Sunday, February 24, 2013

Naib Presiden UMNO Yang Lain Harus Contohi Zahid Hamidi....

Gelanggang untuk bertarung di Pilihanraya Umum ke 13 [PRU 13] sudah terlalu hampir, semakin dekat..., cuma tarikhnya sahaja tidak kita ketahui melainkan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak...

Kekalutan dan celaru kelakuan dikalangan pimpinan juak juak Pakatan Pembangkang boleh dilihat dengan jelas oleh mata kepala kita sendiri. Inilah waktu dan masa yang terbaik untuk mana mana pimpinan UMNO terutamnya peringkat tertinggi sentiasa berani membidas agar dapat memberikan kesedaran kepada rakyat bahawasanya kita jangan sesekali tersalah pilih pada PRU 13 ini.

Segala buruk laku wajah pimpinan seperti PAS yang sudah sesat lagi menyesatkan haruslah diumumkan secara terbuka...

Oleh itu, pemimpin PAS diminta berhenti mengeluarkan "Fatwa Politik" yang tidak bersandarkan nas Al-Quran dan hadis termasuk dalam soal pemberian bantuan kerajaan kepada rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin bergelar ulamak tidak sepatutnya mengeluarkan "Fatwa Politik" sesuka hati, apatah lagi jika akhirnya menimbulkan penghinaan.

"Jika bersandarkan kedua-dua nas itu pun, walaupun terjemahannya betul, tetapi tafsirannya sengaja diselewengkan termasuklah dalam soal pemberian bantuan kerajaan kepada rakyat yang diumpamakan seperti manusia dengan binatang. Itu satu penghinaan...

"Ulama seharusnya menasihati, bukannya menghina dan menghukum. Jika mereka tidak dapat melakukannya ketika menjadi ketua di negeri yang diperintah, jangan pula anggap orang yang memberi dan menerima sama seperti binatang." katanya.

Nik Aziz telah menyamakan pemberian bantuan kewangan oleh kerajaan BN sebagai memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu.

Zahid berkata, adalah lebih baik jika ulama dalam PAS mengajar dan menasihati penerima supaya bersyukur dan berterima kasih atas pemberian rezeki melalui pihak yang dibukakan hati menghulurkan bantuan.

"Tetapi jika konsep berterima kasih tidak dapat diberi, kita diminta rakyat Kelantan juga janganlah berterima kasih kepada kerajaan PAS selama 23 tahun tidak memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya..." ujar beliau.

Tahniah kepada Zahid Hamidi yang berani membalun Wali Selipar Terompah Jamban...!

3 comments:

Anonymous said...

Zahood Hamidi? Hahaha..

Muahahahaha.. Muahahahaha..

Berangan baik..

Anonymous said...

If you experience some emotional or physical problems in
your life it can soon be seen in the condition of your hair, using natural and organic products aids in the
recovery of your hair. Before you go for
them, try products at Keranique for hair care. Soon after
this, use curl lotion all more than your hair, and make use of mousse and squeeze
this in your hair to that your curls seem flawless.


my page :: hair products

Anonymous said...

Hair that is thin will benefit from lighter oils while hair that is coarse will benefit from heavier oils.
- If your hair feels rough, condition it right away.
com/hair-growth-products-top-things-to-know-before-purchasing-a-product ]hair growth products visit
our website howtomakeyourhairgrow-fasterandlonger.
However, sometimes the sebaceous gland generates too much oil, which is noticeable as oily hair.
Indeed, nourishing and conditioning the scalp using aromatherapy oils
is one of the most basic and simplest ways to prevent further hair loss and stimulate healthier hair regrowth.


Here is my website: olive oil for hair