MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Saturday, February 2, 2013

Janganlah Percaya Fatwa PAS....


Inilah masa terbaik untuk rakyat menolak Pas dan parti-parti pembangkang lain selepas melihat apa yang sekarang jelas menunjukkan parti pembangkang bukannya lebih baik daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, rakyat yang menyokong Pas selama ini perlu sedar bahawa parti itu tidak boleh diharapkan untuk membantu mereka kerana Pas tidak mempunyai pendirian dan menggunakan agama untuk kepentingan politik.

Katanya, banyak tindak-tanduk dan fatwa yang dikeluarkan oleh Pas dibuat berdasarkan pertimbangan politik dan berubah-ubah mengikut keadaan termasuk dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain.

 "Apa yang berlaku kepada bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dan bekas Naib Presidennya, Datuk Dr. Hasan Ali dan pemimpin-pemimpin Pas yang juga lain perlu dijadikan iktibar.

"Begitu juga dengan apa yang berlaku ke atas bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dan ramai pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang telah meninggalkan parti perlu dijadikan iktibar oleh rakyat," katanya yang juga Menteri Pertahanan.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Awal Persekolahan RM100 kepada seramai 167 pelajar di Sekolah Kebangsaan Bagan Pasir, di sini hari ini. Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, tindakan Pas memecat Nasharudin dari Majlis Syura Ulama dan Hasan dari parti itu menunjukkan parti tersebut sebenarnya yang tidak membenarkan perbezaan pendapat walaupun sering menuduh UMNO dan BN bersikap demikian.

"Selama ini, Pas menuduh UMNO dan BN tidak boleh menerima teguran dan tidak membenarkan ahli parti bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan atau orang lain untuk membuat kebajikan dan program kemanusiaan.

"Namun, jelas daripada apa yang dilakukan oleh Pas kepada Nasharudin dan Hasan serta ramai pemimpin Pas yang lain memperlihatkan parti itu seperti menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat supaya memberikan sokongan padu kepada BN terutama dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti bagi menjayakan agenda menjadikan Malaysia sebagai negara maju berpendapatan tinggi pada 2020.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah banyak melakukan program transformasi untuk mensejahterakan kehidupan rakyat. Oleh itu, kita perlu menyokong kepimpinan Najib dan parti yang diterajui beliau," katanya.

Utusan Online...

5 comments:

Anonymous said...

PKR DAN DAP PULAU PINANG MENYOKONG SEPENUH KENYATAN YB KARPAL SINGH. HADI AWANG HARUS AKUR DENGAN KEPUTUSAN MAJLIS PRESIDEN PAKATAN RAKYAT. PASDANMAJLIS SYURA TIADA HAK MENCABAR KEPUTUSAN MAJLIS PRESIDEN. DAP SAID TAKE IT OR LEAVE IT.

Anonymous said...

TAKE IT OR LEAVE IT ! TAK MALU KE DIORG NI ? ADA MARUAH KE TAK ? KE TAHALUF SIYASI JUGAK ?

Anonymous said...

setiap keputusan MESYUARAT dari meja MAJLIS SYURA apabila dibawa keMAJLIS MESYUARAT TERTINGGI PR terus akan DITOLAK olih MAJLIS MESYUARAT TERTINGGI itu kerana sebilangan besar yang ada dalam dewan mesyuarat itu adalah MEREKA YANG BUKAN BERUGAMA ISLAM.[ahli dari PKR dan DAP].

Anonymous said...

things hard to build, difficult to replace, and costly to substitute.
The Journal article goes on to point out "Corn is up 44%, milk is up 6. Apart in the course of the frequency of fasting, there is 1 important distinction among the approaches.

Also visit my blog check this out

Anonymous said...

Repairing Small Cracks in Concrete Floors: Determine the Damage.
Polished concrete floors come in different colours
and types to suit the different decorative and functional requirements of domestic or
commercial customers. Say we are laying out a simple home 30' x 45'; if the last dimension was
forty feet instead of forty-five then the cross corner measurement would be fifty feet.