Wednesday, February 6, 2013

Nik Aziz Lembik....! Dia Tak Mampu..., Tak Ada Upaya Lagi Dah....

Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataan media pada 17 Januari 2013 berpendapat isu kalimah Allah s.w.t telah pun selesai berikutan keputusan Majlis Syura Ulama PAS empat hari sebelumnya menolak penggunaan kalimah suci itu dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Jika Menteri Besar Kelantan itu terus beranggapan sedemikian, namun realiti semasa tidak pun memihak kepada kehendaknya itu sementelah lagi  Pakatan Rakyat (PR) tetap utuh dengan pendirian rasminya yang dicapai pada 8 Januari 2013.

Masih segar dalam ingatan ramai, pada tarikh tersebut PR yang turut dianggotai PAS selepas selesai mesyuarat Majlis Pimpinan gabungan itu telah sebulat suara bersetuju membenarkan kalimah suci Allah s.w.t diguna pakai dalam kitab Bible.

Malah sehari selepas PR memuktamadkan pendirian mereka, Nik Aziz sendiri menyatakan sokongan terbuka sambil menyifatkan keputusan PR itu akan membuka ruang dakwah Islam kepada penganut agama lain.

Paling penting, persetujuan PR itu juga adalah penegasan ulangan bagi keputusan bersama yang pernah mereka capai pada tahun 2010 yang bukan sahaja disokong oleh PAS, tetapi juga turut dukungan kuat daripada Nik Aziz.

Walaupun sekarang PAS cuba menonjolkan pendirian baru parti itu dengan bersandarkan keputusan rasmi dari Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari 2013, hakikatnya ia tidak pun mengubah pendirian rasmi PR.

Ini bermakna gesaan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berterusan mendesak PAS mematuhi persetujuan bersama sebelum ini mempunyai merit yang tidak boleh dipertikaikan kerana selagi PAS kekal bersama PR, selagi itulah PAS perlu patuh pada keputusan yang telah menjadi dasar rasmi PR.

"PR adalah sebuah organisasi yang besar (dianggotai DAP dan PKR) manakala Majlis Syura hanya terdiri daripada PAS. Saya kesal dengan kenyataan itu. Isu ini belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya," demikian kata pemimpin veteran DAP itu sekaligus menafikan kenyataan awal oleh Mursyidul Am PAS.

Apa yang diperkatakan oleh Karpal itu memang benar. Soal Majlis Syura Ulama PAS telah membuat pendirian berbeza dengan PR tidak pun menjejaskan dasar PR yang secara rasminya telah menyokong penggunaan kalimah suci Allah s.w.t oleh orang bukan Islam untuk dimasukkan dalam kitab Bible.

Disebabkan berpegang teguh pada asas itulah hingga saat ini PR kekal dengan pendirian asalnya, tidak tergugat dengan tindakan drastik PAS yang telah mengubah pendiriannya. Sekaligus membuktikan keputusan Majlis Syura Ulama PAS tidak memberi sebarang impak dalam menentukan hala tuju gabungan tersebut.

Justeru itu, Nik Aziz mahupun PAS sendiri tidak layak untuk mendabik dada mengumumkan isu kalimah Allah s.w.t telah selesai sepenuhnya. Dalam tempoh singkat menjelang PRU 13 ini, isu kesucian kalimah Allah s.w.t yang cuba dinodai PR akan terus menghantui PAS.....

13 comments:

Anonymous said...

Majlis Syura Ulamak PAS ini lebih berkuasa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan Ke?.....Kalau Majlis Syura PAS bersetuju dengan Karpal Singh, maka kita semua kena akur dengan kehendak mereka? Ini melibatkan Islam seluruh negara.... MAJLIS FATWA KEBANGSAAN MACAM MANA?... KEMUT TELUR?

Anonymous said...

isu KALIMAH ALLAH.MAJLIS KEBANGSAAN TAK SETUJU.KERAJAAN MEMANG TAK SETUJU.sebab itulah KARPAL DAN LIM GUAN ENG minta dengan PAS.KERAJAAN tidak bolih mengambil apa2 tindakan kerana dibimbangi penyokong2nya[dap,pas dan pkr]akan mengadakan BANTAHAN[tunjuk perasaan]secara beramai2.macam perhimpunan BERSEH yang dulu tu.nanti orang ramai dan peniaga2 pula yang mendapat susah.

Anonymous said...

POLEMIK BAHASA: ISU PERKATAAN "ALLAH"

ISLAM atau KUFUR itu hanya kerana ungkapan kalimah ALLAH?

benarkah UMNO meninggikan kalimah ALLAH?

benarkah UMNO tidak sekutukan ALLAH dengan sesuatu?

benarkah pemimpin2 UMNO tidak hipokrit/munafik dengan ALLAH?

benarkah UMNO tidak mempolitikkan isu kalimah ALLAH dan UMNO taati setiap perintah ALLAH?

Nota:
1- Ramai Muslim atau Non-Muslim yg sekadar menyebut kalimah ALLAH tapi tidak beriman & yakin dgn ALLAH. Bahkah ingkar & menolak peintah ALLAH.

2- Muslim yg mukmin, bersyahadah dengan kalimah ALLAH & beriman serta menyakini segala hak & kewajipan terhadap perintah suruhan & larangan ALLAH.

hentikan polemik pengunaan kalimah allah.... kembali kepada kehendak asal alquran & amalan sunnah rasul (alhadist).....

tinggalkan perlembagaan / fatwa bikinan manusia yg menyanggahi alquran & alhadist yang qatie'......

yakini alquran & alhadist lebih sempurna & lebih utama walaupun bersalahan dengan kehendak nafsu & logik kita yang lemah ini!

Anonymous said...

betul tu bro... tapi kena tanya juga soalan yg sama dengan PAS...

Anonymous said...

Saya yakin PAS tidak akan berjaya malah mengelak menjawab soalan bro di atas kerana akan terkena batang hidung sendiri.

Anonymous said...

Benar tu.. PAS tak boleh pakai lah punya parti.. Hanya UMngok saja yang mampu membela Islam, eh, membela Melayu! Tengoklah kegemilangan dan kelembuah UMngok selama 56 tahun memerintah ni, HUDUD berjaya ditegakkan pada tahun 1957 tanpa tegahan daripada parti komponen dan dengan mudah saja menolak cadangan Undang-Undang Buatan Manusia bernama Reid, malah Mesia adalah antara negara yang sebaris dengan Arab Saudi dalam perlaksanaan hukum Hudud! Hehe.. Dah 56 tahun dah UMngok menegakkan hukum Hudud sebagai Hukum Primer di negara kita..

Syabas UMngok dan Be End! Tanpa anda, Melayu akan lebih maju! Mari menyokong Be End (untuk menjadi pembangkang pada PRU 13), hehe..

Anonymous said...

Nik Aziz Nik Mat sudah TIDAK releven lagi. Kenyataan2 dan tindak tanduk beliau mutakhir ini jelas menunjukan bahawa Nik Aziz sudah sampai ketahap 'nyanyok'. Sikap kluk klek Nik Aziz sememangnya telah diketahwi umum.

Perkembangan terkini di Kelantan juga adalah bukti bahawa rakyat Kelantan mula menolak Nik Aziz. Nikmat kuasa yang dimiliki Nik Aziz sedang Allah tarik sedikit demi sedikit akibat dari Nik Aziz sendiri yang tidak mensyukuri Nikmat yang Allah beri kepadanya.

Isu Kalimah Allah bukan sahaja menunjukan Nik Aziz 'gila kuasa' tetapi juga membuktikan bahawa Nik Aziz tidak memahami erti sebenar Surah Al-Ikhlas dan Surah Al-Kafirun. Ini terbukti apabila selepas Majlis Syura Pas membuat keputusan 'TIDAK BOLEH' barulah Nik Aziz membuat pusingan U.

Isu Kalimah Allah juga telah menjadikan ahli2 akar umbi PAS jadi berani dan memperlihatkan betapa baculnya Nik Aziz. Siri2 demonstrasi dan disulami memijak benderra dan gambar2 pemimpin DAP adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Ini sekali gus membuktikan sudah semakin ramai ahli2 akar umbi Pas yang membuat 'kenyataan' tersirat bahawa Nik Aziz sudah TIDAK BERGUNA lagi. Manakan tidak, umum mengertahwi Nik Aziz kePulau Pinang untuk 'menyembah' Karpal Singh dengan harapan untuk memadam api 'kemarahan' DAP mengenai tindak tanduk ahli2 akar umbi Pas tetapi pada masa sama ahli2 akar umbi Pas sudah hilang kesabaran diatas kelemahan pemimpin2 Pas yang bacul dan menurut sahaja kehendak DAP yang semakin biaDAP.

Pun begitu pemimpin2 tertinggi Pas masih lagi tidak memahami suara akar umbi Pas dengan melabel mereka sebagai pelampau. Akar umbi Pas tidak mungkin akan menjadi pelampau jika pemimpin tertinggi mereka tidak mengajar mereka untuk menjadi pelampau. Pepatah Cina ada mengatakan bahawa 'ikan akan busuk bermula dari kepalanya'. Itulah yang berlaku didalam Pas dan rakan2 mereka PKR dan DAP. Dahulu pemimpin2 ini sering menyalahkan UMNO dan BN dalam semua perkara tetapi hari ini pemimpin2 Pas mula menyalahkan ahli2 mereka sendiri malah mereka dilabel sebagai pelampau. Pemimpin jenis apa mereka ini? Ahli2 akar umbi Pas sepatutnya telah sedar bahawa mereka hanya 'berguna' sekiranya mereka mengikut sahaja perintah pemimpin2 mereka sebaliknya mereka akan dihina jika cuba menegur walau pun untuk kebaikan Passendiri. Jadi apa lagi yang boleh diharapkan kepada Pas? Pas tidak boleh disandarkan sebarang harapan. TINGGALKAN SAHAJA PAS. Wallahualam.

mtk

Anonymous said...

UMNO memang menjaga ISLAM.sebagai contoh AZAN bolih dilaungkan melalui pembesar suara.tak macam disingapura dimana azan hanya bolih dilaungkan didalam mesjid saja.orang islam bolih beribadat[solat] dimana saja tanpa diganggu olih orang yang bukan islam[cuma setengah daripada setengahnya saja yang tak mahu bersolat.itu kehendak mereka sendiri.bukan umno yang suruh buat bagitu].pasar penjualan babi diasingkan dari pasar lain.penjualan barangan yang tidak halal diasingkan dari penjualan barangan yang halal dan banyak lagi.kau orang tak perasanke.

Anonymous said...

Tuan admin, tolong cari dan paparkan dlm youtube kronologi isu Kalimah Allah ini untuk menjelaskan kecelaruan PR. Termasuk statement Hadi, Mat Sabu, Mujahid, Nicky, Dll

Anonymous said...

Selama 56 tahun memerintah, tak boleh ke Ameno buat sidang parlimen untuk tegakkan HUDUD..? Tak boleh ke? Ada teloq tak ni?

Nak suruh PAS tegakkan HUDUD macamana, dia bukan berkuasa pun atas Mesia ni? Nak buat kat Kelate pun kena larang dek Poosat..

Anonymous said...

Akibat krisis politik yang berlaku pada 1977 darurat diisytiharkan oleh Kerajaan Pusat. Pemerintahan darurat itu ditarik balik pada 1 Januari 1978 dan pada 11 Mac 1978.

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah diajak agar jangan cuba memperbodohkan rakyat dengan cuba mengaitkan tertangguhnya hukum hudud akibat darurat tahun 1977.

Darurat 1977 adalah disebabkan krisis dalaman PAS yang umum tahu memang tak pandai memimpin.

Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah ... Datuk Mohd Amar Nik Abdullah seharusnya secara jujur memberitahu hukum hudud tidak dilaksanakan di Kelantan kerana Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihanraya PAS Kelantan pada 5 April 1993 telah memutuskan bahawa Hukum Hudud tidak akan diwartakan setelah diluluskan.

Ibrahim Ali menunjukkan dokumen-dokumen Lajnah Undang-Undang dan Guaman PAS Pusat yang memutuskan sejak dari 9 Oktober 1994, Hukum Hudud adalah undang-undang yang sah dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Perseolannya "Kenapa PAS tak berani melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan" .......

Anonymous said...

Sebab Kutty tak bagi..

Anonymous said...

Baca ni.. http://re-matrix.blogspot.com/search?updated-min=2012-01-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2013-01-01T00:00:00%2B08:00&max-results=50

Ada betulnya.. Takkan la Qhardawee sesat kot.. Hehe..