MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Thursday, February 7, 2013

Menjelang Petang Sewaktu Keputusan PRU 13 Akan Diumumkan...., Inilah Yang Berlaku. Bacalah Sebab Ianya Sangat PENTING

Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilaporkan mengingatkan kita tentang ancaman Anwar Ibrahim untuk mencetuskan pemberontakan seperti negara-negara timur tengah atau ‘Arab Spring’ dalam usahanya untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional......

Sudah tentu peringatan dari seorang yang berpengalaman dan mempunyai sumber maklumat yang luas seperti Tun Mahathir, tidak wajar dipandang ringan.

Apatah lagi setelah kita sedia maklum bahawa pemberontakan bukanlah sesuatu yang asing bagi Anwar, malah telah menjadi ‘hobi’nya sejak muda iaitu sejak di bangku Universiti tahun 1974.

Apabila dipecat dari kerajaan, Anwar tidak berlengah-lengah untuk memulakan kembali hobi waktu mudanya, dan pantas menggerakkan kekacauan, memberontak menentang kerajaan yang sebelum itu turut diterajuinya. 

Sehingga kini, hobi tersebut tidak pernah padam.  Apabila melihat dunia Arab bergolak, beliau pantas menyerapkan semangat Dataran Tahrir yang menyaksikan peristiwa berdarah pemberontakan rakyat terhadap kerajaan Mesir, terhadap penyokong-penyokongnya.

Begitu juga dengan pemberontakan atau revolusi di Syria, Libya, Tunisia dan lain-lain, semuanya dijadikan ‘contoh teladan’ yang harus diikuti oleh Malaysia, menurut Anwar Ibrahim. 

Justeru, pada Februari 24, 2012 wawancara Anwar dengan Inter Press Service [baca artikel tersebut, klik SINI] sekali gus mengesahkan peringatan Tun Mahathir di mana Anwar berkali-kali menegaskan akan keperluan kepada satu pemberontakan ala ‘Arab Spring’ di Malaysia. 

 Antara kata-katanya ialah “Malaysia tidak boleh dipisahkan dari apa yang berlaku di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara Islam,”  dan “…polisi kami (PR) adalah untuk Malaysia menjadi negara demokrasi yang matang.

Apa yang mereka di ‘Arab Spring’ dan ‘Occupy Wall Street Movement’ katakan ialah mengenai keadilan dan tekanan yang dihadapi dalam dunia kapitalis yang tidak terkawal yang hanya memberi kelebihan kepada segolongan kecil yang telah sedia mewah sahaja.” 

 Beliau juga berkata, “…bagi menghormati institusi demokrasi, hak untuk menentang dan hak kebebasan, ‘Arab Spring’ adalah amat perlu bagi dunia Islam kerana ia mempunyai impak dalam pengertian demokrasi.”

Maka tidak hairanlah, setiap kali puak pembangkang berdemonstrasi, tidak kira apa jua bentuk penyamaran yang mereka gunakan, seperti BERSIH, Himpunan Demokrasi, Reformasi, Kumpulan Hijau, dan sebagainya, laungan untuk menjatuhkan kerajaan sering kedengaran.

Malah, pemimpin-pemimpin pembangkang juga telah beberapa kali dirakamkan menyuarakan secara langsung dan tidak langsung, berkenaan usaha mereka untuk mencetus ‘Dataran Tahrir’ di Malaysia. 

 Perlu diingatkan bahawa peristiwa berdarah Dataran Tahrir ini tidak mustahil akan berjaya dicetuskan mereka sekiranya ‘hobi’ memberontak yang dimiliki oleh Anwar digabung dengan kebebalan PAS dan kebencian DAP yang membuak-buak terhadap kerajaan Melayu Islam.

Apatah lagi, dengan terdapatnya dana asing yang tiada had untuk mengupah para pemberontak dan menyogok pengkhianat. 

Adalah penting bagi setiap seorang dari rakyat Malaysia untuk benar-benar memahami apa itu ‘Arab Spring’ atau ‘Dataran Tahrir’ atau ‘Occupy Wall Street’ yang menjadi obsesi Anwar ini.

Ini bukan masanya untuk kita sekadar mendengar cakap-cakap rakan mengenainya atau percaya bulat-bulat atas apa yang disampaikan oleh ahli-ahli politik mahupun media massa. 


Jika benar kita inginkan demokrasi yang matang maka, kita, iaitu rakyat Malaysia harus mematangkan diri terlebih dahulu.....

Kita tidak layak untuk menganggap diri kita matang selagi kita tidak benar-benar mengkaji mengenai apa yang kita sokong.

Sesungguhnya, keadaan negara-negara pasca ‘Arab Spring’ adalah jauh lebih buruk dari sebelumnya.  Jika sebelum ini rakyat Mesir menggulingkan kerajaan Hosni Mubarak yang dianggap sebagai korup, zalim dan tidak memberi kebebasan bersuara tetapi hari ini, kerajaan Morsi Mohamed adalah lebih teruk di mana sesiapa sahaja yang mengkritiknya akan ditangkap.

Menjatuhkan sesebuah kerajaan melalui pemberontakan bermakna menjatuhkan atau memusnahkan negara dan diri sendiri. Ertinya, ekonomi menjadi lumpuh apabila pejabat, kedai, bank, sekolah dan segala-galanya musnah atau tidak mampu beroperasi kerana kekacauan.

Ini kerana, dalam keadaan kekacauan, bukan hanya kerajaan yang ditentang yang akan terjejas, tetapi yang jauh lebih teruk terjejas adalah rakyat sendiri.  Apabila sistem pentadbiran lumpuh, maka jenayah secara automatik berleluasa dan ini menambah lagi penderitaan rakyat.

Pertabalan kerajaan baru bukan bermakna keadaan pulih secara automatik. Pejabat, kedai, kilang, bank, sekolah yang musnah perlu diperbaiki tetapi ia pastinya memerlukan dana yang banyak.

Tetapi dana tidak ada kerana pelabur, pelancong telah melarikan diri, manakala pasaran saham pula menjunam dan bank-bank juga kerugian. 

Maka, penganggur yang memberontak kerana marahkan kerajaan sebelum ini atas alasan tidak menyediakan peluang pekerjaan untuknya, kini mendapati bahawa semakin mustahil bagi dirinya untuk mendapat pekerjaan. 

 Kalau dulu memberontak konon kerana kerajaan tidak mampu memberi kesenangan, kini hidup semakin tidak senang apabila harga barangan asas menjulang tinggi akibat pemberontakan.

Setahun selepas pemberontakan, peniaga-peniaga Mesir melaporkan perniagaan mereka terus merosot sehingga 40% berbanding sebelum pemberontakan.

Perlancongan juga masih belum pulih iaitu merosot 75% dari sebelumnya.  Lalu Mesir terpaksa membuat pinjaman asing yang berkali ganda, yang mana tidak perlu dibuat oleh kerajaan lalu. 

Rakyat yang tidak mampu memahami apa yang telah mereka lakukan terhadap diri sendiri, mula menyalahkan kerajaan baru pula dan memberontak sekali lagi.  Sehingga kini, kekacauan dan ancaman pemberontakan masih berterusan di Mesir.....

Hari ini, ramai rakyat mereka meluahkan kekesalan kerana telah melakukan pemberontakan. 

Selain Mesir, rasamnya, kita tidak perlu berbincang mengenai Syria pasca pemberontakan kerana apa yang berlaku pada rakyatnya dapat dilihat sendiri melalui laman-laman sosial yang dikongsi oleh mereka-mereka yang prihatin.

Apa yang pasti, kesemua negara-negara ‘Arab Spring’ ini berada dalam keadaan ‘gelap-gulita’, sehinggakan bukan sahaja tiada cahaya di hujung terowong, tetapi terowong itu sendiri tidak tahu di mana letaknya. 

Sekiranya, ‘Arab Spring’ perlu dijadikan contoh teladan seperti kata Anwar, maka satu-satunya yang boleh diteladani ialah agar tidak mengikut jejak langkah mereka dengan menjatuhkan kerajaan melalui pemberontakan. 

Jika Anwar ingin sangat menjadi Perdana Menteri, beliau perlu melalui cara demokrasi sebenar, iaitu pilihanraya.

Tidak ada seorang pun dari rakyat Malaysia yang wajar kehilangan pekerjaan, kerugian perniagaan, menderita, atau bergadai nyawa untuk memastikan Anwar mencapai cita-citanya.

Kita tidak perlu menggadaikan nikmat yang sedia ada dan mereka yang terlibat dalam Arab Spring pasti memberitahu kita bahawa apa yang kita nikmati hari ini adalah tidak ternilai harganya. 

26 comments:

Anonymous said...

Aku berjanji, demi maruah agama, bangsa dan negara, aku tetap akan mengundi BN didalam PRU akan datang. aku akan memaklumkan kepada semua ahli keluarga untuk mengundi BN dan akan cuba meraih undi dari rakan taulan untuk bersama sama memperjuangkan agama, bangsa dan negara tercinta. keparat keparat yang beraksi ganas didalam gambar gambar itu adalah pengkhianat dan sepatutnya dihukum dan diberikan pengajaran setimpal dengan perlakuanya.

Anonymous said...

..sebelum apa2 rusuhan berlaku aljuburi patut direjam.. taqbir!..

Anonymous said...

I believe, thats what they're planning. They create hesitation towards spr, if they lost, they'll reject the result then.....

Megat Alam Gempita said...

Samada Anwar menang atau tidak,yang tidak pasti Anwar tetap akan kena akibatnya nanti...

Anonymous said...

Menang SPR betul, kalau kalah ada konspirasi, akhirnya rakyat rugi disebabkan huru-hara, apa dah jadi di Mesir, Syria & Libya, akhirnya orang Islam yang rugi, fikirkanlah kenapa orang Islam tak boleh bersatu......

Anonymous said...

Meh kita tengok Anuwar ni cerdik ke bangang.

Kalau dia jadi PM dan PR jadi kerajaan tiba tiba ada ketua pembangkang cakap sebijik macam dia cakap ni. Korang fikir bangang tak? Korang fikir apa pulak binatang ni nak cakap.

Anonymous said...

sekarang ni negara MALI pula diceroboh olih tentera PRANCIS.POLITIKLAH PENYEBABNYA.dari itu BERSATULAH WAHAI MELAYU dan rakyat MALAYSIA dibawah satu parti.satu komponen BN.INSYA'ALLAH,GERENTY kita akan TERUS AMAN DAMAI BUAT SELAMA LAMANYA.

Anonymous said...

Aku rasa Orang Malaysia tak akan saggup nak duduk berminggu-minggu seperti kat Mesir. kebanyakan org Malaysia bekerja, bukan macam kat mesir yang kadsr pengangguranya tinggi. Sabtu buat huru-hara, Ahad nak berihat. Isnin terpaksa pergi kerja. sanggup ke anwar nak bayar kalau dah kena buang kerja.

Anonymous said...

Aku tak heran kalu pencacai2 PR ni buat itu semua huru-hara. Cuba sahabat2 fikir ni, dalam keadaan Malaysia yang tenang dan aman, masih lagi boleh buat perkara sedemikian rupa. Takkan rakan2 tak sedar, lepas pilihanraya, masa tu kerajaan baharu belum terbentuk. Nak salahkan KDN pun, time tu tak tau lagi sape jadi MENTERI.
Yang jadi mangsa POLIS...keluarga POLIS yang terpaksa menanggung beban. Penjenayah n Banduan confirmed nak buat hal huru-hara ni, nak takut apa PKR ada baking sama dia, tu Lateefa Koya and Surendran,serta barisan MAJLIS PEGUAM sedia berkhidmat untuk PENJENAYAH TEGAR.

Anonymous said...

Sememangnya kita harus belajar dari apa yg berlaku, bukan sahaja di negara-negara Arab tu, tetapi di negara yg dekat dgn kita ni..Thailand.

Ketika rakyat Thai mula memberontak utk tewaskan Thaksin (yg dah menang melalui PRU), puak pembangkang gembira. Tapi mereka lupa, bila mereka tumpaskan orang melalui pemberontakan, pihak yg satu lgi juga buat pemberontakan juga. Akhirnya ketua mereka tewas juga. Sekarang adik Thaksin pula naik (juga menang melalui PRU) tapi negara mereka tetap tidak pernah aman lagi. Sekejap baju merah memberontak... sekejap baju kuning..
Di Mesir pun begitu juga. Dataran Tahrir sudah tidak aman lagi.

Saya sering gunakan analogi ini:
Jika kita ajar seorang anak untuk dapatkan apa yg dia mahu dengan cara memberontak, sehingga dewasalah dia akan memberontak setiap kali dia hendakkan sesuatu, dan kita ibubapanya (dalam konteks semasa: Negara Malaysia) tidak akan pernah AMAN lagi...

Wahai saudara-saudari anak Malaysia.. buatlah keputusan demi keamanan Malaysia!

Anonymous said...

bersamalah kita rakyat fikirkan...jangan bagi muka dng manusia yg tujuan hidup di dunia semata2 nak mendapat kuasa..kalu lah rakyat bagi kepercayaan pada pr kemungkinan besar malaysia ditukar jadi republik...masa tu manusia yg mengidam kuasa ni akan jadi presiden yakni raja berkuasa penuh...tak lagi macam sekarang...pm tak boleh kata dia pemerintah tetinggi kerana ada lagi yg lebih tinggi..yg dipertuan agong...dan YDPA pun tak boleh dpt kuasa penuh kerana perlu dpt nasihat pm ... andai kata malaysia jadi republik...presiden dpt kuasa sepenuhnya...fikirkan jangan gadai keamanan negara hanya unt memenuhi impian seorang manusia yg mengidam nak berkuasa...dia akan buat macam2 tuduhan kerajaan yg ada semata2 untuk rakyat sokong dia nak dpt kuasa....yg org2 malaysia buat rusuhan apa untungnya...

Anonymous said...

Kena rejam...

Bacha Bismillah tembak kat dahi dia berdosa tak ?

Anonymous said...

Malaysia terkenal sebagai negara pelbagai kaum yang aman dan harmoni hasil kepimpinan TUN DR MAHATHIR... Tetapi apabila DSAI tudak berada di dalam kerajaan lagi maka macam huru hara, fitnah dan hasutan dibuat oleh beliau... Ini nampak jelas.

Anonymous said...

Tak kiralah ada rusuhan ataupun tidak, yang penting kerajaan korup Be End perlu diganti dengan kerajaan yang lebih bersih dalam PRU 13 ini, contohnya parti KITA yang ternyata bersih daripada sebarang scandal, tidak seperti Be End dan Pakatan Rakyat..

"Dah lama sangat dah" bak kata seorang pemimpin negara..

hanizam said...

PR bersih sangat ke???penuh dengan najis & lendir...perasan kononnya bersih dari segalanya, tapi hakikatnya, penuh dengan kemungkaran...

kemungkaran nak menjahanamkan negara, menjual agama untuk kepentingan politik...

PR jangan perasan mereka kuat...cukuplah PRU 2008, Pengundi atas pagar bagi peluang sikit, tapi tak digunakan sepenuhnya peluang tersebut...

yang ada peluang melanun sebanyak mungkin...

Anonymous said...

Oh, Be End amat terlalu bersih.. Suci sesuci-sucinya.. Haha.. Yelah tu bersih.. Korup ada la!

Anonymous said...

Asalkan tak meliwat.. Katakan tidak pada peliwat..

Anonymous said...

Ko nampak ke dia meliwat..? Kalau tak, buat fitnah jelah.. Sia-sia saja buat amal..

Mahkamah kata tak liwat si Seksful Bukahari-hari tu, ko pulak yang nak melawan mahkamah ye..? Pale angguk atuk ko..

Ameno dan Liwat tidak dapat dipisahkan.. Liwat saja makanan suplement harian dia.. Hahaha..

Average Joe said...

DUA BAB dlm Memoir Mahathir khusus utk buka segala-galanya tentang Anwar Juburi...

Pelik harin bin ajaib kalau semua tu fitnah KENAPA ANWAR TAK SAMAN pun sampai sekarang??? Mahathir siap CABAR anwar saman dia... tapi smpi skrg cabaran tak disahut... KENAPA? ke memang betol cerita pasal anwar dlm memoir mahathir tu?

Cacai PR tolong citer sat...

Anonymous said...

Sebab buang masa dan buang karan je saman-saman ni.. Ingat OOmie Hafolda ke sikit-sikit main saman.. Ala, takkan tak tahu style Madafaka, nak jatuhkan orang, reka-reka lah sikit cerita seks, biasalah kalau dah otak seks.. Buat fitnah, jatuh lah orang nak nak dijatuhkan tu..

Nuar dah kata, kalau dia nak jatuhkan orang tu boleh je.. Kes di PD tu takkan buat-buat lupa kowt..

Tak ada nye si Jibbon tu maksum nya, tak ada nye dia 100% betul nye.. Orang dalam Ameno bebal abadi pun lagi nak naikan Mat Sembab.. Standard la budaya naik menaik jatuh menjatuh dalam Amdumbno tu.. Hehe..

Anonymous said...

tun m dan annuar 2x5,5x2, tua kutuk gila kuasa, keduanya tua kutuk kereput tak sedar diri, semakin tua semakin gila.

Anonymous said...

bila masa mahkamah kata anwar xmeliwat?.mahkamah dah cakap berlaku penitrasi dlm pungkor Saiful..dia kena bebas sebab mahkamah x cukup bukti...liwat tetap berlaku dlm kes ini...

Anonymous said...

Ah, karut lah lu..

Lu percaya sebab lu tak suka Anwar.. Kalau lu ok je, takde masalah..

Gua kalau gua tak suka kawan gua, takdelak gua fitnah dia meliwat, penetrasi apa bagai semua tu..

Oh, lupa lak.. Liwat, Chinadoll, Seksful Bukaharihari tu semua adalah zikir harian lu orang Ameno.. Seks dan Ameno tidak boleh dipisahkan. Bebal abadi punya parti..

Anonymous said...

Klu mat liwat tu jadi pm...tak sanggup aku bro..bini sendiri blh ditipu angkara jam omegay...apatah lagi rakyat bodoh mcm ko tu..
Klu letak ust. Nasha tak apelah jugak....ni muka munafik mat liwat tu nak diangkat jadi pm....bro..satu dunia tengok video kongkeknya n mrk yakin muka pelakunya adalah mat liwat.

Anonymous said...

Bila mahkamah sebelah pihak pd pkr... ckp la kita nk melawan mahkamah... tp, kalau mahkamah ckp anu-war tu meliwat... ko dulu yg buat tunjuk perasaan depan mahkamah...

Anonymous said...

Termasuk la aby abadi puki... sembang palastine... bila org suruh ke sana, buat tugas amal takut pula.