Wednesday, March 27, 2013

Najib Terlalu Takut Nak Bubarkan Parlimen....?

Mengapa Najib Belum Membubarkan Parlimen?


Soalan ini agak sukar untuk dijawab. Hanya Allah dan Perdana Menteri sahaja yang mengetahui sebab sebenar.....

Namun berdasarkan kenyataan-kenyataan beliau sejak beberapa bulan lalu, nyata beliau mahu menggunakan masa yang ada untuk memastikan idea, falsafah dan pelan transformasinya dirasai oleh majoriti rakyat.


Saya fikir apa yang Mohd Najib mahukan sekarang ialah kemenangan 2/3. Untuk mendapat kemenangan 2/3 agak sukar berbanding sekadar untuk menang.

Sebab itu beliau mengambil masa yang lebih sedikit untuk membuktikan kebolehan beliau dan meyakinkan sebahagian rakyat yang masih mengambil sikap tunggu dan lihat.



Beliau dilihat seolah-olah tidak cukup masa untuk meyakinkan majoriti rakyat agar memberi kemenangan 2/3 kepada Barisan Nasional. Ini tidak menghairankan kerana hanya pada 3 April tahun ini genap empat tahun pentadbiran beliau. Ini bermakna beliau kekurangan setahun untuk penggal pentadbiran penuh.



Oleh kerana beliau mengambil alih pentadbiran dalam keadaan parti yang lemah dan berantakan, pentadbiran yang dikritik hebat dan hampir dinyahkan oleh rakyat dalam pilihan raya 2008, tugas Najib tidak semudah disangka.



Selain itu, keengganan Najib membubarkan Parlimen lebih awal mungkin beliau bimbang Pakatan akan cuba membuat tindakan tidak beretika seperti melewatkan pembubaran DUN Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.



Jika ini berlaku dan Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR) mahu mengadakan pilihan raya serentak maka masa kerajaan Persekutuan sementara boleh mencecah sehingga dua bulan. Ini boleh memberi kesan serius kepada ekonomi dan pentadbiran Negara.

Malahan masa yang sedemikian panjang boleh mengancam keselamatan sekiranya kempen politik menjadi kian panas.



Justeru saya fikir Mohd Najib akan hanya membubarkan Parlimen seawalnya selepas ulang tahun keempat pentadbirannya pada awal April ini atau menunggu sehingga saat akhir, sekaligus mengelakkan Pakatan melakukan taktik memanjangkan masa pilihan raya untuk menimbulkan ketegangan kepada rakyat.


Tindakan Mohd Najib untuk memenuhi penggal yang ada harus dipuji bukannya dikritik. Ini merupakan catatan demokrasi yang penting kepada Negara ini. Perdana Menteri memilih untuk mengabaikan keistimewaannya untuk mengadakan pilihan raya secara mengejut.

 

Bukankah selalunya pembangkang menuduh tidak mempunyai cukup masa berkempen dan menuduh Barisan Nasional tidak professional kerana mengumumkan pilihan raya mengejut?

Sekarang apabila semua orang sudah mengetahui bila pilihan raya akan diadakan, tiada unsur kejutan lagi, Pakatan masih tidak berpuas hati. Apa yang mereka mahukan sebenarnya...?

Baca seterusnya di SINI

8 comments:

Anonymous said...

PM NAJIB TAU APA YG DIA BUAT.. TOKSAH LE KITA MENYIBUK SANGAT.. BUAT KERJA MCM BIASA.
TENTANG PAKATAN HARAM? DIA ORG DAH BERKEMPEN SEJAK 2008 LAGI TIAP HARI 24 JAM SEBAB TU LE MEROYAN NAKKAN P/RAYA CEPAT KONON DAH YAKIN AKAN MENANG. RAKYAT DAH BIJAK DAN DAH DPT MENILAI PAKATAN HARAM YG HANYA PANDAI BERCAKAP TAPI GAGAL MELAKSANA!
MOGA RAKYAT MALAYSIA MENOLAK KAUM2 TERLAKNAT INI DARI MENJADI PEMIMPIN KITA!!

Bingai @ Bangang said...

Setiap yang berlaku itu ada rahmatnya. Sekurang-kurangnya strategi pengganas di Lahad Datu menjadi celaru kerana menyangkakan Parlimen akan dibubarkan lebih awal. Wallahualam...

Anonymous said...

lagi lama lagi bagus..

lebih banyak kemungkaran parti pembangkang terserlah..

PR akan kalah teruk pada PRU 13...

Anonymous said...

lepas ni cina akan goyang tau kenapa? Majoriti melayu pakatan akan mintak bertanding di tempat majoriti cina... sebab diorang fikir cina semunya bodoh sombong..... tetap menyokong diorang , pas tu cina pakatan pulak terpaksa berkorban ke kerusi majoriti melayu atau india.... pas ni kemungkinan majoriti MP adalah melayu..... itulah stateginya.....

bong dom said...

sila bertukar laman web saya
http://joezuax.blogspot.com/
Terima kasih untuk jenis anda

Anonymous said...

low class la blog ko joezuak...

tak abis2 nak jilatt montott dapp...

dgn bodek nuar jubo....

Anonymous said...

Belum jumpa telur lagi.. Hahahaha.. Piem paling penakut di dunia..

PM Australia pun umum nak bubar parlimen 9 bulan lebih awal supaya rakyat, investor, semua orang tak susah..

Tapi si takde telur ni memang menyusahkan semua orang!

Anonymous said...

Takde tulur la ini Piem.. Takut kalah.. Apa mau susah, memang itu Be End akan kalah punya.. Amin..