Thursday, February 21, 2013

Standard Sistem Pengadilan Liga Malaysia Amat Mengecewakan - Tunku Ismail

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak berpuas hati dan kesal dengan mutu pengadilan bola sepak tanah air sejak bermulanya kancah Liga Malaysia musim ini.

Selepas sekian lama bersabar melihat kualiti sistem pengadilan di atas padang, tidak kira pada perlawanan melibatkan dua pasukan dari Harimau Selatan mahupun negeri-negeri lain, beliau tampil bersuara seterusnya mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya bertindak segera.

Beliau yang juga Tunku Mahkota Johor berkata, musim baru Liga Malaysia kini lebih kompetitif kerana semua pasukan saling bersaing untuk meraih kemenangan, namun mengakui standard sistem pengadilan di atas padang amat mengecewakan.

 Katanya, PBNJ bersedia untuk mengemukakan bukti dalam bentuk rakaman dan surat rasmi kepada FAM bagi membincangkan seterusnya mencari keputusan dan penyelesaian melibatkan isu berkenaan.

“Saya ingin menyuarakan perihal kualiti sistem pengadilan bola sepak di negara ini tidak hanya pada malam ini (kelmarin), tetapi sejak mula musim ini.

"Bukan sahaja perlawanan melibatkan pasukan dari Johor, tetapi perlawanan-perlawanan lain seperti ATM menentang Selangor serta Kelantan dan Johor Darul Takzim," kata Tunku Ismail

9 comments:

Anonymous said...

Fam sudah menjadi satu persatuan kuku besi yang diterajui oleh mereka yang hanya menggunakan artikel dalam perlembagaan persatuan sebagai senjata, sehingga tidak boleh disanggah, kalau beginilah caranya mentadbir sampai bilapun Bola sepak Malaysia tidak akan kemana, komen denda, komen denda, kalau macam ni baik bubarkan saje FAM yang tak boleh ditegur langsung. Teguran yang membena sepatutnya dijadikan asas untuk diambil tindakan bagi menambah baik Persatuan.

Anonymous said...

Aku nak tengok ada telur tak FAM. Berani tak FAM menghukum anak raja ni seperti mereka menghukum TS Anuar Musa dan DS Shahidan.

Anonymous said...

Guarantee tak berani

Anonymous said...

dia bercakap benar. kenapa nak hukum dia pulak..

AWAS said...

Anuar dan Sahidan pun cakap benar gak.

Anonymous said...

Lantik je setiausaha jadi Presiden. Persatuan pun dah nak terlingkup. Harapan je tinggi rakyat ditipu, tahap bolasepak semakin merudum.

Anonymous said...

New simulators are on average produced every second month and some are highly expensive.
If you make mistakes and you use a simulator,
then it will cost you nothing. However, such training programs are tough
to wave through since it require tons of learning patience and willingness
to proven one’s innate skills. This kind of game is great because it can also provide scientific information, 'Phun' would help
with physics study obviously while other simulation games that offer choices could contribute valuable data to Psychology.

3) Physical parameters: The simulators are almost real,
but actually they are on the ground, I mean around the sea
level.

Anonymous said...

Whether you are searching for specialty styling products or specific Loreal hair products, you are sure
to find what you need. Since these goods are made
from plant extracts, seed oils and hair only twice in a week.
Soon after this, use curl lotion all more than your hair,
and make use of mousse and squeeze this in your hair to that your curls seem flawless.

Anonymous said...

If you experience some emotional or physical problems in
your life it can soon be seen in the condition of your hair, using natural
and organic products aids in the recovery of your hair. Likewise,
using imported shampoos and conditioners from a
tropical country when your climate is cold and temperate is
not such a good idea. Generally, these products are more expensive than their
watered-down counterparts, but you can find a few affordable pure silicone hair products (see below).