Sunday, March 31, 2013

HAAIYAA APEK...! Lu BO Lampaa Maa.... Kit Siang Takder Telor

Lim Kit Siang yang sudah sah akan bertanding di Parlimen Gelang Patah, Johor pada PRU 13 nanti pastinya akan dikenang sebagai salah seorang pemimpin politik yang kerap berpindah-randah dari satu negeri ke negeri yang lain.

Sejak berkecimpung dalam dunia politik, pemimpin veteran DAP yang cukup dekat dengan gaya kepimpinan diktatorship dan kuat amalan nepotismenya itu sudah bertanding di empat negeri iaitu Melaka, Selangor, Pulau Pinang dan Perak.

Johor yang kini menjadi tumpuannya untuk PRU 13 merupakan negeri yang kelima, sekaligus mencatatkan satu lagi rekod peribadi yang menjadi kebanggaannya. Ianya tentu sukar untuk ditandingi oleh mana-mana pemimpin BN.

Di kalangan pemimpin BN jarang sangat yang mempunyai tabii pindah-randah sedemikian kerana masing-masing tahu nawaitu utama mereka bertanding dalam pilihan raya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat setempat.

Tika ini PR sudah mempunyai watak Mr Mansuh yang dipelopori oleh Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim dek kerana hobinya yang gemar menabur janji yang kemudian sering dimungkiri dan dicapati.

Justeru itu, memang elok sangat gelaran Mr Pindah pula dinobatkan kepada Kit Siang sesuai dengan kegemarannya berpindah-randah ke sana ke mari. Dengan wujudnya watak Mr Mansuh dan Mr Pindah, ia pasti menambah keunikan PR pada pandangan rakyat.

Mungkin bagi Kit Siang apabila dapat bertanding sana sini ia dianggap satu keseronokan baginya sedangkan sebagai pemimpin sepatutnya beliau perlu fokus untuk menunaikan harapan rakyat yang sebelumnya telah memilihnya sebagai wakil mereka.

Tiap kali bertanding pula tak pernah cukup sekadar mencuba nasib di kerusi Parlimen tapi diletakkan juga dirinya sebagai calon untuk bertanding di peringkat DUN. Dibuatnya gelanggang PRU ini semacam peluang untuk meningkatkan gaji dan elaun peribadinya pula.

Pemimpin muda dalam parti terus ternanti-nanti entah bila berpeluang maju ke hadapan, dah lah nak menggalas jawatan tinggi dalam parti terhalang dek anak menantu Kit Siang, nak bertanding mewakili parti dalam pilihan raya pun sayup-sayup saja kelihatan peluangnya.

Dunia politik PR yang sememangnya penuh warna-warni dan unik, tapi keunikan sebegini dengan wujudnya politikus berwatak Mr Pindah bernama Lim Kit Siang dan Mr Mansuh yang sinonim dengan Anwar Ibrahim, ia sebenarnya tidak memberi manfaat kepada khalayak.

Politikus seperti Mr Pindah dan Mr Mansuh hanya sekadar menambah kemeriahan politik, sedangkan realitinya rakyat lebih memerlukan lebih ramai pemimpin politik yang komited dalam menabur jasa dan bakti untuk kepentingan masyarakat dan negeri.

9 comments:

Anonymous said...

pedulikan makhluk pelik 2 ekor ni,musnaqhkan mr mansuh,patahkan gelang kit sial dlm pru 13 nanti(cepatlah ds najib bubarkan parlimen,x sabar nak tengok monyet ni kiok)

Anonymous said...

layarilah laman portal web berita terkini DAN PERCUMA www.freemalaysiakini2.com

Anonymous said...

For e&#1093аmp&#406e, if yοu weге in Franсe you &#1089&#959ulԁ hav&#1077 an unloсkеԁ AT&T cell phοne phone runnіng are clеаr аnd thеу wоuld lik&#1077 grаtituԁe foг their
difficult tаsk and ԁevotiоn involved in the &#1112&#959b.



Feel free to suгf to my hοmepagе http://www.gamepedia.org/

Anonymous said...

Aik, bukan ke Pork Jibbon yang takde telur nak bubarkan parlimen?

Kata orang konon.. Dia yang lebih..!

Anonymous said...

Satu Peluang kepda rakyat johor untuk bungkuskan riwayat politik kit siang. Kit siang akan terkubur dibumi umno dilahirkan.

Anonymous said...

Jangan cakap besar lah Dal (Sundal)..

Barisan Neraka didoakan terkubur di dalam PRU 13 ni nanti, Amin..

Samdol punya puak-puak Amnonok.. Hari-hari makan taik kucing, tu sebab lah bodoh piang hari-hari.. Bodoh parti Amnonok!!

Anonymous said...

Parti Kunyit Remaja dan Parti Ajaran Ssat takkan kemana - mana. Pakar dalam LGBT dan jual Kalimah Allah.

Anonymous said...

Samuel Huntington's Clash of Civilizations, wherein the Judeo-Christian West vs. Egyptian cotton bedding has become the popular choice of many savvy consumers. There are many specialists that deal in printing press service online. Approximate 46% of the daily newspapers are vernacular, 45% of them publish in Hindi and only 10% in English. This is standard cat behavior I'm probably preaching to the choir here.



my page - egyptian newspapers

Anonymous said...

This simulator combines the realistic control
panels and control experience with the military element.
Nowadays with flight simulators you can have lots
of fun out of these games and besides all this you do
not have to spend thousands. You can train up your hobo so that you can kill other
hobos even more easily, and it is a very addicting game. Flight - Simulator
flight simulation features highly detailed time of day modeling and can track the current
computer clock time in order to correctly place the sun, moon, stars, etc.

Retain on your own and these you enjoy in the gaming.