MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Tuesday, February 5, 2013

Ostad Badrolamin TAK Setuju Pendapat "Anugerah Saiyiditina Khadijah Kepada Wan Azizah" Suatu Penghinaan Kepada Isteri Rasulullah S.A.W

Tidak cukup dengan perbuatan PAS menghina sahabat Rasululullah SAW dengan menyamakan Lim Guan Eng si kafir harbi, manusia rasis, angkuh dan penipu yang digelar ‘Tokong’ oleh bangsanya sendiri dengan Khalifah Umar Al-Aziz, kini ABIM pula menghina isteri Rasulullah SAW dengan menganugerahkan Wan Azizah, isteri peliwat tersohor Asia dengan ‘Anugerah Khas Saiyyidatina Khadijah’ pada Himpunan Helwa Kebangsaan (HKK) 2013, 2 Februari lalu. 

Anugerah yang disampaikan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Dr Siddiq Fadzil kepada Wan Azizah di di Auditorium Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) itu dikatakan sebagai menghargai ‘keberanian Wan Azizah menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan’.

Tidak mungkin ABIM, atau nama penuhnya, Angkatan Belia Islam Malaysia, tidak tahu asal-usul, sejarah, sifat dan sikap serta perjuangan Saiyidatina Khadijah yang jauh amat bertentangan dengan Wan Azizah. 

Saiyidatina Khadijah binti Khuwailid RA adalah simbol Wanita Pertama.  Saiyiditina Khadijah adalah wanita dengan keperibadian hebat dan punya pemikiran yang bijak, matang, serta tidak bergantung kepada status suami atau keluarga, tetapi mempunyai status sendiri.

Beliau lahir dalam keluarga bangsawan yang disegani dan kerana kecerdasannya beliau telah diamanahkan untuk mengurus perniagaan keluarga.  Sebagai seorang usahawan yang berjaya, Saiyidatina Khadijah begitu terkenal di kalangan masyarakat Quraisy.  

Pekertinya yang mulia, menyebabkan beliau amat disegani sehingga diberi gelaran ath-Thahirah (wanita suci).  Pendek kata, beliau memiliki pakej lengkap, iaitu mulia, bijak dan juga kaya yang mana membuatkan ramai yang menaruh hati padanya walaupun setelah bergelar janda. 

Namun, hatinya tidak terbuka sungguhpun yang menaruh hati padanya itu bukan sahaja pemuda dan pembesar Quraisy, tetapi juga dari raja-raja yang memerintah negara. 

Allah SWT telah mentakdirkan yang hatinya hanya terbuka kepada Rasulullah SAW yang 25 tahun lebih muda darinya dan beliau mengambil langkah pertama merisik khabar melalui teman dan saudara untuk menyampaikan perkara itu kepada Rasulullah SAW.

Hanya apabila mengetahui isi hati beliau dan bahawa Rasulullah SAW juga membuka hati kepadanya, barulah pihak keluarga Rasulullah SAW menghantar peminangan. 

Perkahwinan Saiyidatina Khadijah dengan Rasulullah SAW penuh dengan kasih sayang dan hormat menghormati....

Rasulullah SAW senang meminta pandangan dan nasihat isterinya dan begitu juga sebaliknya.  Saiyidatina Khadijah adalah pendorong semangat, penenang ketika gusar dan pembantu yang setia kepada Rasulullah SAW. 

Allah SWT telah memberikan kekuatan melalui Saiyidatina Khadijah bukan sahaja kepada Rasulullah SAW untuk menghadapi segala cabaran, tetapi juga kepada pengikut baginda di mana Saiyidatina Khadijah sentiasa bersedia mendermakan hartanya bagi memastikan mereka tidak mudah diperguna atau didera oleh musuh Islam.   

Kesimpulannya, Saiyidatina Khadijah bukan sahaja simbol isteri, ibu dan pejuang Islam, tetapi juga simbol wanita Islam yang sebenar, iaitu bijak, terhormat, berani dan punya pemikiran dan status tersendiri.

Untuk itu, beliau telah dijanjikan syurga dan Rasulullah SAW sendiri mengiktirafnya dengan sabda “Sebaik-baik wanita di dunia ini ada empat orang iaitulah Maryam binti ‘Imran, Asiyah puteri Muzahim (isteri Firaun), Khadijah binti Khuwailid dan Fatimah binti Muhammad.”

Berdasarkan hakikat ini, apakah yang melayakkan Wan Azizah menerima anugerah sempena wanita paling mulia ini?   Dari segi keturunan, sejarah, sifat, sikap, perjuangan dan keperibadian Wan Azizah, semuanya bagaikan langit dengan bumi berbanding Saiyidatina Khadijah. 

Wan Azizah bukanlah seorang wanita yang terhormat kerana sanggup kahwin lari di Thailand dengan Anwar apabila hubungan mereka tidak direstui bapa Azizah.



Mereka akhirnya diijabkabulkan pada 28 Februari 1980 tanpa majlis yang meriah dan tanpa gambar perkahwinan.  Sebelum itu, mereka telah bercinta sakan ketika belajar, di mana Azizah sering membonceng motorsikal Anwar untuk bersiar-siar. 

Wan Azizah juga bukan lahir dari keturunan bangsawan, sebaliknya biasa-biasa sahaja......

Dilahirkan di Singapura, Wan Azizah ditinggalkan bapanya yang ketika itu melanjutkan pelajaran di Singapura. Wan Azizah membesar di bawah jagaan dua orang bapa saudaranya secara bersilih ganti di Kedah dan Kelantan.  Keadaan ini sedikit sebanyak menimbulkan masalah emosi di mana beliau disifatkan sebagai mempunyai simptom kekurangan kasih sayang. 

Kita juga melihat alasan ABIM bahawa anugerah tersebut adalah bagi mengiktiraf keberanian Azizah ‘menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan’ amatlah melucukan kerana kalaupun Azizah punya keberanian, keberanian itu tiada kena mengena dengan keadilan, kebenaran atau Islam dan perubahan.  Malah, ia adalah seratus-peratus bertentangan. 

Benar Wan Azizah berani, tetapi berani untuk membela peliwat, berani bersubahat untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Islam untuk diganti dengan pemimpin berfahaman plural, berani menipu, memfitnah dan menuduh pemimpin yang berjasa dan tidak bersalah sebagai zalim, berani bersekongkol dengan sesiapa sahaja termasuk musuh Islam untuk membawa perubahan ke arah liberalisasi.

Anak kandung yang dididiknya sendiri juga terang-terangan mengiktiraf pluralisme agama dan turut berjuang bersama bapa peliwatnya dengan Wan Azizah setia membantu, menyokong dan membela mereka pada bila-bila masa dan dalam apa jua keadaan. 

Walaupun setia kepada suami adalah sesuatu yang mulia, tetapi setia membuta tuli adalah tindakan yang bodoh dan jahil iaitu amat bertentangan dengan ciri-ciri wanita Islam sejati yang diteladankan oleh Saiyidatina Khadijah. 

Wan Azizah bukan pejuang Islam, tetapi pejuang liberalisasi, pluralisme and LGBT selaras dengan pendirian suaminya.....

Oleh itu, walaupun beliau mungkin setia kepada suaminya sepertimana Saiyidatina Khadijah, tetapi beliau tidak wajar menerima sebarang penghargaan apatah lagi dalam bentuk anugerah atas nama tokoh yang mulia tersebut. 

Justeru, ABIM wajar menarik balik anugerah tersebut dari Wan Azizah kerana beliau jelas telah memilih untuk taat kepada suami melebihi taat kepada dari ajaran Islam. 

Kepada ABIM, jangan dihina wanita Islam ke tahap sebegitu rendah, dan jangan dihina Islam sehingga begitu sekali dengan meletakkan sesuatu anugerah yang begitu mulia, kepada wanita yang menjadi talibarut pengkhianat agama, bangsa dan negara.....!

Lebih-lebih lagi jangan dihina Saiyidatina Khadijah dengan mengaitkan beliau walaupun dengan hujung rambut atau hujung jari Wan Azizah. 

26 comments:

Anonymous said...

Mula2 anwar disebut sebagai anugerah tuhan, kini bininya pula menerima anugerah sandaran wanita terunggul, ibu mithali dan ahli syurga... Siti Khadijah antara semulia2 wanita.
Apa nak jadi dgn abim? Atau abim telah diternak oleh anwar? Celakalah sesiapa yang mengandaikan wan azizah dgn manusia mulia seperti Siti Khadijah.....

Anonymous said...

Jangan hairanlah wang kan boleh beli apa saja.

Wang mampu menghina siapa sahaja.

Kenapa tak beri anugerah yang setaraf dengannya.

Umpama Isteri Pelindung Suami ka atau Tokoh Isteri Rela di Madu banyak lagilah yang sesuai dengan Jijah.


Anonymous said...

ABIM ke bagi anugerah ni???.... masyaallah. Ape nak jadi dengan ABIM pun gua tak tahu.

Anonymous said...

apa nak jd ni? ramai org islam marah abim

Anonymous said...

Selaku bekas ketua biro dakwah abim mesir saya amat terkilan dengan anugerah ini. Dulu saya sayang abim tapi sekarang dah rasa meluat. Ramai dah sahabat sahabat lain yg meluat dgn abim ni.

hassan said...

apabila jentera pr bekerja untuk pr biasa la.......macam tu juga cai2 pas yang berotak batu .....tiada saraf

Anonymous said...

Wan Azizah!..jangan suka sangat!..Berdiri depan cermin, pandang dari atas sampai bawah..lepas tu cakap...Ooo!..aku dapat anugerah ni sebab AKU PANDAI SOROK JAM OMEGA si tua TERKUTUK TU!!!

Anonymous said...

ABIM ni bagi anugerah tu sebab nak dapatkan sumbangan dana ke. Mangkuk hayun punya pertubuhan.

Anonymous said...

Dah kalau susah ngat bagi kat Datin Rosmah jer lah ....org keturunan bangsawan & berhemah tinggi tu .....

Anonymous said...

Anon Tuesday, 05 February, 2013, ko dah takde modal lain ke pencacai??? Modal isu Datin Rosmah, tu menunjukkan ko cerdik ke??? hehehe..

Anonymous said...

Ostad Badrol pun karektor yang questionable dan ditangkap dengan isteri orang oleh JAIP. Jadi komen dia tu tak ada nilai dari aspek kebenaran, integriti. Kalau Siti Khadijah seorang wanita yang pertama masuk Islam, bersuamikan Rasulallah, berjihad harta benda dan jiwa untuk ALLAH dan Islam. Siti Khadijah juga wanita pertama memasuki syorga ALLAH. Disebaliknya si Wan Zizah, sekongkol dengan fitnah, pembohongan, bersuamikan seorang penzina dan peliwat. Entah lah bagaimana kesudahan si Wan Zizah ni kelak apabila mengadap sakaratulmaut dan selepas di hisap di Mahsyar ALLAH. Anugerah yang di adakan sememangnya jelas menghina isteri Rasulallah dan keluarga Rasulallah. Kita berserah kepada ALLAH untuk menentukan balasan kepada mereka-mereka yang terlibat.

Anonymous said...

cuma syiah yg membenarkan suami meliwat isteri. jadi, dia adalah isteri kepada seorang peliwat bersiri ( tau tau plak sama ada dia pernah kena liwat oleh anwar ibrahim atau tidak).anugerah itu patutnya di panggil "anugerah syiah mother azizah" sebab dlm kristian dah ade mother theresa.ABIM adalah hanjeng kurap kepada anwar ibrahim, apa la sangat nak dibanggakan setakat kurap !

Anonymous said...

Good day! Do you use Twitter? I'd like to follow you if that would be okay. I'm absolutely enjoying your blog and look forward to new updates.
Feel free to surf my website ... real cash

Anonymous said...

Serasanya yang paling layak terima anugerah tersebut ialah Datin Seri Rosmah Mansor....anugera2 sebegini hanya layak bagi isteri2 pemimpin atau menteri2 UMNO/BN sahaja...isteri dan pemimpin pembangkang tak yak langsung...hidup UMNO/BN....

Anak Tok Awe said...

Satu pertubuhan BEBAL, mengadakan satu anugerah BEBAL, diberikan kepada satu individu BEBAL, bertujuan untuk menunjukkan satu KEBEBALAN...Meh sini aku bagitau 1/2 prinsip memberi Anugerah!!

AGA KHAN AWARD - diberikan oleh yayasan Aga Khan untuk seni dan perbandaran

PULITZER AWARD - UN untuk penemuan saintifik dan perubatan.

NOBEL AWARD - UN untuk sumbangan sosial, kemanusiaan.

Menjadah apa ABIM bagi AWARD atas nama Saiyiditina Khadijah??? Kamu taruk ajer ABIM AWARD (ABIM besar-besar in exclamation mark!!!) for outstanding behaviour in foolishly tailgating, oink-oinking, covering and protecting screwed-up, out-off focal point husband.(out-off focal point is the state of ecstasy in reaching climax when the eyes pops out in different directions).

Betul-betul kes BEBAL..

Anak Tok Awe said...

Tak cukup ker dengan Anugerah Khalifatul Ameerul-Mukminin Omar Abdul-Aziz Yaa Habibi Lim Guan Eng???

Sah lagi mengesahkan: ABIM rotten eggs-fool Basket.

Xpas said...

Dikalangan wanita sepanjang zaman Khadijah r.a./a.s. rank top 4 ; dikalangan ummat Nabi Muhammad saw rank no 1 . sedara kita tu ada rank ke ?

Anonymous said...

Oklah tu dia dpt anugerah ni, mudah2an aura Siti Khadijah RA tu benar2 meresap masuk ke sanubari Kak Wan, in sya allah dia akan betul2 berjuang dan terus berjuang utk menegakkan keadilan dan menentang kedzaliman yg dilakukan oleh SUAMINYA! haha.... sian dia, sapa lagi nak iktiraf n doakan dia , ye tak?

Anonymous said...

Betul tu.. Wan Jijah ni semuanya buruk belaka.. Tak ada yang baik pun.. Kalau dia buat pahala dengan buatkan air untuk suaminya, menurut kitab Amlembuno kira SALAH JUGA! Tak betul tu.. Semua dia buat memang salah..

Shopping di luar negara menggunakan duit tabungan sejak kecil (membazir sepupu syaiton) itu bisa, tidak salah pak.. 100% lulus.. Bereh boh.. Hehe..

Anonymous said...

WAHAI ABIM YG BUTA SEJARAH, BUTA FAKTA DAN BUTA TULI. TAHUN DEPAN KASI PULA ANUGRAH INI KEPADA AMBIGA, IRENE FERNANDES, NORMA (MAT SABU), SHAMSIDAR, ZATIWANI (BADRUL AMIN) DLL YANG SEWAKTU DENGANNYA

Anonymous said...

Ramai orang tahu ABIM dan Anwar Ibrahim tidak boleh dipisahkan. Tetapi memberi 'anugerah Saiyiditina Khadijah' kepada Wan Azizah adalah keterlaluan dan bersifat bodoh. Ianya bukan sahaja menghina Isteri Rasulullah SAW tetapi merupakan satu penghinaan besar keatas Wan Azizah sendiri. Wan Azizah tahu siapa dirinya dan apa yang dia lakukan.

Kalau ABIM boleh 'memberi' anugerah kepada Wan Azizah dengan anugerah 'Anugerah Saiditina Khadijah', tidak mustahil Anwar Ibrahim yang dinobatkan sebagai 'Anugerah Tuhan' oleh Wan Azizah akan diberi Anugerah lebih tinggi tinggi lagi. Mungkin ABIM akan mengadakan anugerah tertinggi untuk Anwar Ibrahim? Wallahualam.

mtk

Anonymous said...

Ramai orang tahu ABIM dan Anwar Ibrahim tidak boleh dipisahkan. Tetapi memberi 'anugerah Saiyiditina Khadijah' kepada Wan Azizah adalah keterlaluan dan bersifat bodoh. Ianya bukan sahaja menghina Isteri Rasulullah SAW tetapi merupakan satu penghinaan besar keatas Wan Azizah sendiri. Wan Azizah tahu siapa dirinya dan apa yang dia lakukan.

Kalau ABIM boleh 'memberi' anugerah kepada Wan Azizah dengan anugerah 'Anugerah Saiditina Khadijah', tidak mustahil Anwar Ibrahim yang dinobatkan sebagai 'Anugerah Tuhan' oleh Wan Azizah akan diberi Anugerah lebih tinggi tinggi lagi. Mungkin ABIM akan mengadakan anugerah tertinggi untuk Anwar Ibrahim? Wallahualam.

mtk

Anonymous said...

mmg BANGSAT tol lahhh..mmg xlayak langsung dpt anugergah camni..!! BANGANG!!

Anonymous said...

ABIM , nama baru nya ;". Anak Barua Imam Mahadi :
------

Anonymous said...

Memang layak dah gelaran ABIM tu. Mereka boleh cipta sendiri anugerah tu dan terima anugerah tu sendiri. Lawak bodoh.

Anonymous said...

apa itu ABIM? ABIM adalah singkatan bagi nama Anwar Bin Ibrahim Malaysia...