Friday, March 15, 2013

Nik Ajeees Sahkan PI Bala Mati Syahid.....

Atty. Harry Roque Jr, seorang wartawan dari Manila Standard Today, mendesak Datuk Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia agar menghentikan konflik bersenjata di Sulu dengan segera atau beliau akan dilihat sebagai setaraf dengan penyembelih orang Islam di Bosnia, iaitu Slobodan Milosevic atau pembunuh rakyat sendiri dengan senjata kimia, iaitu Saddam Hussein. 

Wartawan tersebut juga secara biadapnya menuduh Malaysia tidak mengendahkan hak asasi manusia dalam melindungi hak untuk hidup bagi rakyat Filipina di Sabah serta hak untuk dibicarakan sebelum dijatuhkan hukuman mati.

Seterusnya, beliau mengugut supaya Malaysia berfikir dua kali sebelum melakukan jenayah di bawah Akta Antarabangsa. 

Tulisan Roque ini adalah berdasarkan dakwaan kononnya berlaku serbuan dan pembunuhan rakyat Filipina secara kejam dan tidak mengikut undang-undang dalam usaha membanteras pengganas Sulu di Lahad Datu. 

Harry Roque nampaknya tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai Datuk Seri Najib, Slobodan Milosevic mahupun Saddam Hussein kerana ketiga-tiga mereka ternyata berbeza dari segi karektor, latarbelakang mahupun sejarah negara masing-masing. 

Roque juga nampaknya tidak segan silu memberi pandangan malah ‘mengugut’ Perdana Menteri Malaysia hanya dengan berdasarkan laporan media lain yang turut memetik ‘cerita’ dari mereka yang mendakwa sebagai mangsa tanpa terlebih dahulu menyelidik kesahihannya. 

Slobodan Milosevic telah tercatat dalam sejarah dunia sebagai manusia kejam yang melakukan pembersihan etnik ke atas umat Islam di Bosnia....

Beliau telah pun didakwa dan dihukum sebagai penjenayah perang sebelum ditemui meninggal dunia di dalam penjara pada tahun 2006 kerana serangan jantung.  

Milosevic lahir dalam era perang dunia keII.  Ibubapanya telah bercerai sejurus selepas perang berakhir.  Bapanya, seorang padri Serbia Ortodoks telah membunuh diri pada tahun 1962 dan ibunya juga menurut jejak langkah yang sama sepuluh tahun kemudian. 

Latarbelakang yang penuh dengan keganasan secara semulajadinya telah menjadikan Milosevic seorang yang kejam. 

Saddam Hussein pula telah dituduh sebagai bertanggungjawab membunuh sehingga 100,000 puak pemberontak Kurdish dengan menggunakan senjata kimia.

Tuduhan ini tidak dapat dibuktikan dengan jelas sehingga ke akhir hayatnya, seperti juga tuduhan beliau membina senjata pemusnah (WMD).  Ramai yang berpendapat bahawa tuduhan tersebut hanyalah rekaan Amerika. Saddam ditangkap dan digantung pada tahun 2006. 

Saddam juga mempunyai latarbelakang yang menyedihkan di mana bapanya meninggalkan keluarganya ketika Saddam masih di dalam kandungan ibunya.  Ketika berusia 13 tahun, Saddam kehilangan abangnya akibat kanser.  Saddam yang masih bayi kemudian dipelihara oleh ibu saudaranya sehingga berusia 3 tahun iaitu sehingga ibunya berkahwin semula.

Dari situ, Saddam mendapat tiga abang tiri dan bapa tiri yang tidak melayannya dengan baik.  Semasa berumur 10 tahun, Saddam tidak sanggup lagi tinggal bersama keluarganya dan melarikan diri ke Baghdad untuk tinggal dengan bapa saudaranya. 

Jelas, apa yang berlaku kepada Saddam sewaktu kecil, telah membentuk jiwa yang keras dan kental malah mungkin juga kejam. 

Milosevic dan Saddam, kedua-duanya menepati ciri-ciri manusia yang berpotensi menjadi kejam kerana mempunyai latarbelakang yang tidak normal.

Manusia yang waras tidak mungkin akan secara semulajadi mempunyai jiwa yang keras atau kejam jika mendapat pendidikan yang baik dan dibesarkan dalam keluarga yang normal. 

Dan kerana itulah Datuk Seri Najib cukup terkenal sebagai seorang yang berjiwa lembut. 

Untuk pengetahuan Roque, Datuk Seri Najib lahir dalam golongan bangsawan, di dalam sebuah keluarga bahagia di mana bapanya Tun Abdul Razak ketika itu merupakan Pegawai tinggi kerajaan.  

Datuk Seri Najib kemudiannya dibesarkan sebagai anak Perdana Menteri Malaysia apabila Tun Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri.

Namun, beliau tidak pernah mempunyai masalah kekurangan perhatian atau tidak cukup kasih sayang seperti Milosevic mahupun Saddam kerana ibu Datuk Seri Najib adalah surirumah sepenuh masa, serta ibu yang penyayang.

Tun Abdul Razak juga tidak pernah mengabaikan keluarga dan sering mencuri masa untuk mendampingi anak-anaknya serta memantau pembelajaran mereka. Beliau tidak memanjakan anaknya dengan kemewahan malah menolak permintaan anak-anaknya untuk membina kolam renang di rumah supaya kehidupan mereka tidak terlalu berbeza dengan orang kebanyakan.   

Datuk Seri Najib dididik dengan penuh kesopanan dan kesusilaan sesuai dengan darah bangsawannya dan kedudukan bapanya sebagai Perdana Menteri. 

Oleh kerana, Najib tidak pernah terdedah kepada keganasan sewaktu kecil, maka beliau mempunyai jiwa yang lembut dan prihatin. Ini terbukti apabila ketika beliau menjadi Menteri Pertahanan dan bertanggungjawab menanganai tragedi Sauk, beliau telah memilih untuk berunding dan memujuk dengan pemberontak sehinggalah mereka menyerah diri.

Pertumpahan darah tidak pernah menjadi pilihan utamanya.... 

Beliau juga merupakan watak penting dalam kebanyakan misi keamanan yang disertai Malaysia, termasuk di Bosnia di mana Milosevic merupakan penjenayahnya.  Beliau  juga turut bertanggungjawab membawa perdamaian di selatan Filipina dan baru-baru ini turut berikrar untuk membantu membawa perdamaian di Palestine. 

Jelas, jiwa dan personaliti Datuk Seri Najib adalah berorientasikan ‘keamanan’ yang mana amat berbeza dengan Saddam dan Milosevic yang merupakan pengganas. 

Justeru, apa yang dibayangkan oleh Roque mengenai Najib sebagai manusia kejam amatlah menggelikan hati.  Perdana Menteri kita ini tidak mungkin mampu walaupun untuk menampar mereka-mereka yang giat memfitnahnya saban hari.  Malah, beliau jarang sekali membalas kutukan mereka, kecuali jika sudah terlalu amat keterlaluan, maka beliau akan memberikan penjealasan sebagai serangan balas kepada kutukan tersebut. 

Tentera dan polis Malaysia juga turut membawa semangat keamanan dan keprihatinan yang sama dengan pemimpin kita, Datuk Seri Najib.  Dunia telah menyaksikan bagaimana pasukan keselamatan dan pertahanan Malaysia adalah antara yang paling aktif menyertai misi-misi keamanan di mana saja.  

Malah, dalam insiden Lahad Datu juga, kelembutan hati pihak Malaysia cukup terserlah dan terbukti apabila kita memberi ruang yang terlebih dari cukup untuk berunding dan menyerah diri. 

Satu-satunya pihak yang ganas dalam insiden Lahad Datu ialah pihak Sulu.  Mengorek mata, menyembelih dan memotong tangan anggota keselamatan Malaysia adalah sesuatu yang teramat asing bagi tentera dan polis Malaysia kerana ‘kekejaman yang keterlaluan’ bukanlah satu sifat yang biasa dimiliki oleh rakyat negara ini, biarpun mereka merupakan penjenayah.

Selain itu, tentera dan polis Malaysia, majoritinya berbangsa Melayu dan bangsa Melayu itu telah tercatat dalam sejarah sebagai bangsa lemah lembut iaitu sifat yang membolehkan negara ini kekal aman walaupun penduduk asal terpaksa berkongsi kekayaan dengan bangsa lain, termasuk pendatang asing. 

Jika orang Melayu begitu ganas, kenapa orang Filipina terhegeh-hegeh sanggup bergadai nyawa ke sini?  Kenapa selama ini mereka selamat, hidup aman, tenang dan tidak pernah diganggu...?

Kenapa hanya hari ini baru kedengaran cerita berkenaan ‘kekejaman’ pihak keselamatan Malaysia terhadap mereka?  Kenapa tidak sejak dahulu lagi? 

Mungkin Roque perlu membuat sedikit kajian sebelum menulis kerana nampaknya beliau masih belum layak untuk mengulas apa-apa mengenai isu dunia. 

13 comments:

anon said...

talak baik ckp itu mcm, blogmaster kuat fitnah ,biar org lain fitnah,jgn ikut mcm depa.

Anonymous said...

That Filipino writer is been feed by Anwar...cant you guy see? ...Its Anwar text

Anonymous said...

bila pulak Nik Aziz ckp mati shahid P.I Bala.....Fitnah dah jadi darah daging UMPORNO...Kalau kata yg kat Lahat Datu mati shahid...apasal mayat itu dimandi dan di smyg kan...kalau shahid tak payah mandi..dan tak payah smyg...Ada paham...ada belajar agama ka....Kalau konsert K.POP...BUKAN MAIN MENGELINTIN LAGI ORG amno...Bila program agama kosong.

Anonymous said...

Kawan saya seorang Filipino yg berhijrah ke Sabah sewaktu kecilnya bersama keluarga iaitu ketika perang di Selatan Filipina di tahun 70'an dulu.
Dia, kakak dan adik perempuannya telah memeluk Islam dan berkahwin dgn orang Semenanjung dan ketiga-tiganya telah menetap di sini. Keluarga yg lain masih ada di Sabah.

Sepanjang saya berkawan dgn dia, tak pernah sekalipun dia bercerita ttg sebarang ketidak-adilan dari segi layanan ke atau apa-apa pun dr pihak keselamatan negara terhadap Filipino. Malah dia dan adik-beradiknya mendapat IC dan dia juga belajar di sekolah kerajaan malah lepas STP, dia masuk maktab perguruan dan jadi guru.

Jadi... dimana 'kekejaman' Malaysia terhadap Filipino?

Sepanjang persahabatan kami juga, saya dan rakan-rakan yg lain TIDAK PERNAH SEKALIPUN menganggap dia sebagai pendatang asing. Malah kami anggap dia sebagai orang Sabah, rakyat Malaysia, sebab migrasi di antara negara Asean ketika berlaku peperangan di negara mereka telah menjadi sebahagian dari kehidupan di rantau ini.

Di Kelantan, ada ramai orang Kemboja (yg lari ketika perang tahun 70'an dulu) dan mereka juga dah jadi sebahagian dari masyarakat kelantan.

Anonymous said...

Wahai anon yg persoal kenapa jenazah anggota keselamatan kita di kafan dan disembahyangkan,

Hang tak baca paper ka? tak tengok TV ka? Dok baca Harakah aje, tu la pasai.

Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan dan fatwakan yg semua arwah tu mati SYAHID AKHIRAT. Jadi masih kena mandikan, kafan dan sembahyangkan.

Yg tak perlu kafan, mandi atau sembahyangkan tu ialah SYAHID DUNIA AKHIRAT.. yakni SYAHID kerana mempertahankan agama Islam.

Syahid ni ada tiga jenis.

Kalau tak tahu, pi belajaq dgn Tok Guru ya.

Saya tahu semua ni sebab beberapa hari sebelum dua Komando kita gugur dimedan perang, rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 tajuknya "Mati" dan penceramahnya ialah Datok Hasan Din Al-Hafiz (orang PR sure tak tengok kan sebab kepunyaan Media Prima yg dituduh sebagai ajen kerajaan... sebab tu dia kata "Bila program agama kosong"....padahal dia yg tak pernah tengok rancangan agama kat TV kerajaan)

Datok Hasan dah explain dengan jelas jenis-jenis Mati Syahid, kelebihan2nya dan situasi bagaimana seseorang tu boleh mendapat mati syahid.

Anonymous said...

lain kali jgn petik berita dr sumber wartawan nyamuk nii...buat pening kepala baca...berita tu bkn ade wibawa pon...

Anonymous said...

lain kali jgn petik berita dr sumber wartawan nyamuk nii...buat pening kepala baca...berita tu bkn ade wibawa pon...

Anonymous said...

benar tu...jgn fitnah cmni bro..sifat kita bkn mcmtu kan...sifat kita mesti ada bukti yg sah lg sohih baru smpaikn pd org....jgn ikot puak jahanam tu..depa bukak mmulut je fitnah org...kita bkn camtu kan..kita harus berwibawa baru org hormat kita...dgr ckp kita..

Anonymous said...

umn0 raya katak la.....

Anonymous said...

kenapa DS NAJIB pula yang kena menghentikan konflik bersenjata disulu.DS NAJIB inikan PM M'SIA.bukan PM filipino.sepatutnya kerajaan filipino yang bertindak bagitu.sulu adalah dalam negara filipino.wartawan dari manila ni bodoh ke gila?.

Anonymous said...

Kau belajar agama tak habis

Anonymous said...

Good one!

Anonymous said...

Agreed