Thursday, March 7, 2013

Permaisuri Dayang Nurhijrah Kiram Ceritakan Salasiah Keluarga Sultan Sulu Yang ORI...

DYMM Tuanku Sultan Mudarasulail Alasatam Kiram telah di puterakan pada 8hb Ogos 1966 di Tanjung Siasi, Sulu.
 

Pada 1976, ketika masih berusia 10 tahun, Tuanku diserahkan pada Ketua Kampung Pulau Denawan Papar,Sabah iaitu Attahi Panggayan. Semasa tinggal dengan Attahi, Tuanku diberi pendidikan tidak formal kerana tidak mempunyai dokumen yang sah.

Menyedari pihak musuh mula menghidu, Tuanku diserah kepada keluarga angkat bernama Datu Abd Naim Datu Kassan@Hashim. Ibarat ayah dengan anak, begitulah hubungannya dengan Naim, erat sekali.

Naim merupakan seorang imam di kampung Tanjung Kapur, telah berusaha mendapatkan Sijil perakuan bagi membolehkan Tuanku mendapat kerakyatan Malaysia dengan membuat pendaftaran di Pejabat Pendaftaran Kota Kinabalu, Sabah

Mulai hari itu Tuanku mendapat surat beranak dan didaftarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kinarut sehingga 1982 dan menduduki Sijil Rendah Pelajaran - SRP (Kini penilaian Menengah Rendah- PMR).

Dua tahun kemudian, beliau diserahkan kepada keluarga angkat baru, iaitu guru yang mengajar di SMK Putatan, Hamdin Osman dan Zainab Ibrahim. Sepanjang hidupnya, Tuanku tinggal dengan lima keluarga angkat.

Kehidupan Tuanku yang berpindah-randah berakhir di Melaka setelah mendirikan rumah tangga dengan Norasikin Sawal pada 1985. Beberapa bulan kemudian Tuanku melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah ICS di England dan di Singapura.

Tuanku juga adalah Penaung kepada Persatuan Kebudayaan Kesultanan Sulu, Sabah. Tujuan persatuan itu untuk memperkenalkan budaya Sulu kepada seluruh dunia.
 

Untuk menyedarkan bangsa Sulu mengenai perkembangan semasa, Tuanku menubuhkan akhbar berbahasa Inggeris - The News Sulu Times dan Suara Tausug mengunakan bahasa Sulu.
 

17 comments:

Anonymous said...

entahlah , terlalu ramai yang mengaku sebagai sultan sulu yang sah, jika ada seribu anak lelaki keturunan kiram, maka ada seribu jugaklah yang mengaku sebagai sultan yang sah,

haram kiram? ooo..dia ketua pengganas!

kamalut said...

Kiram 3 suku tu pengganas yang bebal dan bodoh. Tua kutuk

Anonymous said...

macam main pondok-pondok la

Anonymous said...

Sebenarnya Kesultanan Sulu sudah tiada. Taraf Kesultanan Sulu adalah sama seperti Kesultanan Melaka yg sudah tidak ujud lagi.

Yang ada cuma waris-waris yang mengangkat diri mereka sebagai sultan. Bagaimana mereka boleh mengaku sultan kalau tiada negeri atau wilayah yang mereka boleh perintah ?

Sama seperti mamat dalam artikel ini, dia cuma salah seorang dari lebih 20 orang yang mengaku Sultan Sulu. Kalau tak percaya cuba google ... ada macam-macam website Sultan Sulu.

Anonymous said...

kalau Google..menurut Lim Kit Siang, lagu satu Sultan ..Sabah milik cina..Kenabatangan =Cina main batang
KenaBalu= Cina makan baulu

Anonymous said...

Ada satu lagi Kawasan Cina di Sabah..

CinaKanninnabu!!!

Anonymous said...

aku rasa mister anu ar pon anak beranak kiram jugak kot

kluangman said...

Hisap bah...

Anonymous said...

TERKINI!

Anwar Ibrahim Menang Kes Saman Nallakaruppan!

Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Nallakaruppan a/l Solaimalai berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini.

Pada 26 Mac lalu, Anwar Ibrahim telah memfailkan saman RM100 juta terhadap bekas pembantunya yang juga Presiden Parti Kebangsaan India Malaysia (MUIP), S Nallakaruppan dan akhbar Utusan Meloya.

Saman tersebut dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta oleh ahli parlimen Subang yang juga peguam Anwar, Sivarasa Rasiah.

Saman itu difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui syarikat guaman Tetuan Daim & Gamany.

Selain menamakan Nallakaruppan sebagai defendan pertama, Anwar juga menamakan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd sebagai defendan kedua dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Meloya Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan ketiga.

Dalam saman pemulanya, beliau mendakwa perkataaan-perkataan fitnah seperti yang dinyatakan di dalam laporan itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat untuk memburukkan dan mencemarkan reputasinya sebagai ketua pembangkang serta sebagai seorang ahli politik.

Anwar menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Beliau memohon satu injunksi bagi menghalang semua defendan dan ejen mereka daripada terus menyatakan atau menerbitkan perkataan-perkataan berunsurkan fitnah.

Selepas tempoh 48 jam yang diberikan untuk menari balik artikel yang diterbitkan oleh akhbar itu pada 20 Mac tamat, Anwar mengarahkan para peguamnya supaya meneruskan saman terhadap kedua-dua defendan.



Nallakaruppan dalam kenyataannya mencabar Anwar supaya mengheretnya ke mahkamah kununnya untuk membuktikan bahawa Anwar seorang pengamal biseksual (dua jenis) dan disiarkan di Utusan pada keesokannya.

Utusan pula yang berdepan dengan pelbagai tuntutan saman tidak dapat memberikan ulasan setelah dimaklumkan sebentar tadi.

Nallakaruppan mendakwa pernah melihat Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur tetapi tidak dapat memberikan bukti kukuh serta hanya berdasarkan keterangan mulut dan percakapan yang dibuat oleh seorang lagi bekas pembantu Anwar, Ezam Mohd Noor dan Ummi Hafilda.

Ini sekaligus mematikan fitnah ahli parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim yang menuduh Anwar tidak akan berani menyaman Nalla kerana takut rahsia terbongkar.

Anonymous said...

Betul ke dia ni?napa takda org sulu lantik dia?kan sultan yg btl dah dilantik.pening betullah sulu ni.kalau betul dia sultan g lah blk sulu dan perintah negara awak.

Anonymous said...

Kalau dia betul sultan tunjuk bukti kat sulu.ambik balik takhta.ni sibuk2 kat sabah buat apa.than baru boleh mengaku sultan.ni sampairakyat malaysia mati apa cite!!!!!

Anonymous said...

Korang tak tahu ke ada sultan sulu yang baru.. Sultan anwarlol kiram ibni sultan tiramitsu 4.. Haha.

Anonymous said...

Bukan ke nama awak pejjal.pernah jd anggota polis di melaka.mmglh pindah randah.g sulu dulu baru nk lanttik diri bro

Anonymous said...

dulu marcos hantar orang sulu suruh serang kita. mereka enggan dan dibunuh beramai2 dalam peristiwa Jabidah. peliknya kali ini mereka bermati-matian nak serang kita sedangkan lebih elok mereka majukan sulu dan palawan yang sediakala miskin dan mundur tu. raja-raja sulu pun miskin, macam juga keturunan sultan husien di singapura atau keturunan raja2 di indonesia. Kat malaysia pun bukan semua ktrunan raja kaya-raya, setengahnya naik keta mewah tapi jadi drebar tokeh cina je. cepat2 lah kita selesaikan kes sulu nie, kalau betul mayat polis kita diperlakukan dengan kejam, eloklah dihabiskan semua gangster penyamun sulu nie cepat2. buat semua bangsa melayu ingatlah apa pun keturunan kita, darah kita tetap merah, raja adalah simbol perpaduan dan kesetiaan selagi mereka adil dan bijaksana. Tapi kalau raja-raja kita pun lalai, bukan sahaja anak cucu raja tapi seluruh anak cucu bangsa melayu akan diaibkan sebagaimana bangsa melayu sulu yang bukan saja raja mereka miskin tapi anak cucu mereka juga miskin dan berjuang tanpa haluab

Anonymous said...

Yg dok kecoh sgt tu kenapa?kita jaga sultan kita udah le.ni nak tggu siapa bakal tuntut melaka.

Anonymous said...

Walpn hilang dimkn zaman...tp sejarah ttp selama lamanya...biarlh sejarah mncritakn segala pada generasi masa akn dtg

Anonymous said...

Thtz true bro