Wednesday, March 13, 2013

UPDATES Lahad Datu - Al Fatihah Buat Prebet Ahmad Hurairah Ismail

Seorang lagi anggota keselamatan kita gugur di medan peperangan mempertahankan tanahair...

Prebet Ahmad Hurairah Ismail terbunuh dalam satu serangan hendap oleh juak juak lanun pengganas Sulu Kiram semalam di Sungai Nyamuk Tanjung Batu lokasi salah satu kawasan pencerobohan di Lahad Datu.

Sejak semalam banyak laman sosial blog, facebook menyiarkan gambar Allahyarham Hurairah dalam keadaan yang mengerikan..., namun Blog MIK tidak tergamak dan sayu hati, berkeputusan tidak mahu menyiarkan demi menjaga perasaan ahli keluarga allahyarham yang tersayang.

Bersama samalah kita memanjatkan doakan kehadrat Allah swt agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama sama para Syuhadah.... AMIN

No comments: