Friday, February 22, 2013

TELENOVELA Yang Akan Meletopz...!

Telenovela ‘Kalimah Allah’:  Lakonan Majlis Syura–Karpal Singh Memualkan

Pakatan Rakyat masih belum dapat mencari titik penyelesaian dalam isu ‘Kalimah Allah’. Media juga berselang seli menyiarkan kenyataan antara ahli-ahli Majlis Syura dengan Karpal Singh yang tidak habis-habis menempelak dan menghentam sesama sendiri.  

Majlis Syura menganggap isu tersebut selesai dengan membuat keputusan bahawa ‘Kalimah Allah’ tidak boleh digunakan di dalam Injil Kristian dan bahawa keputusan itu tertakluk kepada ahli-ahli PAS sahaja. 

Tetapi,  Karpal menafikan ianya selesai, selagi Majlis Syura tidak menyatakan secara jelas untuk membenarkan Kalimah Allah digunakan di dalam Injil serta menerima hakikat bahawa Majlis Syura tidak ada hak bersuara di dalam Pakatan Rakyat, melainkan di dalam PAS sahaja. 

Menganalisis perkembangan ini secara terperinci, kita akan mendapati bahawa isu ini sebenarnya telah lama selesai bagi Pakatan Rakyat.

Ini kerana Majlis Syura sendiri telah menegaskan bahawa keputusan majlis tersebut hanyalah tertakluk kepada ahli-ahli PAS sedangkan hakikatnya, tidak mungkin ada ahli PAS yang terlibat menterjemah atau mencetak Injil dalam bahasa Melayu untuk membolehkan mereka menggunakan Kalimah Allah di dalamnya. 

Di masa yang sama, Majlis Syura sebenarnya tidak menghalang, dan tiada hak untuk menghalang mana-mana ahli DAP atau sesiapa sahaja yang bukan ahli PAS untuk berbuat demikian sepertimana yang ditegaskan oleh Karpal Singh.  

Ertinya, kedua-dua pihak telah pun menemui titik persetujuan iaitu “Kalimah Allah boleh digunakan di dalam Injil, kecuali oleh ahli-ahli PAS”. 

Justeru, perbalahan antara Majlis Syura dan Karpal Singh di media hanyalah lakonan dengan skrip yang penuh dengan ayat tersirat. Seperti juga isu Hudud, Isu Kalimah Allah ini juga adalah satu lagi Telenovela yang tiada penghujung bagi PR, walaupun secara dasarnya ia telah pun tamat dengan PAS akur kepada kehendak DAP....

Bukan kita tidak tahu bahawa DAP perlu menunjukkan pada kaum bukan Melayu betapa mereka kuat, tegas dan mampu mengawal PAS dari membawa unsur-unsur Islam ke dalam pentadbiran PR.

Isu kalimah ini, bukan sahaja menjadi ‘tanda aras’ kepatuhan PAS kepada DAP, tetapi juga merupakan strategi serampang dua mata di mana ia turut memberi kelebihan kepada puak Kristian untuk memurtadkan umat Islam. 

Sedangkan PAS pula perlu menunjukkan pada umat Islam yang parti itu kekal tegas mempertahankan Islam dari dinodai oleh mana-mana pihak memandangkan imej ‘Islam’ parti itu sudah rosak teruk kerana kalah dengan UMNO dalam isu Amanat Hadi, kalah dengan DAP dalam isu Negara Islam, hudud, judi, arak, rumah urut, pusat hiburan dan juga salon serta tidak mampu menempelak PKR dalam isu pluralisme, liberalisme mahupun isu menyokong negara Israel. 

Telenovela Kalimah Allah ini, adalah talian hayat terakhir PAS untuk memperlihatkan yang parti itu masih se-‘Islam’ dulu.  Justeru, ia perlu terus ditayang untuk tontonan umum sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya.  Skripnya juga akan berterusan di mana Karpal dan Majlis Syura saling berbalah dan bercakaran. 

Hakikatnya, jika benar perbalahan ini bukan hanya sebuah Telenovela, maka sudah tentulah PAS telah meninggalkan PR.....

Bayangkan, sedangkan Nasharuddin Mat Isa juga sanggup PAS ‘ceraikan’, tetapi PAS tidak sanggup meninggalkan kerjasama yang membawa risiko kepada akidah umat Islam dan pencemaran kepada kesucian ‘Kalimah Allah’. 

Hasil Nukilan; Beruang Biru

8 comments:

AMY said...

yeah aku suka artikel ini, syabas pak bruang

Anonymous said...

Anak : Babah.. siapa tuhan kita.?
Bapa : Allah la nak..
Anak : Tuhan kita ada berapa?
Bapa : Tuhan kita ada satu je.. Allah yang Maha Esa..
Anak : Ooo.. camtu.. Tuhan Ronaldo sapa lak?
Bapa : Ronaldo mana?
Anak : Alah.. yang main bola tu..
Bapa : OOoo.. dia kristian.. tuhan dia jesus la..
Anak : Tuhan K.Rajagobal lak?
Bapa : Tuhan dia ada byk.. babah pun tak tau nama dia..
Anak : Eh.. tadi babah kata tuhan ada satu je.. kenapa plak tuhan kepada ronaldo tu Jesus plak dan tuhan k rajagobal ada byk lak??
Bapa : Kita orang Islam.. Tuhan kita ada satu je..
Anak : OOoo jadik.. tuhan kita ada 1.. tuhan kristen satu.. tuhan hindu byk.. jadi kalau campur semua jadik byk tuhan la babah..
Bapa : [terdiam.. Dah blur nak jawab apa]..

Anonymous said...

Of course, the dictatorship in Egypt is far different than
what the vast majority of Americans face.
Egyptian cotton bedding has become the popular choice of many savvy consumers.
The news that you as a reporter tend to report must be
based on fact. Do you have any of your own experiences to share with
readers from all over the Christian community. Once you start packing
with regular newspaper, 2 primary disadvantages become quickly apparent.



Feel free to visit my webpage: egyptian newspapers

Anonymous said...

The Palestinian leader Mahmoud Abbas' recent drastic reorganization of the national security is one sign to this effect. The advert designs can range from being simple text affairs that are very basic, which also tend to be less expensive, to the more expensive, fully graphic designed adverts with photo quality images that can take up a whole page of the newspaper. They also tend to endear themselves to populations in times of severe duress and hardship by well funded relief efforts and other charitable initiatives, which make them look incredibly social compared to corrupted governments. The growth in the circulation of newspapers in the country results in the overall economic prosperity of the country, inspiring it to higher levels. Newspapers internationally are becoming more than ever like a television network providing current breaking news stories.

Feel free to visit my page :: click here

Anonymous said...

Use oils that can help keep your hair soft and manageable.
As we know that our bodys natural structure and physique also contains the wax esters which helps as natural moisturizer on
the skin and prevents from multiple environmental problems.
It soothes scalp region and make hair dark and lustrous.
Since ages coconut oil has been used for curing skin as well as hair problems as it
has anti fungal and anti bacterial properties. Indeed, nourishing
and conditioning the scalp using aromatherapy oils is one of the most basic and
simplest ways to prevent further hair loss and stimulate healthier hair regrowth.



Here is my blog post ... hair products

Anonymous said...

Hostas come in a wide variety of colors, shapes and sizes and can be
found in almost every home landscape. Owning a regular lawn mower does not mean you have
to give up on mulching your yard; you just
have to be willing to do some work. The less competition, the better off your plants will be.

Anonymous said...

Use a cheesecloth to strain the puree and then pour it into an airtight container.
Just focus on one herb at a time that suits your present needs.
Quality Omega 3 fish oils are generally derived from cold-water fishes like mackerel, sardines, salmon, and tuna.
The remaining oil in the scalp for a day and then follow up with a shampoo the
next morning. * Apply oil unto your hair - Run
your fingertips through your hair and rub it in an even way.



Also visit my site: wavy hairstyles

Anonymous said...

http://paleodietrecipesbook.net/
http://howtoloseweightfastindays.com
http://purelivinghcg.com/
http://getlaid2night.us/male-enhancement
http://getlaid2night.us/penis-pump