Friday, February 1, 2013

TERKINI...! Nicky Ajeees Tarik Balik Pemecatan Ustaz Nasha

Sehari selepas bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dipecat dari terus menganggotai Majlis Syura Ulama PAS, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat terus meraikannya dengan upacara memotong kek di kediaman Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh.

Walaupun secara lahiriahnya acara memotong kek itu diadakan sempena ulangtahun kelahiran Mursyidul Am PAS itu yang ke 82 tahun, namun tersiratnya ia menggambarkan kegembiraan Karpal Singh yang dikongsi bersama dengan Nik Aziz dalam meraikan dendam terindah yang sudah dilunaskan.

Karpal pernah ditempelak oleh Nasharudin berhubung isu hudud, manakala Nik Aziz pula sehingga kini terus berpatah arang dengan peranan utama yang dimainkan Ahli Parlimen Bachok, Kelantan itu semasa ura-ura kerjasama diantara UMNO dan PAS melalui Kerajaan Perpaduan (UG) dulu.

Nik Aziz ketika diminta mengulas status Ustaz Nasharudin yang masih kekal sebagai ahli PAS, secara sinis memberi gambaran kedudukan bekas Timbalan Presiden PAS itu dalam parti kini ibarat suami isteri yang bila-bila masa sahaja boleh bercerai berai.

"Itu dia punya pasallah, saya sebut kelmarin kepada wartawan orang laki bini lagikan bercerai. Padahal kita nak sambut bini itu dengan sembelih lembu, palu gong gendang lah, selawat kepada Nabi, tetapi  boleh bercerai. Ini kerana parti (Ini kan pula dalam parti)".

Maksudnya jika isteri sendiri pun boleh diceraikan, apa sangatlah kalau memecat Nasharudin dari Majlis Syura Ulama PAS. Hatta kalau Nasharudin mahu keluar parti menyertai UMNO sekalipun, itu bukannya persoalan besar bagi PAS.

Lebih-lebih lagi pada perkiraan Nik Aziz dan PAS, status Nasharudin itu sendiri yang dilihat rapat dengan pimpinan UMNO seumpama isteri yang telah curang pada suami sendiri. Itu anggapannya. Soal bukti dan peluang untuk membela diri, itu lain punya hal yang tidak perlu difikirkan.

Dari sudut lain, walau dibaca berkali-kali kenyataan Mursyidul Am PAS itu, kelihatannya seperti Nik Aziz begitu memandang mudah hubungan suami isteri bila mana ia dikaitkan dengan isu pemecatan Nasharudin dan kedudukannya dalam PAS.

Tapi nak pelik apa? Kan sudah menjadi pengetahuan umum dalam PAS telah lama wujud polisi sumpah baiah talak tiga yang menjadikan isteri kepada calon-calon PAS dalam PRU sebagai bahan taruhan bertujuan menjamin suami masing-masing kekal dalam parti dan tidak mengubah haluan melompat ke parti lain.

Satu persoalan yang menarik untuk difikirkan, kenapa baru sekarang PAS bertindak dan dimasa yang sama masih mengekalkan Nasharudin sebagai ahli PAS, bukankah itu seperti tindakan gantung tidak bertali dari seorang suami?

Amat dayus dan bacul sifatnya bilamana seorang suami hanya berani mengambil tindakan gantung tidak bertali terhadap isterinya sedangkan jika begitu yakin telah wujud kelakuan curang sewajarnya diceraikan sahaja, bukan begitu...?

22 comments:

Anonymous said...

USTAD NASHA dipecat SEBELUM nik aziz potong KEK.USTAD NASHA ditarik balik SELEPAS nik aziz potong KEK.masaalahnya sekarang PAS kena fikir banyak kali.kalau USTAD NASHA dipecat nanti dia[ustad nasha bebas bersuara].kalau pas tarik balik nanti KARPAL pula yang bersuara.

warisan tmk said...

Aku percaya Nik Aziz bukan jenis MANUSIA yang tidak kisah tentang hari jadinya....sebab itu dia pun tak ambil kisah Maulidur-Rasul.

Kalau Nik Aziz seorang MANUSIA yang menjadikan tarikh harijadinya suatu tarikh penting, besar kemungkinan dia akan bersantai memotong kek harijadi bersama anak menantu dan cucu-cicitnya di Pulau Melaka.

Amat masuk akal, Nik Aziz berkunjung ke rumah Karpal Singh untuk membawa 'good news' berhubung pemecatan Ustaz Nasha dari Majlis Syura Ulama PAS.

Selain dari itu, aku fikir Nik Aziz berkunjung untuk menyejukkan hati Karpal Singh yang 'bengkek' dengan pendirian Majlis Syura Ulama berhubung kalimah Allah. Karpal Singh nak meletup pun...tak jadi nak meletup...

Xpas said...

setuju ust nasha memisahkan diri dr jamaah yg diragui akidahnya skrg.

Anonymous said...

Benar tu.. Yang jahat ialah PR.. Yang baik semuanya Amporno.. Mari kita menyokong Be ENd!

Anonymous said...

secara atas kertas sebenar nya Nik Aziz dan Karpal Singh tak kesah tentang bibit kehancuran Umat dan Negara Malaysia ini kerana apa bila kehancuran itu berlaku meraka pun telah mati untuk menyaksi kan nya ... INI lah pusaka yang akan mereka tinggal kan

Anonymous said...

MEMANG YG PALING JAHAT DI BAWAH LANGIT BUMI NI IALAH GOLONGAN PR, ESPECIALLY GOLONGAN ULAR MAK PAS YG DI KETUAI OLEH NIK AJIS & HADI BAWANG....SEJAHAT JAHAT AMPORNO TIDAK AKAN SANGGUP MENGGADAI KALIMAH ALLAH YG SUCI KEPADA GOLONGAN KAFIR HARBI....MEREKA MASIH LAGI MENGAKUI & MEMPERTAHANKAN KALIMAH YG SUCI ITU...TAPI DEMI DUNIA & UNDI GOLONGAN ULAR MAK PAS SANGGUP MENGGADAI AGAMA....AMACAM??? PAHAM TAK???

Anonymous said...

eh, aku silap tulih...

Benar tu.. Yang jahat ialah PR.. Yang baik semuanya UMNO.. Mari kita menyokong BN!

Alhamdullilah...

Anonymous said...

Betul! kena tinggalkan PR dan undilah Barisan Nasional.

Anonymous said...

Hidopp bn hidop umno kita ramai ramai sokong bn.. Pergi jalan jauh jauh pkr. pas. dap. Golongan orang lemah pikiran...

Anonymous said...

Marilah bersama Peliwat Rakyat....

Anonymous said...

Benar tu.. Yang jahat ialah PR.. Yang baik semuanya umno.. Mari kita menyokong BN...alhamdulilah akhirnya ko sokong Be End!!

Anonymous said...

Tak baik kutuk Tuan Guru...

Korang tak pernah tengok "Karamah" dari tuan guru...

Awan mengiringi Tuan Guru ketika panas terik beb...

Takbir!

Anonymous said...

Pergi untuk membantu rakyat Palestin dgn Najib kena pecat, pergi sambut dan rai birthday dgn Karpal Sign yg terang terang menentang Islam tak kena pecat pulak...? Mcm mana korang nak jawab depan Allah nanti...? Tapi aku tak pelik la sbb depa ni nama Allah pun dah sanggup gadai, apa lah sangat perkara2 kecil mcm ni kan...!

Anonymous said...

Aku bukan tak suka Nik Aziz berkawan dengan geng2 Karpal sebab aku sokong 1 malaysia, tapi yg aku tak tahan melihat dan merasa ialah,cara orang tua itu di perbodohkan dan dipergunakan oleh puak2 kapir yg ada kepentingan politik rasisnya menentang lslam dr belakang Nik Aziz !
Aku memang PANTANG kalau aku atau bangsa aku di perBODOH seperti puak2 Dapigs tu telah perbodohkan org melayu bernama Nik Aziz Nik Mat..!! Aku faham body language puak2 tu..!

Anonymous said...

Analisis dari bahasa badan/body language:-

1.Karpal sambut N.Aziz dengan senyum2 sinis -yg tersirat:- ( hi,hi,senang nak melembukan orangtua ni,very humble person!)
2.Nik aziz- senyum malu2 alim-tersirat:-(aku kena tunduk hormat Karpal sebab aku ni sapo,ilmu dunia kure,dio loyar berpengaruh,bijok berhujoh dan kecek org putih.aku takleh ego berdepe dgn dio...aku keno hormat dan ikut cakap dio..aku nak tente mato dio pun rasa gerun...!)

tepat tak analisa BL diatas?

Anonymous said...

Anwar ialah peliwat dan penzina terulung negara,bodohnya pencacai pakatan rakyat

Anonymous said...

Be End adalah satu-satunya parti yang layak memerintah, yang lain tak layak..! Sampai kiamat Mesia ini akan diperintah oleh Be End! Parti lain tidak mungkin boleh memerintah kerana Be End akan mempertahankan Putrajaya at all costs! (mari belai Be End sehingga nyenyak)

Anonymous said...

..kita menentang umno bkn kerana dia hindu atau budha.. kita menentang umno kerana mrk mengekalkan perlembangaan lord reid.. kata hadi boroi.. hehe.. sekarang hadi boroi lupa semua pasal lord reid.. tiada bunyi sedikit pun nak pinda atau ubah perlembagaan persekutuan.. hmm sejak berpakat dgn gay tua kutok dan bai lumpoh.. hadi boroi dah jadi semakin secular.. taqbir!.

Anonymous said...

PKR, PAS...ADALAH GOLONGAN YANG LEMAH FIKIRAN DAN LEMAH IMAN.

Anonymous said...

Bangsa melayu dipijak dibumi sendiri akibat bergaduh sesama sendiri. Bangsa lain bergembira kerana dapat melaga lagakan bangsa melayu yang tidak pernah untuk bersatu.

Anonymous said...

Demi kuasa, demi wang, demi wanita..malaysia jadi huru hara. Demi pakatan haramjadah..agama,bangsa diketepikan.demi patrajaya syaitan dijadikan sahabat, perogol, peliwat,,perosak rumah tangga orang dinobat seperti wali....

Anonymous said...

ak baik kutuk Tuan Guru...
Korang tak pernah tengok "Karamah" dari tuan guru...
Awan mengiringi Tuan Guru ketika panas terik beb

zaman moden ni ada juga manusia poyo dan percaya dgn perkara macam ni.
sungguh mengelirukan. POYO lah kau ni