Saturday, March 23, 2013

Sudah Sudahlah Tu Ghani Othman....!

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman disaran memberi laluan kepada calon muka baru khususnya bagi memegang kerusi nombor satu di negeri ini.

Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Kulai, Datuk Adam Hamid menyuarakan pandangan tersebut memandangkan Abdul Ghani telah menerajui Johor selama empat penggal yang disifatkan tempoh yang agak lama.

Beliau juga menyarankan dasar baru diguna pakai khusus bagi pemerintah di negeri ini dengan mengehadkan tempoh dua penggal berkhidmat.

 “Saya mengharapkan agar Datuk Seri Najib dapat bertanyakan pendapat pemimpin daripada Johor satu persatu tentang perkara ini. Saya yakin dengan mengemukakan menteri besar baru, kerja pilihan raya lebih mudah dan sokongan rakyat jelata akan bertambah.

“Pengalaman Terengganu dahulu, di mana BN kecundang harus menjadi pengajaran dan ini mungkin tidak berlaku di Johor, akan tetapi ia mengurangkan undi dan beberapa kawasan pilihanraya yang tidak mantap boleh mudah jatuh ke tangan pembangkang,” katanya pada sidang media khas, di sini, semalam.

Katanya, calon baru perlu dipilih seorang yang berwibawa, segar, berkebolehan mempunyai hemah yang baik dapat dipilih sekaligus memenuhi aspirasi pengundi muda.

 Jelasnya, daripada 1,579,877 pengundi di negeri ini, lebih 50 peratus daripadanya adalah pengundi berusia 40 tahun ke bawah.

“Di Johor pengundi berusia 40 tahun ke bawah melebihi separuh di mana kita harus selami aspirasi mereka, cara berhubung dan harapan mereka.

“Kita mesti relevan dengan perubahan semasa dalam soal cara mentadbir serta kemampuan kewangan negeri yang sesungguhnya satu elemen penting dan juga keberkesanan pengurusan.

“Saya tidak ada kepentingan dalam hal ini, saya telah menyatakan pendirian tidak mahu bertanding, saya lihat kepentingan Johor secara keseluruhan di mana sasaran Najib iaitu menang 100 peratus di negeri ini mesti ditunaikan,” katanya.

Beliau juga menyarankan pemimpin lama seharusnya mempunyai jiwa besar untuk mengundurkan diri sekaligus memberi sokongan kepada calon terpilih.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan mengakui peremajaan dalam UMNO perlu dilakukan bagi menghadapi bukan sahaja PRU13, malah pada masa akan datang.

“Jawatan Menteri Besar merupakan orang kuat kepada perdana menteri di peringkat negeri dan sebarang keputusan mengenai calon yang sesuai bagi posisi terbabit diserahkan sepenuhnya kepada Najib menentukan.


13 comments:

Anonymous said...

Salam sejahtera...aku anak Johor setuju Ghani Othman cukup2 sudah ..kasi chan pada orang lain..yang lebeh muda dan yang lebeh pandai

apa ni.. said...

Pegang pegang sape tu...

Anonymous said...

SETUJU SETUJU SETUJU

Issshhhhhhhhhhhhhhhh...aku lapar nak makan KFC lah pulak ni.

Anonymous said...

Tapi saya masih sokong orang macam Shahrir Samad untuk dipilih sebagai calon pada PRU 13 nanti walaupun umur dah lanjut.

Anonymous said...


Our updates Recent articles:

Anonymous said...

Waduuuhhhh ghaniiiii....ghani.....
Bertaubatlah.

Bapak dah banyak kali pesan. Takyah tanding dah. Mata pun dah x nampak tu sampai kena pegang minah tu pulak nak berjalan.

Anonymous said...

tah nya.. aku pun samalah... aku sayang umno.. tapi x nak ghani... tak puas hati... kfc dah guna ayam pangkong...

Anonymous said...

Itulah pasal. Aku pun taknak ghani tu. Aku nak pindah ke bulan lah pulak rasanya.

JCorp pegang berapa persen saham KFC haaa??? Ambik mana ayam pangkong tu??? halal tak??????

Anonymous said...

betul ghani dah tak ada adrenalin lagi.

Anonymous said...

Negeri Johor MB patut ditukar dengan orang baru.
Negeri Sarawak KM juga patut ditukar dengan orang baru.
Mereka ini sudah tidak releven lagi untuk genarasi baru.
Mereka patut berehat atau direhatkan dirumah saja.
Sejarah kejatuhan BN Terengganu akan berulang jika mereka ini bertanding lagi. PR tidak kuat tetapi sabotaj dari dalam akan berlaku seperti di Terengganu.
Sama-sama kita nantikan PRU 13.

Anonymous said...

BETULLLLL.........JOM RERAMAI KITA BERHIJRAH KE PLANET BULAN MENGAMBANG !!!!!

Anonymous said...

Ghani langsong tak pernah melawat orang kampung khususnya di daerah Pontian....memang lemau die sebagai MB selama 4 penggal!! Ehhh....main pegang2 pulak dahhh!!!

Anonymous said...

kelebihan yg ada dalam blog pro bn, walaupun yg tak betul tu org bn tapi tetap dinyatakan kebenaran. Tolong cuci tetap tidak. Tak macam blog macai pr, asyik jilat je walaupun tak betul. Dan bila org bn dok kutuk org bn depa pun mengaku org bn dan kutuk sama2.. Hehehehe.. Ghani memang patut berundur sebelum byk masalah.