Sunday, March 17, 2013

Nallakaruppan Ulangi Kenyataan..., Anwar Biseksual TAK Layak Jadi Perdana Menteri

Mana-mana individu yang dikaitkan dengan gejala seks songsang termasuk aktiviti biseksual tidak layak menjadi Perdana Menteri di negara ini.

Ahli Dewan Negara, Senator Dato' S. Nallakaruppan berkata, rakyat sewajarnya menolak sesiapa sahaja yang terbabit dalam perbuatan tidak bermoral seperti itu.

Beliau memberitahu, kegiatan biseksual sememangnya bertentangan dengan nilai-nilai agama dan moral yang dipegang masyarakat di Malaysia.

"Bukan sahaja di Malaysia, negara-negara lain pun tidak akan menerima individu biseksual sebagai pemimpin kerajaan.

"Pada pengetahuan saya, warga Britain dan Amerika Syarikat akan memastikan calon-calon yang bertanding jawatan Perdana Menteri atau Presiden mempunyai latar belakang yang bersih dan bebas daripada skandal moral," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Nallakaruppan, bukan sesuatu yang ganjil jika rakyat Malaysia melakukan perkara serupa untuk menilai keperibadian seseorang pemimpin.

Beliau tidak dapat membayangkan apa akan terjadi kepada negara ini sekiranya rakyat memilih pemimpin yang salah.

"Saya berharap situasi itu tidak akan berlaku. Masih ramai lagi pemimpin yang bersih dari segi moral di negara ini yang boleh kita pilih,'' ujarnya.

Kata Nallakaruppan, rakyat hendaklah memanfaatkan kuasa mereka sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan sebaik-baiknya bagi mengelakkan mana-mana pemimpin yang terbabit dalam aktiviti biseksual dilantik sebagai Perdana Menteri.

Beliau turut menyarankan mana-mana pemimpin yang dikaitkan dengan gejala biseksual berundur daripada arena politik seperti yang pernah dilakukan pemimpin-pemimpin politik negara lain.

Utusan Online

8 comments:

sambal petai said...

sudah2lah anwar.bekas kawan rapat pun dah suruh berundur serta bertaubat.kami rakyat malaysia dah tahu serta rasa malu dgn perangai anda.dari tahun 1992-2013 masih tak berubah.kerana andalah menjadikan negara ini penuh dgn gay.masa tahun 80an tak banyak melayu gay hanya pondan yg bersepah.tapi sekarang banyak gay dari pondan aku tengok serta pelacur kat bukit bintangtu penuh dari luar datang cari makan.dah macam bangkok aje aku tengok.dadah jgn cakaplah.ada yg diproses kat dlm dan luar negara utk diberikan pada anak melayu.bila dah jadi penagih tak mahu kerja lakukan jenayah.anwarlah punca segala2nya serta harus bertanggungjawab keatas apa yg berlaku didalam negara kita....bertaubatlah sebelum terlambat...

Anonymous said...

DSAI tidak akan berundur selagi malaikat maut datang menjemput.

Anonymous said...

U ulang...i saman!!!Berani ker?Bacuuuuuuulll!!!

Anonymous said...

HAI KENAPA ASIYK ANWAR JA, MANA PEMIMPIN LAIN?
APA APA YANG BERLAKU SEMUANYA ANWAR?
BETUL KA? KALAU NAK TANYA POK NIK?
DIA TAHU BELAKA.
KALAU TENGOK DALAM KETAYAP DIA BYK ISU ISU NEGATIF DIA SIMPAN.
TANYA MAT SABUN?

Anonymous said...

Tapi pas tak kisah pun..soal LGT ke Boleh KIV Dulu..janji dpt putrajaya..

sinar mentari said...

pada sesiapa yg telah terlajak dgn maksiat tanpa kondom bolehlah buat ujian darah dikhutiri akan dapat penyakit kelamin serta hiv.kalau tak silap saya hospitalnya disebelah bulatan jalan pahang.setelah mendapat keputusan yg cemerlang barulah kita akan menjadi sihat dan yakin pada diri kita.jika ada yg tersangkut cepat2lah berubat doktor. Tranformasi Berjaya Rakyat Sejahtera Aman Sentosa.

Anonymous said...

kenapa raja saman tu tarik balik saman keatas nala ni... kata anugerah tuhan tapi takut nak berhadapan dengan kebenaran.. Kalau sekadar bercakap berapi atas pentas sapa pun boleh cakap, itu fitnah, ini konspirasi.. Cuba lawan betul2 dalam mahkamah kalau boleh sebelum pru13.. Anak jantan lah sikit, jangan jantan dalam bilik je..

Anonymous said...

Tidak ada yg di-hairankan, gelaran sheikh anwar aljuburi sudah lamaaaaaa di-bagi oleh Mat Sabu, jadinya gelaran yg di-bagi oleh Mat Sabu itu semakin terserlah kebenarannya, tahniah untk Mat Sabu kerana awal2 lagi memberi peringatan kpd umat yg belum tahu tentang perilaku anwar.