Saturday, February 2, 2013

Ini SYORUU Punya Geng Kasi Buang Longkang Lagi Bagus Laa

Majlis Syura Ulama PAS pernah diumpamakan sebagai Al-Quran buruk oleh Datuk Mohamed Daud Iraqi, salah seorang ahli Majlis tersebut sendiri......   

Sebuah Al-Quran buruk yang sudah kabur tulisannya tetap tidak mungkin dibuang, dan tetap akan diletakkan di tempat yang tinggi.  

Namun, di mata DAP dan PKR, Majlis Syura Ulama PAS adalah umpama kain buruk sahaja yang digunakan untuk mengelap segala najis dan lumpur yang disepahkan oleh pemimpin PAS.

Akibatnya, najis dan lumpur tidak lagi kelihatan tetapi kumannya masih terus bersarang dan merebak ke tempat lain yang dilap dengan kain buruk tersebut. 

PAS juga nampaknya menerima sahaja kedudukan Majlis Syuranya sebagai sesuatu yang hidup tidak membawa makna, mati tidak boleh pula kerana ia menjadi tonggak kepada nama ‘Islam’ yang ada pada parti PAS.  Tanpa Majlis Syura, Islam PAS hanya tinggal pada jubah dan serban semata-mata. 

Bukan sahaja DAP dan PKR sahaja yang ‘mengabaikan’ Majlis Syura tetapi, Pengerusinya sendiri, iaitu Nik Aziz turut melihat Majlis Syura sebagai tidak lebih dari simbol semata-mata.  Kerana itu, Nik Aziz dilaporkan membuat kenyataan di dalam akhbar The Star yang berkata bahawa pemecatan Nashruddin dari Majlis Syura bermakna pemecatan dari PAS.  Atau dalam kata lain, Majlis Syura adalah kambing hitam penyamaran bagi mengelak penyokong-penyokong PAS mencurigai tindakan pemecatan tersebut. 

Hakikatnya, Nik Aziz telah dengan terus terang mengabaikan Majlis Syura dan membuat keputusan berdasarkan emosinya sendiri atas kapasiti Pengerusi Majlis dan juga Mursyidul Am parti.  Menurut Nik Aziz, talak telah pun jatuh oleh itu, Nasha dan PAS tidak lagi boleh dianggap ada hubungan.  

Kita amat memahami sifat Nik Aziz yang merupakan seorang pendendam. 

Dan lebih malang bagi Nasharuddin ialah apabila Hadi Awang pula seorang yang suka menghina orang lain.  Memberi respon dalam isu ini, Hadi Awang telah menyifatkan Nasharuddin sebagai ahli biasa sahaja dan tidak ada signifikannya jika beliau mengiringi Perdana Menteri ke Gaza.   Oleh itu, pemecatan Nashruddin dikatakan kerana beliau jarang menghadiri Majlis Syura dan bukan kerana bersama dengan PM di Gaza. 

Namun, jika itulah alasannya, maka ramai lagi yang jarang menghadiri Majlis Syura malah hampir tidak pernah iaitu Datuk Mohamed Daud Iraqi dan Nik Aziz sendiri.  Kenapa Nik Aziz tak pecat diri sendiri bagi menunjukkan kepimpinan Islam tulen yang adil lagi saksama?

Bukan itu sahaja, malah pemecatan Nasharuddin itu sendiri tidak menepati cara Islam.  Pertuduhan telah dibuat tanpa kehadirannya, dan keputusan juga dibuat tanpa pengetahuannya serta hukuman pula dibuat tanpa memberinya peluang membela diri.  

Sedangkan pembangkang merupakan pihak yang kuat menghentam Akta ISA atas alasan tidak memberi peluang tertuduh membela diri yang mana membelakangi cara Islam. 

Justeru, apakah hukumnya bagi Majlis Syura untuk membelakangkan soal menghukum cara Islam?  Siapakah pula yang berhak menghukum Majlis Syura? 

Apapun, yang jelas di sini ialah kedudukan Majlis Syura yang tidak ada makna.  Majlis Syura boleh membuat keputusan, tetapi ia tetap merupakan keputusan PAS sepertimana yang dijelaskan oleh Nik Aziz.

Manakala, PAS pula boleh membuat keputusan atas apa saja, tetapi keputusan muktamad tetap berada di tangan DAP.  

Maka, apa gunanya lagi Majlis Syura?  Bukankah lebih baik ianya dibubar saja..?

Majlis Syura bukan seperti Al-Quran buruk kerana Al-Quran buruk masih lagi punya nilai.  Tetapi Majlis Syura lebih layak dianggap sebagai kain buruk, kerana langsung tidak bernilai, bukan sahaja di mata PKR dan DAP, tetapi juga di mata Nik Aziz sendiri.... 

7 comments:

Anonymous said...

niat ULAMAK2[PAS] yang diatas ini memang betul iaitu hendak menegakkan HUKUM ISLAM dengan mengadakan perbincangan dalam MAJLIS SYURA.tetapi SETIAP KEPUTUSAN dari majlis syura ini TIDAK BOLIH DIBAWA KELUAR kerana TIDAK DITERIMA PAKAI LANSUNG OLIH KEDUA2 PARTI SEKUTUNYA iaitu PKR DAN DAP.jadi setiap keputusan yang dibuat didalam majlis syura itu hanya tinggal didalam majlis syura tu saja.tak bolih dibawa keluar[pi mai pi mai tang tu jugak].

Anonymous said...

Sepatutnya Majlis Syura pecat Haji Hadi kerana telah menimbulkan perbagai masalah. Masalah paling besar selepas Amanat Haji Hadi adalah penyelewengan akidah dengan mengumumkan pengunaan kalimah Allah boleh di gunapakai di dalam bible. Satu Malaysia dah nampak terang dan jelas. Jangan lah tahu nak salahkan orang lain pula. Tak kan ulama2 PAS masih terkeliru lagi.

Anonymous said...

kalu sepatut pecat hj hadi macamana nik aziz. dia yg mengeluarkan perkataan2 yg langsung tak mencerminkan islam yg syumul dan mulia..dia yg memperkenalkan perkataan yg dahsyat2 yg pengikutnya pakai setiap masa..langsung tak mencerminkan seorang tua yg boleh memimpin seluruh umat (cuma org pas saja yg layak)..cerminan ulamak yg dihormati..pemimpin Islam yg bila cakap penuh dng bahasa berlapik...dia buang org islam (baik berkawan dng syaitan katanya)...banyak lagilah..kemudian perkataan yg huduh2 kpd lawan politiknya diikut pula oleh pengikut2nya dng rasa bangga melebelkan perkataan yg huduh2...macam2 nama umno@bn dilebelnya sampai org bukan umno/bn pun menyampah dng perkataan huduh2....kalu dlm blog mereka sendiri tak apa jugalah kita tak buka... ini dlm facebook pun penuh dng caci maki...tapi duit brim..duit kemurahan(RM1000)dan lain2lah...tuntutnya mengalahkan org yg tak maki hamun kerajaan umno/bn...kerajaan umno/bn bagi kita ambil...undi bagi dng pas...sapa yg ngajar kalu bukan pemimpin mereka sendiri...pimpinan ulamak kononya...kalu betul pimpinan ulama patutnya bagi tahu penyokong jangan ambil...kerajaan pas bagi saja ambil...entah bagi entah tidak...yg nampaknya berbuih2 mengerah pengikut membenci lawan politik siap sembahyang hajat musnahkan umno/bn...yg kita nampak pemimpin mereka tak bagi tapi jual tanah wakaf ada...sakit hati sungguh...sampaikan konsep wakaf dlm islam pun mereka tak berhati2...macam ni kah pemimpin yg kononnya meletakkan islam dlm wadah politik...macam2 lagilah islam dikaitkan dng parti politik mereka...tu sapa mengajar kalu bukan pemimpin2 mereka... paling utama nik azizlah...

Anonymous said...

Ni lah masalah dengan Majlis Syura PAS. Macam tak da teloq nak tegur pemimpin2 dia. Macam takut kena "tulah" la pula. Sepatutnya kalau salah cakap je salah. Apa salahnya. Ape pemimpin2 mereka tak boleh kena tegur ke. Keramat sangat ke. Wali sangat ke. Perrrgggh.......

Anonymous said...

Pemimpin dan ahli UMNO/BN menjadi pengikut Islam yang syumul ke selama ini????

Anonymous said...

Pemimpin dan ahli PAS menjadi pengikut Islam yang syumul ke selama ini????

Anonymous said...

Pas memang teruk.. Tak ada yang betulnya mereka tu.. Mereka pun dulu semua fail masa kat U dulu.. Hanya pemimpin BN yang lebih berpengetahuan agama daripada PAS.. Mereka tu 100% tak betul.. Kalau betul pun 2%, kita pejam-pejam mata ajelah kata mereka 200% tak betul.. Apa ada hal kan.. Kawtim semua tu.. Sen Meguel yang betul..

Hidup Sen Meguel..!