Friday, March 29, 2013

Habislah Anwar....! Najib Yakin BN Boleh Menang Majoriti 2/3

Dari The Portal Perak Today...

Financial Times dan Reuters membawa berita baik untuk rakyat Malaysia iaitu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, telah menyatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional mampu memenangi majoriti 2/3 di dalam Pilihanraya ini.

Keyakinannya amat bererti bagi kebanyakan golongan peniaga, terutamanya, kerana golongan inilah yang amat gusar dengan kredibiliti dan kebolehan pembangkang dalam menerajui ekonomi.

Hakikat bahawa Anwar Ibrahim juga menyatakan bahawa ini adalah peluang terbaik baginya untuk menang, dilihat sebagai satu kenyataan politik semata-mata daripada seorang yang asyik tertembak kaki sendiri di saat-saat genting ini.

Dengan mengenepikan skandal seksnya, rakyat Malaysia kini memerhatikan Anwar secara ‘dekat’ apabila namanya berkali-kali disebut dalam penyiasatan pencerobohan pengganas di Lahad Datu. Sehingga ke hari ini, Anwar gagal menjelaskan kenapa beliau berjumpa dengan pemimpin MNLF beberapa kali dan apa yang dibuat oleh ‘orang-orangnya’ di Filipina beberapa hari sebelum pencerobohan tersebut.

Ia tidak mungkin satu kebetulan untuk Anwar membangkitkan isu Malaysia akan kehilangan Sabah dan membuat bising mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah tanpa mengikut prosedur, sebelum peristiwa berdarah tersebut tercetus di Sabah.

Tetapi, kesilapan Anwar yang paling besar dalam menangani isu ini ialah beliau cuba menutup mulut media dari mengorek cerita sebenar darinya dengan cara mengugut untuk menyaman jika mereka bertanyakan kenapa beliau tidak menyaman pihak yang pertama sekali mendedahkan pendalangannya iaitu Reuters dan media Filipina....?

 Beliau mungkin meraih keuntungan politik jika berbuat demikian, tetapi hakikat bahawa beliau tidak melakukannya, menunjukkan yang laporan tersebut pastinya berasas.

Tiada siapa yang waras akan mengundi seorang yang tidak tahu menghargai nyawa manusia. Tiada siapa yang sanggup mengundi seorang yang sanggup menggadaikan sebuah negeri kepada pengganas demi untuk menjadi Perdana Menteri.

Negara jenis apakah yang Perdana Menterinya sendiri seorang pengkhianat....?

Seperti juga masalah-masalah lain yang menimpa Anwar, tiada siapa yang menganiaya dirinya melainkan dirinya sendiri. Ini adalah masalah biasa bagi seorang yang begitu terdesak, tidak tertahan-tahan, teruja dan tergila-gila untuk berkuasa.

Anwar boleh saja berjuang dengan cara yang betul, iaitu bekerja bersungguh-sungguh untuk membuktikan kredibiliti partinya dan berkhidmat kepada rakyat di kawasannya dengan baik.

Dengan cara ini, tidak mustahil suatu hari nanti beliau akan berjaya memenangi hati rakyat Malaysia di mana mereka mungkin akan melupakan segala kisah-kisah buruk, jijik lagi membusukkan mengenai dirinya.

Tetapi, beliau memilih untuk berjuang secara kotor, menggunakan pintu belakang dan mencetuskan suasana tidak aman. Malah, ‘Arab Spring’ merupakan impiannya, lalu bagaimana kita tidak melihat adanya hubungan antara dirinya dengan pertumpahan darah di Lahad Datu?

Sedang Anwar sentiasa berada di dalam ‘mode’ menyerang kerajaan dan apa saja yang berbunyi BN, Dato’ Seri Najib pula amat bertentangan dengannya.

Berbeza dari Anwar, Perdana Menteri lebih suka bercakap mengenai pencapaian kerajaan daripada menyerang musuh politiknya.

Di dalam wawancara dengan Financial Times, misalnya, Dato’ Seri Najib jelas begitu bersungguh-sungguh bekerja sebagai Perdana Menteri mahupun sebagai pemimpin parti.

Beliau menjelaskan bagaimana sebuah kerajaan yang kuat amatlah perlu bagi mempercepatkan proses transformasi bagi negara ini.

Najib juga telah menekankan bagaimana beliau telah melakukan perubahan dari segi undang-undang di dalam UMNO begi memudahkan ahli untuk mengetengahkan pemimipin yang berpotensi.


Sebenarnya, beliau tidak perlu bercakap besar pun kerana angka-angka yang tercatat, dengan sendirinya membuktikan kesungguhan beliau bekerja. Malaysia kini didorong oleh sebuah program ekonomi yang dilancarkan pada 2010 bagi menggandakan pendapatan perkapita sehingga RM15,000 menjelang 2020.

Ini membawa kepada peningkatan keyakinan pelabur asing di mana pegangan asing meningkat kepada 550% kepada RM215 billion (USD69 billion) sejak 2009, mengikut laporan HSBC.

Satu-satunya perkara yang Perdana Menteri sebut mengenai pembangkang dalam wawancara tersebut ialah beliau merasakan bahawa ia merupakan satu risiko yang besar untuk menaruh keyakinan kepada Pakatan yang tidak punya hala tuju yang jelas dan dengan manifesto yang tidak ada kredibiliti.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa adalah tidak perlu bagi sesiapa untuk melihat kepada angka-angka, tetapi melihat kepada personaliti kedua-dua pemimpin ini sahaja sudah cukup bagi rakyat untuk membuat pilihan.

Anwar adalah seorang yang tidak patriotik, tidak sensitif, pengkhianat dan selamanya tergila-gila kuasa manakala Dato’ Seri Najib pula adalah seorang yang tenang, rasional, elegan dan bijak.

Justeru, tidak syak lagi, majoriti 2/3 bukanlah satu masalah bagi Barisan Nasional.

Oleh NHZ MY

13 comments:

usin said...

ini kalilah, aku terlebih yakin bn akan menang 3.7/4 majoriti. pembangkang hanya menang 66 kerusi.

Anonymous said...

Habis la pakatan jamban. Dah tiap2 hari menjubor dan melancap mesti kalah punya.

Anonymous said...

Yelah.. Betul la tu..

Masuk bakul angkat sendiri.. Kalau menang, standard lah Be End boleh menang pasal media apa semua dia pegang..

Tapi kalau kalah, jangan gunakan jet peribadi nak lari lak tau..

Aku tengok, tak ada pun menteri yang miskin macam seorang Presiden di Amerika Selatan tu.. Jadi menteri, mesti kaya punyalah..

Aku cabar menteri duduk rumah teres biasa, ada berani? Dan bagi setengah harta yang dibalun kepada rakyat kembali, ada berani? Takdelah, semua dah selesa dengan kekayaan masing-masing.. Simpan di luar negara lah, takde boleh kena detect..

Soalannya kalau ko nak spin pun, "Ada berani hidup sederhana macam rakyat biasa????" Jawab tu dulu..

Anonymous said...

Amnonok bajet diterima, padahal ditolak..

Makin nyampah tengok senyuman kelat si Jibbon.. Hahahaha..

Bajet bagus la tu..

Anonymous said...

Baik enko suruh Anwar hidup seperti rakyat biasa tinggal di rumah teres kemudian suruh Anwar kembalikan berbilion bilion wang yang beliau sembunyikan di luar negara...

Anonymous said...

Ko nie pun mangkuk gak yer... Anwar tak jadi menteri pun dok kt banglo, lim guan eng, karpal, lim kit siang... Dorang sume dok kt umah banglo.. Rumah mewah... Tu belum jadi menteri lagi tuh.. Ada ker dorang dok kt umah teres...?? Ada..?? Ckp guna otak la mat.. Lg satu, korang sendiri yg ckp SPR tu tak telus, siap buat bersih la bagai.. Kononnyer SPR nie kerajaan yg control... Tapi korang bukan main yakin lg nk menang pilihanraya... Kalo ikut logik, kalo da korang ckp SPR tak telus, korang takkan menang punyer... Aku gerenti..

Anonymous said...

terima kasih gomo sebab teruskan perjuangan. x payah pikir psl macai2 PR yg tergolong sebagai melayu BANGSAT, SYIAH yg sesat lg mnyesatkan dan cina ULTRA KIASU!! PRU-13 nanti kemenangan 2/3 untuk BN itu pasti. kerana sudah rerbukti PR itu satu kecelakaan pada rakyat! semangat 1Malaysia yg terdiri daripada rakyat berbilang kaum dan agama yg mahukan keamanan dan kesejahteraan hidup demi masa depan yg lebih baik pasti mengundi BN!

Anonymous said...

puak meroyan PKR PAS DAP...cakap semua tak pakai otak..otak depa dah hitam....pasai apa anway gay lim guan eng seangkatandgn depa tak dok umah teres hah!..tu belum jadi menteri...dah jadi menteri aku tak tau la...cai2 sekelian hampa ni hidup hanya dok dengki dgn kejayaan orang lain sj...sampai mati pun hampa dok tahap tu saja...tak maju...

Anonymous said...

Boleh belah la oii.. Parti perasuah, balun duit rakyat, itu nak diterima pakai?

Yang ko beriya-iya benar nak mendokong pemimpin balun rompak duit taxpayer money tu kenapaaaaaaaaa?????

Anonymous said...

CADANGAN UNTUK PENYATUAN MELAYU DAH BERPECAH 1000.

Kita perlu mencontohi rakan cina dan india kita mempunyai sekolah jenis kebangsaan sendiri.Sejak sekian lama sekolah ini diujudkan masalah perpaduan mereka begitu kental. Tidak perenah kita dengar mereka bergaduh sesama sendiri. Kalau ada pun hal yang kecil2 sahaja. Tetapi sampai bab yang besar2 menyentuh hal kaum mereka bersatu BERMATI-MATIAN .INILAH PERKARA YANG KEMENTERIAN PELAJARAN YANG DIPIMPIN MELAYU SENDIRI TERLEPAS PANDANG ASIK2 MENGEJAR KECEMERLANGAN DALAM PELAJARAAN DAN ASYIK MENGEJAR KEMODENAN PENDIDIKAN(oN LINE BANYAK2 DSBNYA).KITA BUKAN ANTI PEMODENAN PENDIDIKAN TETAPI BILA AKHIRNYA pekara ini menyusahkan pemimpin Melayu sendiri untuk mengawal/control masyarakat Melayu yang dah berpecah 1000. Bak kata pepatah moden " DIDIK SEKARANG SENANG KEMUDIAN"

Sekolah Jenis Kebangsaan Melayu perlu ada (SJKM)untuk menyatukan masyarakat Melayu Sejak dari kecil.Sebab pada peringkat umur kanak2 ini amat efektif untuk melahirkan tabiat penyatuan,asabiah tak salah untuk kebaikan. Kita dedahkan dan ajar mereka tentang:

1. Perlunya penyatuan sesama bangsa Melayu.Terangkan tentang akibat pepecahan dengan contoh2 yang banyak pada masa kini.
2.Ajar tentang budaya Melayu.Seni silat Melayu,Mak Yong kah,zapin,kompang dll.Adakan pelbagai aktiviti2 mereka. Biar mereka asyik bersama-sama sepanjang masa di mana saja mereka berada.Biar dari kecil sampai besar. Jadi ini akan mengujudkan perpaduan sesama Melayu dan semangat kekitaan yang kuat pada masa akan datang.Ini saya pasti tidak akan menyukarkan pemimpin/kita untuk mencari kata sepakat apabila timbul masalah2 besar berkaitan dengan hak kita pada masa akan datang.Sebab asas penyatuan mereka sudah kuat.Kalau boleh rasanya lanjutkan kesekolah SJKM peringkat menengah.
3. Sekolah agama dan pondok kita satukan.Dan lakukan usrah sesama tenaga pengajar setiap masa supaya tiada percangahan pendapat dalam kalangan mereka.Berikan bantuan kepada mereka.Pantaukan pergerakan mereka supaya tidak terlibat dengan Fahaman Syiah dan sebagainya.
4. Dan yang lain2 kita kena bincang dgn lebih mendalam dalam kalangan ilmuan Melayu yang banyak bijak2 pada masa sekarang.

KESIMPULANNYA: Tidak salah kita mengambil atau mengikuti contoh yang baik yang telah ditunjukkan oleh rakan cina dan india kita dalam mendidik anak bangsa kita sendiri.Demi kelangsungan legasi bangsa kita pada masa akan datang.

OPSS : Sekolah ini dapat dipraktikkan di Semenanjung Malaysia dahulu Insallah kerana cuma ada 3 bangsa yang besar ( Melayu,India dan Cina) Sabah dan sarawak kita pikirkan kemudian.

Pemimpin MELAYU lakukan sesuatu untuk penyatuan kita.Kerana anak melayu sekarang asik TERKINJA-KINJA SAYA LIHAT DI DALAM TV.BILA bab merusuh mereka ikut merusuh. Bila bab membenci pemimpin bangsanya sendiri mereka ikut sama mencerca macam orang sasau tiada pendirian. Malah MEREKA macam tak kenal siapa sebenarnya diri sendiri. SANGAT MALANG DAN MENYEDIHKAN SEKALI....
tolong lakukan sesuatu dengan kadar cepat.

Anonymous said...

layarilah laman portal web berita terkini DAN PERCUMA www.freemalaysiakini2.com

Schaquzer Mokhtar said...

Takkan melayu hilang didunia....

Schaquzer Mokhtar said...

Aku sokong....