Sunday, March 17, 2013

UPDATES Lahad Datu - Ada 8 Foto Anwar Dan Tein Chua Bersama Nur Misuari.....

Sejak dari mula berlakunya peristiwa pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sehinggalah ke saat ini di mana proses pembersihan giat dijalankan untuk menghapuskan saki baki pengganas Sulu, perkataan sandiwara tidak pernah lekang dari mulut para pemimpin dan penyokong PR.

Samada melalui tulisan atau ucapan, mereka cuba mencipta persepsi umum konon segala yang terjadi di Sabah tika ini hanyalah satu sandiwara politik. 

Bila ia gagal mencapai matlamat yang diingini, sebaliknya mengundang pula amarah rakyat mulalah mereka bersilat lidah mencipta seribu satu alasan.

Itu kehebatan PR, bijak dalam bab memperlekehkan orang lain dan amat pantas dalam hal mempolitikkan isu demi mencapai matlamat politik kepartian mereka. Di masa yang sama cukup berpengalaman dalam mencipta pelbagai alasan untuk membebaskan diri dari bebanan kesalahan.

Jika diimbas sejarah lama sejak hampir 15 tahun lalu, perihal sandiwara politik sebetulnya amat sinonim dengan Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang yang diketuainya.

Modus operandinya sama sahaja seperti Lahad Datu yakni mencetus kesangsian umum terhadap Kerajaan BN kemudian meraih laba politik untuk kepentingan sendiri.

Dulu gerombolan pembangkang yang sama jugalah yang menghebohkan kononnya Kerajaan BN telah berkonspirasi untuk membunuh Anwar dengan menyuntik darah HIV+ ke dalam tubuhnya sehingga menimbulkan kemarahan ramai penyokong reformasi pro Anwar. Kalut ribut satu negara dibuatnya....!

Bila sandiwara suntikan darah HIV+ reda dan gagal menyebabkan kejatuhan Kerajaan BN, maka pembangkang menyebarkan pula kisah Anwar diracuni dengan arsenik.

Sekali lagi negara dilanda keributan, tambah kalut jadinya bila kuncu-kuncu Anwar menyebarkan cerita sedih kononnya hayat Anwar hanya berbaki setahun sahaja.

Sekali lagi ujian darah dilakukan dan sekali lagi juga terbukti tiada racun arsenik yang mengalir dalam darah Anwar, tapi seperti biasa pembangkang tanpa rasa malu tetap menyebarkan propaganda yang nyawa Anwar dalam bahaya.

Sepanjang proses perbicaraan kes meliwat Azizan, bekas pemandu isterinya, Anwar meneruskan pula sandiwara baru datang ke mahkamah dengan lehernya memakai pendakap leher dan berkerusi roda bagi mencipta gambaran dirinya dizalimi sehingga mengalami kecederaan pada tengkuk dan patah tulang belakangnya.

Ada yang percaya dan yakin dengan kebenaran sandiwara itu sekalipun terbukti semasa dalam penjara Anwar sebenarnya sihat walafiat boleh ke sana ke mari tanpa pendakap leher dan tidak perlu berkerusi roda, hatta boleh pula bermain sepak takraw dan ping-pong.

Bagi yang waras akal dan celik mindanya tentu tertanya, andai benar Anwar pernah disuntik dengan darah HIV+, diracuni dengan arsenik manakala leher dan tulang belakang patah akibat dizalimi, habis siapa pula gerangannya si Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang tika ini yang saban hari aktif meracau berceramah keliling negara tanpa henti...?

Hantu raya belaan Anwarkah....? Tentu sekali tidak, kerana memang itulah Anwar Bin Ibrahim yang dulunya sibuk bersandiwara mendakwa diri di racuni arsenik dan disuntik darah HIV+ serta patah tengkuk dan belakangnya. Sihat dan terus aktif sekalipun perangainya makin hari dah nak sama dan hampir serupa dengan perangai hantu raya.

iYA..., Anwar ini jugalah yang sibuk mendakwa dirinya dalam bahaya bila mana kereta yang dinaiki Wan Azizah tiba-tiba mengalami kerosakan dan tersadai selama sebulan di bengkel kereta, alang-alang kereta dah rosak maka dikatakannya kerosakan itu akibat konspirasi orang lain untuk membunuhnya.

Gagal menarik perhatian ramai dengan cerita sandiwara kereta rosak, alih-alih bila timbul isu dia meliwat pembantu peribadinya sendiri yang bernama Saiful Bukhari, tak semena-mena Anwar melompat lari bersembunyi di Kedutaan Turki atas alasan ada cubaan untuk membunuhnya.

Anwar yang lantik Saiful jadi pembancuh kopi kemudian di bawanya Saiful ke hulu hilir baik di dalam dan luar negara, Anwar yang memandai toron Saiful, akhirnya Anwar jugalah yang mendakwa ada konspirasi nak membunuhnya selepas Saiful membuat laporan polis dakwa diliwat.

Bijak tak bijak sandiwara Anwar, apa sahaja yang dicipta olehnya, orang lain yang kena tanggung getah nangkanya. Dia yang bijak mencipta sandiwara orang lain pula yang dituduh sedang bersandiwara dan berkonspirasi terhadapnya. Hebat bukan...?

Sebab itu bila tiba-tiba sahaja terpancul perkataan sandiwara atau konspirasi politik dari mulut Anwar atau juak-juak balacinya, sejarah lama jangan kita lupakan. Perkataan itu cukup sinonim dengan Anwar dan amat mahir dijayakan oleh juak balacinya dalam usaha mereka untuk meraih kepentingan politik.

Apa yang berlaku di Lahad Datu semuanya menjurus Anwar Ibrahim, sebab itu juaknya yang bernama Tian Chua paling awal terloncat macam beruk cuba mencetuskan persepsi dengan segera menuduh pencerobohan di Sabah itu adalah sandiwara dan konspirasi politik Kerajaan Pusat.

Satu jari tuju pada orang lain, empat jari tuju pada dirinya sendiri. Itulah kebiasaan Anwar, Bapa Sandiwara Malaysia....!!

No comments: