SEMINAR ANTARABANGSA AUTISME 2014

SEMINAR ANTARABANGSA AUTISME 2014

Friday, February 1, 2013

JOM Kita Kenali Dengan Lebih Dekat Siapa Dalang Berniaga Projek IC Di Sabah Tahun 1990an...

Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak menolak penglibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu pemberian kad pengenalan dan kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah.

Bekas Perdana Menteri berkata, perbuatan Anwar itu di luar pengetahuannya kerana tidak pernah memberi arahan tersebut.

"Projek IC (kad pengenalan) itu boleh berlaku tanpa pengetahuan dan arahan daripada atasan.

"Anwar ketika itu memang mempunyai kuasa tetapi apa yang berlaku tidak semestinya atas arahan.

"Beliau (Anwar) selalu membuat perkara yang bertentangan dengan arahan. Dan, kadangkala perbuatannya lebih daripada arahan yang dikeluarkan," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis makan tengah hari anjuran Institut Kepimpinan Strategik Asia sempena ulang tahun ke-20 badan pemikir itu, di sini hari ini.

Dr. Mahathir sebelum ini dituduh memberikan kad pengenalan dan kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah sebagai ganti undi.

Ditanya adakah beliau mempunyai bukti tentang perkara tersebut katanya; "Kadangkala kita tahu apa yang berlaku cuma tidak ada bukti untuk ditunjukkan.''

Katanya, beliau bersedia untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang tanpa izin di Sabah jika dipanggil.

Sementara itu, beliau berkata, Malaysia tidak perlu lagi bergantung kepada pelaburan langsung asing (FDI) kerana perbelanjaan domestik negara cukup kukuh.

Dr. Mahathir berkata, meskipun begitu, negara amat bertuah kerana pelabur asing terus-menerus mengintai peluang untuk menjalankan perniagaan di sini.

Menurut beliau, yang menariknya, pelabur mengintai masuk ke Malaysia bukan sekadar membuat pelaburan berjuta-juta sebaliknya berbilion-bilion.

"Ini menunjukkan pelabur asing cukup berkeyakinan dengan ekonomi dan kestabilan negara ini," katanya.

Katanya, keupayaan negara mencatatkan kadar keluaran dalam negara kasar melebihi lima peratus sangat membanggakan berbanding pertumbuhan Amerika Syarikat iaitu tidak sampai satu peratus dan negara Eropah kini dalam kemelesetan ekonomi.

"Jika fakta itu tidak cukup meyakinkan, kita boleh melihat banyak kren di tengah-tengah bandar di seluruh negara, sebagai tanda projek pembinaan giat dijalankan," katanya.

"Hotel mahupun kondominium yang berada di tengah-tengah bandar pula terang-benderang, menunjukkan bilik mereka ditempah dan kediaman pula berpenghuni.

"Apabila kediaman berpenghuni, ini membawa maksud pembelian rumah bukan untuk tujuan spekulator dan saya yakin Malaysia tidak berhadapan dengan masalah ini.

"Saya berpendapat pakar ekonomi boleh menjadikan teori ini sebagai pertunjuk bahawa ekonomi Malaysia cukup kukuh dan berdaya saing," katanya sambil disambut tepukan daripada lebih 2,000 hadirin.

Beliau yakin pertumbuhan Malaysia akan terus konsisten dan berada pada tahap tertinggi sekiranya negara berjaya mencapai sasaran 70 juta orang penduduk.

"Kalau kita mempunyai pasaran domestik besar, saya yakin pertumbuhan negara akan lebih pantas," katanya.

4 comments:

syg tun said...

penduduk ramai, pasaran besar, baik utk golongan pemodal, tp akan meningkatkn persaingan diprgkt bawahan. dlm hal tingkatkn jumlah penduduk, kurang setuju pndgn tun. dan prinsip survival of the fittest dlm teori evolusi kurang sesuai utk aplikasi pd manusia.

Anonymous said...

Of course lah orang yang sama, iaitu Mr A.. Siapa lagi BN nak kenakan.. Semua nya Mr A memang buruk, tak ada yang baik pun.. Kalau dia sedekah RM1 kat peminta sedekah tepi jalan pun, itu pun jahat, bukan baik tuuuu.. Jahat tu sedekah kat peminta sedekah.. Apapun semua dia buat semuanya jahat, tak ada yang baiknya dia tuuu.. Hehe..

Kalau orang lain selain daripada Mr A yang sedekah, itu bagus, bejiwa rakyat. Hidup BN!

Anonymous said...

Everyone who is into style depends on a great stylist to
look good and help with hair issues and problems.
As far as medical treatment is concerned, it's often suggested to consult your doctor before any further proceeding. Soon after this, use curl lotion all more than your hair, and make use of mousse and squeeze this in your hair to that your curls seem flawless.

Here is my website ... hair products

Anonymous said...

Nevertheless, that does not mean that the product
is a fake. Amla is used in the preparation of a highly
effective natural shampoo by mixing 100 g each of amla, nuts and Shikakai soap in two quarts of water, the mixture is boiled
for half an hour to simmer and then can be used as shampoo for one month for all hair treatment throughout the year.

com/hair-growth-products-top-things-to-know-before-purchasing-a-product ]hair growth products visit our website howtomakeyourhairgrow-fasterandlonger.
1 The oil spill threatens the lives of birds, sea otters, and more than
400 other species. Low self-esteem, hair fall,
itching in scalp and facial skin infections are common side effects due to dandruff problems.


My page how to grow long hair