Thursday, February 14, 2013

Melayu Dah Jadi Pengemis Yang Memerlukan Sokongan Kaum Lain...

Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan masyarakat Melayu kini sebagai 'pengemis politik' yang memerlukan sokongan kaum lain untuk menjaga kepentingan mereka.

Katanya, perkara itu berlaku kerana kekuasaan politik Melayu kini semakin terhakis apabila mereka terpecah kepada tiga parti berbeza iaitu UMNO, PAS dan PKR.

Perpecahan itu, menurutnya, berlaku kerana para pemimpin Pembangkang seperti Anwar Ibrahim dan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang ghairah mengejar kekuasaan serta 'berebut-rebut' menjadi Perdana Menteri jika Pembangkang memenangi Pilihanraya Umum nanti....

Beliau berkata, perpecahan itu menjadikan kelompok-kelompok Melayu semakin banyak dan muncul sebagai golongan minoriti politik sehingga sukar untuk menjaga kelangsungan mereka seperti di zaman penjajahan British dan Jepun dahulu.

"Melayu kini terpecah kepada tiga dan lawan sesama kita, jadi macam Arab apabila Sunni lawan Syiah, mereka bukan lawan 'orang putih' dan ini membuatkan Barack Obama Presiden Amerika Syarikat dan David Cameron Perdana Menteri Britain tepuk tangan....!

"Di Malaysia macam itu juga, kita berpecah, jadi lemah.., jadi pengemis dan perlu sokongan orang lain untuk nak jadi pemerintah," katanya ketika berucap dalam program 'Perlembagaan Malaysia: Masa Depan Keselamatan Negara' anjuran Kelab Pembangunan Insan Bandar Tun Razak di sini hari ini.[sumber]

8 comments:

Anonymous said...

kalau camtu umno keluar la dari BN...bergerak sendiri....x payah bergantung pada mic n mca....

x pun bubarkan umno dan bersatu dengan pas (ahli pas pn melayu gak) .....macam mana???

Anonymous said...

UMNO dah lama gerak sendiri. tak perasan ke? PRU12 pun UMNO yg menang banyak.

cer PAS keluar dari pakatan, nape, takut ke?

Anonymous said...

Umno/BN sudahpun membuktkan kemampuan walupun bukanlah sempurna 100%, tetapi Pas/Pkr dah dapat dua tiga negeri tetapi belum membuktikan ianya sebuah kerajaan yang lebih baik dari Umno/BN..oleh itu kalau rasa sedar diri eloklah para penyokong PR dari Pas/Pkr tinggalkan kedua parti tersebut yang mana hanya menjadi penghalang untuk kerajaan fokus kepada pembangunan negara. Nak harapkan mereka memertabatkan agama pun dah nampak semakin carca marba malah lebih teruk daripada Umno yang dilabelkan jahil tu..bukan apa2 takut yang dikejar tak dapat yang di kendong berciciran. Anwar, HjHadi dan Nik Aziz memang pandai tetapi tidak sama dengan Dr.M dan Ds.N yang bijak, perbezaan antara pandai dan bijak macam Iblis dan N.Adam a.s..dua2 buat salah tetapi iblis yang pandai kena laknat dan terkeluar dari syurga sementara N.Adam a.s yang bijak dapat mengekalkan jawatannya dan insyaallah akan kembali ke syurga.

Anonymous said...

kalau PR menang nanti belum tentu lagi ahli pas atau ahli pkr jadi PM.mungkin ahli dap yang jadi PM.mari kita ingatkan balik KETUA PEMBANGKANG PR dari dulu hingga sekarang.sebelum ini HAJI HADI[pas]jadi ketua pembangkang.lepas tu LIM KIT SIANG[dap]jadi ketua pembangkang.sekarang ni ANWAR[pkr]pula jadi ketua pembangkang.ini menunjukkan PR tidak tetap[tak tentu arah]tidak RESMI[tiada bendera komponen].tak macam BN.dalam KOMPONEN BN UMNOLAH KETUA PARTI.MCA dan MIC dibawahnya[UMNO].kalau BN menang nanti ahli UMNOLAH yang menjadi PM kerana KOMPONEN BN adalah PARTI KOMPONEN RASMI[bendera lambang dacing adalah bendera KOMPONENNYA].ini bermakna DAP mampu menang jika ia[dap]dapat LEBIH KERUSI[mejority]DUN dan PARLIMEN kerana kaum cina sekarang ni telah bersatu dalam dap sedangkan melayu berpecah kepada tiga parti.orang melayu sekarang ni kena INGAT bahawa DAP selama ini menjadikan PAS dan PKR BATU LONCATANNYA untuk menang dan tawan putrajaya dan kitalah[orang2 melayu]yang menjadi KETOLAN2 BATU LONCATAN ITU.dari itu orang melayu kena BERSATU dalam satu parti saja[UMNO iaitu PARTI ASAS PEMERINTAHAN BANGSA MELAYU NEGARA INI]supaya kuasa melayu tetap kekal dari dulu,kini dan selamanya.AMIN.

Ahmad Albab said...

Sebagai seorang suami, kadang kala kita melihat isteri kita itu sendiri tidak sempurna.. Namun begitu sang isteri tetap memasak, membasuh baju, manjaga anak-anak, mengenas rumah, memberi nafkah batin dan berbagai lagi kerja-kerja yang panjang senarainya..

Datang seorang wanita yang cantik dan bercerita tentang dirinya.. Bercerita tentang sempurna dirinya dan kita hanyut mendengar kisah suka dukanya itu.. Dan dia sepanjang masa akan meluahkan perasaannya dan akhirnya satu perasaan sayang timbul.. Akad pernikahan dilafazkan.. Dan isteri kedua tetap dengan cerita-ceritanya..
Dan timbullah satu masalah.. Awak ni tak reti nak berhenti ke? Bila nak masak?

Jadi sebagai seorang lelaki.. Walaupun isteri kita tidak sempurna, namun tugas-tugasnya tetap dilakukan tanpa gagal dan perempuan yang pada pandangan kita sangat cantik dan pandai berkata-kata itu sangat sempurna, namun pernahkah dia buktikan dia boleh lakukan apa yang isteri kita lakukan dan lebih baik dari apa yang kita sangkakan?

Walaupun BN tidak sempurna namun kita tahu BN tetap berkerja untuk rakyat namun begitu PR yang sentiasa berceramah itu dan sentiasa nampak cantik itu bolehkah berkerja untuk menjamin masa depan rakyat? Janganlah korbankan apa yang kita ada kerana mengejar kecantikan yang boleh memusnahkan kita..

Anonymous said...

Selama 50 tahun Amngok diberikan peluang, tapi Melayu tetap miskin.. Melayu diberikan tongkat sakti untuk mengaburi mata, tapi hanya kroni dibantu.. Manjang je si billionaire tu yang dapat semua, semua bisness dia dapat, sebab dia kroni, sampaikan seorang ahli parlimen Be End dari Sabah pun pertikaikan benda ni..

Memang politik adalah lubuk membuat duit bagi Be End.. Lahabau punya Amngok sebab tak tolong Melayu.. KM Penang yang dikata anti Islam tu pulak yang bagi peruntukan berkali ganda banyaknya untuk Islam di Penang.. Hamlau punya parti yang mengkhianati bangsa Melayu!

Anonymous said...

UMNO / BN BILA DAH TERDESAK BARU FIKIR ORG MELAYU....TP BILA BERKUASA DAN RASA KUAT MAKA MELAYU DIPINGGIR DAN DIPERGUNAKAN.....DAH TERSEPIT MAKA BERBUIH2 MULUT BERCAKAP PSL PERPADUAN, HAK ORG MELAYU, TANAH MELAYU DAN MCM2 MELAYU LAGI...MASA BERKUASA APA SAJA DPT PELUANG BERLOMBA2 SAPU....NAK BUKTI BANYAK DAH...SEGELINTIR DIBERI KPD RAKYAT BAWAHA..SEDANGKAN BERJUTA2,BEREKAR2,DISAPU OLEH PEMIMPIN2 UMNO.....

Anonymous said...

Inilah melayu, ada Bukit kasi Cina, ada Tanjung kasi Keling dan Melayu tinggal Batang Berjuntai. Fikir2kanlah