MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Monday, January 14, 2013

Wan Azizah Happy Gilerr Perhimpunan Shamsidar Gagal Kumpul 1 Juta Orang Bodoh..., Cuma Ada 80,000 Orang Bengong Jer...!!

Beberapa kesimpulan dapat dirumus daripada 'Himpunan Kebangkitan Rakyat' anjuran parti-parti Pembangkang Sabtu lepas.....

Pertama, sekalung tahniah kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengotakan janji untuk mempastikan perhimpunan tersebut dijamin aman dan tidak berlaku sebarang rusuhan atau kekacauan seperti pengalaman lalu.

Kemenangan besar dan hakiki pada hari Sabtu lalu bukan kepada pembangkang tetapi kepada Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional.

Kewujudan Akta Perhimpunan Aman 2012 telah meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan apabila rakyat mengetahui keselamatan terjamin serta kehidupan mereka tidak lagi terganggu bilamana pembangkang mahu mengadakan sebarang demonstrasi di masa depan.

Ini adalah satu pendekatan inklusif oleh pihak polis yang patut diberi pujian dan penghargaan termasuk pihak pembangkang sendiri.

Sikap keterbukaan Perdana Menteri yang berkata kerajaan pimpinannya sanggup dikritik dan ditegur adalah satu cerminan dasar yang mengutamankan hak dan kebajikan rakyat dan pada masa yang masa menghormati nilai-nilai sistem demokrasi negara ini.

Kedua, perhimpunan yang diuruskan dengan begitu baik oleh PDRM telah menggagalkan sebarang percubaan pihak pembangkang untuk menimbulkan huru hara di jalanan sebagaimana ang mereka telah lakukan pada perhimpunan Bersih 3.0.

Sudah tentunya individu yang paling kecewa ialah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengharapkan penyokong-penyokong pembangkang dapat digerakkan sekali lagi untuk merusuh dan menimbulkan suasana tegang.

Strategi Anwar supaya berlaku kakacauan ialah supaya media antarabangsa yang membuat liputan berita akan menyebarluaskan gambaran bahawa kerajaan bertindak zalim, kuku besi, diktator dan sebagainya.

Malangnya perkara ini tidak terjadi dan perhimpunan yang diadakan tidak ubah seperti mana-mana ceramah politik pembangkang.

Kerajaan masih menunjukkan sikap prihatin dan berlembut walaupun pembangkang melanggaar beberapa syarat yang telah dipersetujui seperti menghadkan kehadiran peserta perhimpunan kepada 30,000 sahaja dan dilarang membawa bersama kanak-kanak.

Ketiga, ketiadaan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menimbulkan tanda tanya mengapa beliau tidak hadir pada perhimpunan terbesar pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum ke 13.

Pembangkang berkata dengan jumlah mereka yang berkerumun di Stadium Merdeka sudah cukup untuk menyampaikan mesej kepada Barisan Nasional bahawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Mungkin penyokong pembangkang penuh yakin berdasarkan semangat membuak-buak mereka pada hari itu namun Kit Siang nampaknya tidak begitu menaruh harapan yang menggunung.

Keempat, melihat kepada kerenah penyokong pembangkang yang mewakili pelbagai ideologi dan politik serta landasan perjuangan yang berbeza-beza menjadi satu persoalan adakah pemimpin dan penyokong mempunyai kesatuan fikrah dan pandangan politik yang sama untuk ke Putrajaya?

Pas dengan baju serba hijau yang gemar melaungkan takbir, kumpulan Bersih dan ant-Lynas pula dengan baju kuning mereka, dan PKR dengan baju biru muda masing-masing bersorak dengan sloganan tersendiri seolah-olah ia hanyalah satu perhimpunan carca marba atau 'motley crue'.

Malah terdapat kumpulan-kumpulan serpihan yang menumpang sekaki untuk bersama perhimpunan itu seperti golongan LBGT, anti-Islam, anti-Melayu, pluralis dan liberalis, cauvinis dan rasis, anti-Raja, pendakwah Kristian dan sebagainya.

Semuanya juga mempunyai impian Anwar aagar memenuhi agenda perjuangan kumpulan mereka jika berkuasa.

Malah jika dibilang dengan jari jumlah yang hadir jauh daripada 1 juta yang disasarkan sebelum ini.

Anggaran pihak polis hanya sekitar 40,000 orang yang hadir hanyalah empat peratus dan ini merupakan satu kegagalan besar pihak penganjur.


Di mana 300,000 penyokong yang hendak dikerah oleh Pakatan Rakyat Selangor....?

Akhirnya yang datang adalah muka sama yang juga turut menyertai perhimpunan dan demonstrasi jalanan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0, Perhimpunan Anti -Isa, dan Perhimpunan Air Selangor sebelum ini.

Kehadiran penyokong Cina juga amat hambar sekali dikatakan sekitar 8 peratus atau 3,000 sahaja manakala penyokong India kira-kira 2 peratus sahaja.

Ini jelas membuktikan orang Melayu telah dipergunakan oleh DAP untuk menjayakan agenda politik mereka.

Yang tidak faham politik adalah penyokong pembangkang dari kalangan orang Melayu dalam PAS dan PKR yang gagal mengerti bahawa mereka hanyalah keldai tunggangan DAP yang bersikap talam dua muka dan berpura-pura.

Mungkin ini menjadi penyebab mengapa Anwar hanya berucap setakat 20 minit sahaja kerana penyokong sudah meluat dan mula keluar stadium ketika beliau mula berceramah.

Himpunan Shamsidar juga tidak menjadi kerana penyokong PAS dan DAP tidak mahu terbabit menyokong isu peribadi dan moral buruk Anwar.

Hakikatnya 'kebangkitan' yang diharapkan menjelma menjadi kekecewaan yang amat menghampakan......

4 comments:

Anonymous said...

betul ke ni. Harap dapat komen

Agenda Utama himpunan HKR. Sumber dari blog suara pakatan rakyat

http://suarapakatanrakyat.com/2013/01/suku-juta-sokong-penggunaan-kalimah-allah-oleh-pihak-gereja/


Utama|January 13, 2013 9:39 pm
Suku Juta Sokong Penggunaan Kalimah Allah Oleh Pihak Gereja


SELAIN menunjukkan kekuatan politik, Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) semalam juga bertujuan untuk mempamerkan kepada BN dan UMNO akan kesatuan Pakatan Rakyat dalam soal penggunaan kalimah Allah oleh pihak Gereja yang disokong oleh Pakatan Rakyat.

Tidak mengapalah kalau 250 ribu (suku juta) sahaja yang dapat hadir, bukan 1 juta seperti yang diharap-harapkan. Yang penting, hampir 90% yang hadir semalam adalah terdiri dari orang Melayu/Islam. Kehadiran mereka ini merupakan satu sokongan moral yang penting kepada Pakatan Rakyat dan juga Gereja.

Lagipun, banyak sebab kenapa himpunan semalam tidak mencecah 1 juta orang, antaranya banyak bas-bas peserta himpunan dari Kelantan, Terenganu, Pahang dan Kedah, dihalang pihak polis dari masuk ke Kuala Lumpur. Lebih 800 bas terlibat dan penulis difahamkan satu laporan akan dibuat mengenai perkara ini.

Itu tidak kira lagi kereta penyokong yang turut terlibat dengan sekatan tidak sah ini. Penulis akan menyiarkan artikel mengenai perkara ini sebaik maklumat yang lebih lengkap penulis perolehi.

Pemimpin utama PAS seperti Datuk Seri Abd Hadi Awang dan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat dikhabarkan sungguh lega dengan sambutan semalam, kerana itu membuktikan mereka tidak berkeseorangan dalam soal ini.

Maklum sahajalah, ada ura-ura sedang berlaku gelombang tentangan yang begitu besar di dalam PAS sekarang yang mahu kedua pemimpin ini disingkirkan kerana memilih untuk bersama Pakatan Rakyat dalam hal ini.

Tapi penulis yakin tentangan ini akan dilemahkan dengan mudah melalui penyingkiran beberapa pemimpin utama PAS yang menjadi dalang kepada perkara ini seperti Timbalan Mursyidul Am, Datuk Harun Din, Ketua Majlis Ulama, Datuk Harun Taib dan ahli Majlis Syura Ulama, Nasharudin Mat Isa sedikit masa lagi.

Ketua Pemuda, Nasharudin Tantawi yang asalnya menentang, telah berubah fikiran dan memberi sokongan kepada keputusan tersebut. Mungkin beliau takut namanya akan tercicir dari senarai pencalonan untuk pilihanraya yang akan datang.

Penulis sudah katakan, tidak ada orang politik yang akan melepaskan kenikmatan untuk menjadi orang berkuasa.

Dalam masa yang sama, majlis Paderi-Paderi juga dilaporkan telah mengadakan sembahyang khas pagi tadi di beberapa buah gereja, bagi mengucapkan terima kasih kepada Allah, Jesus dan Mariam atas kejayaan himpunan semalam mengumpulkan sokongan orang Islam dalam jumlah yang besar.

Sokongan besar itu amat melegakan kerana sejak isu ini kembali panas, masyarakat kristian begitu bimbang jika peristiwa tidak enak seperti yang pernah berlaku pada 2010, berulang semula.

Nasib baik atas usaha Pakatan Rakyat, kebarangkalian itu tidak timbul lagi sekarang, melihat kepada sokongan besar ditunjukkan oleh orang Islam melalui HKR yang turut membawa mesej sokongan terhadap penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja.

Malah, kalau sesiapa perasan, ketika takbir dilaungkan di stadium semalam, orang-orang Kristian turut sama-sama bertakbir, menunjukkan semangat yang membara dan bukti jelas bahawa semua agama adalah sama

PAS FOR ALL, ALLAH FOR ALL!!

Artikel Berkaitan:

Kalimah Allah: Keputusan Majlis Syura PAS Bercanggah Pakatan Rakyat

Anonymous said...

Anuwar sedang cerita pasal shamsidar ke? Katanya himpunan untuk shamsidar............

Anonymous said...

Tergelak aku tengok reaksi muka Khalid Flintstone, ternganga je tengok Al-Juburi sedang kencing kat 45,000 berok di stadium merdeka semalam...

Kah kah kah kah kah kah

Anonymous said...

Boleh sembelit aku bila tengok muka mat sabun dgn khalid gugup..
awat laa mangkuk dua ekoq ni buat muka mcm tuu..hihihi