Monday, March 4, 2013

UPDATES Lahad Datu - Anwar Akui Untuk Menang Putrajaya, Negeri Sabah Mesti Jadi Huru Hara

Insiden pencerobohan oleh kira-kira 180 pemberontak Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu yang sehingga kini telah mengorbankan dua anggota keselamatan merupakan titik hitam di dalam sejarah Sabah.

Kumpulan penceroboh yang turut terdiri daripada 30 lelaki bersenjata menceroboh Sabah pada 9 Februari lalu dan enggan beredar.

Walaupun tiga tempoh masa telah berlalu, kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu dan menjadi pengikut Sultan Sulu Jamalul Kiram III terus degil sehingga memaksa pihak keselamatan bertindak.

Selain dua anggota komando polis terbunuh, dan tiga cedera, 10 pengikut Sultan Sulu itu juga mati ditembak.

Malangnya dalam keadaan kerajaan Malaysia bertungkus lumus untuk mengelak pertempuran berdarah daripada berlaku serta menyelesaikan kemelut ini secara aman dan diplomatik, pembangkang pula cuba menangguk di air keruh.

Naib Presiden PKR, Tian Chua menuduh UMNO menjadi dalang di dalam insiden tersebut kononnya untuk mengalih pandangan rakyat daripada masalah pendatang asing di Sabah.

Malah Tian Chua semakin celupar mulutnya apabila cubamengaitkan insiden Lahad Datu dengan insiden berdarah kumpulan Al Maunah di Bukit Jenalek, Sauk pada tahun 2000 yang didakwanya didalangi UMNO.

Apabila mereka tidak mampu untuk menjawab dakwaan agensi berita asing bahawa pihak pembangkanglah yang menjadi dalang kepada pencerobohan itu, PKR dengan cepat-cepat menuding jari kepada UMNO tetapi fakta yang menjelas menunjukkan kepada jalan cerita yang berlainan.

Pertama, portal berita Philippine Daily Inquirer melaporkan pihak perisikan Filipina telah mengenalpasti tiga kumpulan yang mendalangi insiden pencerobohan itu yang mana salah satunya adalah pihak pembangkang dari Malaysia.

Portal itu turut melaporkan bahawaseorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang intim dengan Anwar telah mengadakan pertemuan dengan kumpulan penceroboh bersenjata terbabit di Sabah.

Portal itu juga memetik sumber risikan kerajaan Filipina yang mengatakan pertemuan berkenaan telah diadakan pada November 2012.

Ekoran daripada perbincangan sulit itu Sultan Sulu Jamalul Kiram III telah mengarahkan pengikutnya menceroboh Kampung Tanduo.

Siapakah yang telah mewakili pihak pembangkang dan isu apakah yang telah dibincangkan dengan Sultan Sulu hingga menyebabkan kumpulan bersenjata bertindak menceroboh Sabah?

Agensi perisikan Filipina memberi jawapan dengan mengatakan bekas Naib Presiden PKR, Dr Jeffrey Kitingan adalah pemimpin pembangkang yang terlibat dalam pertemuan sulit itu  Sultan Muidzullail T. Kiram, salah seorang pemerintah Kesultanan Sulu.

Sekitar masa yang sama satu pertemuan lain telah diadakandengan Tian Chua diutus oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk mengadakan perbincangan dengan Nur Misuari, bekas pemimpin MNLF.

Kemungkinan besar kedua-dua perbincangan sulit itulah yang dirujuk oleh laporan portal Philippine Daily Enquirer yang menyatakan pihak pembangkang dari Malaysia memain peranan untuk mengapi-apikan kesultanan Sulu supaya menggunakan kekerasan berhubung isu tuntutannya ke atas Sabah.

Laporan agensi berita Reuters pada 14 Februari lalu memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina yang mengatakan kehadiran kumpulan penceroboh itu di Lahad Datu adalah atas jemputan pihak pembangkang untuk berbincang mengenai isu tanah.

Dua hari selepas itu, akhbar Manila Times pula mendakwa Anwar sememangnya terbabit sebagai dalang dalam insiden tersebut apabila beliau dikatakan mencadang kepada Sultan Sulu bahawa Sabah akan diberi status autonomi sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke 13 kelak.

Tidak ada pilihan lain, Anwar terpaksa menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.

Seperti biasa konco ketatnya, Azmin Ali dengan segera mempertahankan kewibawaan bosnya tetapi alasan yahng diberi amat dangkal sekali.

Amat kelakar sekali dakwaan Azmin yang mengatakan UMNO telah mengguna media Barat untuk memburuk-burukkan pembangkang kerana bukankah selama ini media asing yang memberi gelaran 'darling of the West' kepada Anwar.

Bukankah Anwar dan pembangkang yang sentiasa bercakap kepada media asing di luar negara memburuk-buruk serta memfitnah Perdana Menteri dan kerajaan dengan bermacam-macam tuduhan.

Bukankah juga Anwar sering mendapat jemputan media asing untuk ditemuranah dan ditonjolkan di kaca televisyen negara luar serta mengambil peluang itu untuk menunjukkan pembangkang ditindas di Malaysia dan kerajaan adalah zalim dan sebagainya?

Kali ini apabila pihak media asing menjalankan penyelidikan rapi dan mendapati Anwar serta pembangkang mendalangi insiden Lahad Datu, mengapa pula melenting dan meracau seperti orang gila?

Hakikatnya semakin hari semakin jelas peranan yang dimainkan oleh Anwar dari belakang tabir untuk memporak-perandakan negara hanya kerana kegilaannya untuk menjadi Perdana Menteri.

Pembangkang sanggup menjadikan Sabah sebagai dadu dalam percaturan politik kotornya demi untuk meraih kuasa.

Anwar kini bermain api yang amat merbahaya kepada keselamatan dan kedaulatan negara tetapi sesiapa yang suka bermain api akan selalu terbakar dirinya sendiri.

10 comments:

Anonymous said...

celaka si peliwat jahanam..!!! kecik2 tak nak mampos, bila besar menyusahkan rakyat....

Anonymous said...

Allah kan dah tunjukkan kepada kita satu persatu akan siapa sebenarnya insan durjana yang bernama DS Annuar Ibrahim. Semua ini berkat solat hajat yang kita pohon. Namun apabila petunjuk ini di kemukakan oleh Allah, masih ramai lagi yang tidak pecaya akan kebenaran yang telah di tunjukkan. Maka renung-renungkanlah.

manuk rock said...

Dajal mmg mcm gtu perangainye..

hassan said...

ehh mana ada anwar terlibat......orang yang terlibat tukote nya tegak.....perut buncit.....anwar kote bengkok.....slim......

Anonymous said...

apa macam kita rancang jahanamkan nuar dengan si cina sial tu. bukan susah, nampak je kita kerjakan tak kira lah dgn kayu ke batu. biar orang tahu ini satu rancangan atau sandiwara. kalau ikut hati hendak aku sumpah sial tu jadi berok biar kerja dia petik kelapa muda je. kat sulu kan banyak pokok kelapa

Anonymous said...

Kan gua dah kata, Allah akan tunjukkan kepada kita satu persatu keburukan DS Annuar Ibrahim. Kini sebagai "Pengkhianat Negara" pula. Semua ini berkat solat hajat juga. Maka renung-renungkanlah.

Anonymous said...

One should apply minimal pressure to lift these concrete grinders and
also hold it in flat motion while working.
Also, keep in mind that the ingredients for the mix should be bought
from a home improvement store to insure quality. Repairing larger cracks or holes in driveways
takes a little more time and preparation.

Anonymous said...

Whether you are searching for specialty styling products or specific Loreal hair products,
you are sure to find what you need. As far as medical treatment is concerned, it's often suggested to consult your doctor before any further proceeding. Generally, these products are more expensive than their watered-down counterparts, but you can find a few affordable pure silicone hair products (see below).

Anonymous said...

This simulator combines the realistic control panels and control experience with the military element.

Even recommended system specs had difficulties coping with the games demands
on first launch when flying over the more substantial town locations.

The End of Military Flight Sim Pro With this program you can take advantage of the military aspects of
the game, landing and takeoff of an airplane taking includes carrier.
If you are running your simulator for commercial purpose
and there are people playing with their own golf clubs, ask them to wipe
their clubs with a wet clean piece cloth. This game allows players to take on a whole
different side of themselves and express their wild side,
or even the business man lurking in each of us.

Anonymous said...

http://paleodietrecipesbook.net/
http://howtoloseweightfastindays.com
http://purelivinghcg.com/
http://getlaid2night.us/male-enhancement
http://getlaid2night.us/penis-pump