik dia aje yang kata dia yang mampu memerintah sampai hari kiamat.. Orang lain tak boleh dan tak ada chance.. Huhu..

Anonymous said...

"Organic Mulch) (University of Illinois at Urbana-Champaign, NRES-19-97). Owning a regular lawn mower does not mean you have to give up on mulching your yard; you just have to be willing to do some work. Grass clippings are full of nitrogen and break down quickly.