Friday, March 8, 2013

UPDATES Lahad Datu - Anwar Cuci Nama Guna Bapak Saiful... Hanya Perlu BAYAR Dan Buat Kenyataan

Keluarga Saiful Bukhari memberitahu bahawa bapanya hilang sejak 3 minggu yang lalu selepas mengalami masalah kewangan dan masalah keluarga.

Bapa Saiful juga dikatakan pernah "mengugut" beberapa pemimpin UMNO untuk mendapatkan wang perbelanjaan dan apabila tidak dihiraukan Azlan Mohd Lazim hilang dan tiba-tiba muncul dipentas parti keadilan Rakyat bersama Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul yang merupakan penyokong tegar Anwar Ibrahim
Tidak hairanlah apabila portal Keadilan Daily hari ini melaporkan Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim seperti berikut:

“Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.

“Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya,” kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi ini.

Rakyat perlu tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan rakyat meminta jika benar itu adalah konspirasi Azlan Mohd Lazim dicabar bersumpah sambil menjunjung Al-Quran sepertimana yang anaknya Saiful Azlan lakukan.

Demi duit apa pun boleh jadi sanggup gadaikan maruah keluarga sendiri.

Masih ingat lagikah bait bait skrip dalam cerita Tiga Abdul apabila Allahyarham Tan Sri P Ramlee memerli Sarimah dalam satu adegan filem itu...? Sarimah datang mengadu  kepada Abdul Wahub memberitahu bahawa kedua-dua abangnya iaitu Wahab dan si Wahib akan dilelong oleh ayahnya Sadek Segaraga...

Maka P Ramlee yang membawa watak Abdul Wahub berkata " Haa.., dah kena lah tu, Penyamun jual si Penyangak...."

Itulah kisahnya dengan Azlan Mohd Lazim yang sedang meraban mencari wang... Masuklah dia kedalam jaring perangkap Anwar...!

Inilah peluang untuk Anwar "mencuci bersih" nama yang beliau yang sudah rosak kerana terbukti menjadi dalang kepada Peristiwa Hitam Lahad Datu yang menyaksikan 8 orang anggota keselamatan maut...!

Hanya perlu bayar.... Dengar cerita upfront payment RM100,00 apabila selesai buat kenyataan akan bayar bakinya RM400,000.

Apakah benar desas desus itu...? Benarkah ada pembayaran sebesar jumlah itu diberikan sebagai upah kepada bapa Saiful untuk proses "mencuci najis" pada nama Anwar...? Moga moga ada yang akan tampil dari pihak agen Anwar memberikan pencerahan....


16 comments:

Anonymous said...

ANUwar Bangsat lupe bhw ada lagi kuasa yg dia langsong xbole tandingi...ALLAH S.W.T...

InsyaAllah...dgn doa rakyat Malaysia yg sayangkan agama ,bangsa dan negara akan tiba hari DAJJAL di tewaskan....

Anonymous said...

Cukup-cukup lah Anwar nak tutup cerita Lahad Datu ni. Dah tak boleh nyanyi karaoke dekat ceramah sekarang tup2 bapa saiful lak buat pengakuan. Rakyat malaysia tak terpedayalah Bro Azlan. Sakit hati kerana pembangkang mempermainkan keselamatan dan maruah rakyat dan negara satu isu yang amat-amat besar tak mungkin terubat la.

Ini trik lama la bro, dari Raja petra ke Bala etc dan sekarang ini pulak. Berapa banyak Anwar bayar ni, almaklumlah bapa Saiful ni banyak hutang dan nak hidup tak berapa hari lagi. So Anwar letak RM5 juta depan mata, apa lagi terkedip-kedip la mata orang tua tu. Tak ada angin dan ribut nak dekat2 pilihanraya ni tiba-tiba lak bersemangat nak jadi penyelamat anwar ek.

Tak gentle la bro, bagi la gempak sikit bawa saiful sendiri dan biar dia yang nyatakan depan "open PC". Ataupun lu cari modal lain lah nak bagi gempak. Bab ni nampak sangat la bapa Saiful ni kemaruk. Kalau tak pun suruh je bapak si saiful ni angkat sumpah masa open PC. Amacam ada brani... hehehehehe. Dengar Khabar Anwar la ni menerima rawatan kerana terberak-berak kena jangkitan kuman "Lahad Datucephilis"...Sesiapa ada maklumat tolong update ek...

Anonymous said...

pengampu umno tegar tetap bodoh dulu kini dan selamanya bodoh

Anonymous said...

pengampu anwar lagi bodoh. yg kena liwat saiful bukan bapak dia. bapak dia ada ke dgen saiful masa anwar liwat dia....anwar nk spin story...kebenaran akan timbul akhirnya.

Anonymous said...

duit punya pasal, maruah tolak tepi, janji dapat duit..yng kena liwat anak dia, siSaiful..kalau berani buat sumpah laknat didalam masjid yang ini adalah konspirasi Umno...ptuiihhh...

mk said...

Makhlok yang paling jijik dalam sejarah negara ini sanggup melakukan apa saja demi mencapai matlamat cita cita politiknya.
Anwar sanggup melacurkan keluarga sendiri demi politik murahan nya.
3 perkara pelik berlaku dalam masa terdekat:
1 - Kepulangan mamat india si Bala
2 - Insiden Lahat Datu
3 - Bapak Saifol "U turn"
Entah apa lagi kejutan yang Anwar akan lakukan dan percayalah Anwar ada lagi kejutan namun anwar jangan lupa bahawa apa sekali pun yang berlaku, Anwar tidak dapat mengubah keputusan DNA yang diketemui didalam karung kunyit Saifol.

tobeng said...

Teknik biasa anuwar,divert issue.Dah tak terkejut dah.Sekali mungkin ramai tertipu tapi kalau dah berpuluh2 kali tinggallah sibodoh dan sitaksub aje yg percaya.

Macamana pun para blogger kena kerja kuat untuk memperjelaskan taktik kotor terbaru anuwar ini.Sedikit sebanyak pasti ada yg termakan dengan sandiwara aljuburi.Saiful dan keluarga harus beri penjelasan apa sebenarmya yg terjadi.

Anonymous said...

bila aku baca kes bapak saiful ni teringat pulak aku kat umi Hafilda.ccuba kita imbas kembali kes umi di mana azwan ali tidak pernah tinggal bila pebicaraan berlangsung sentiasa dengan umi sekarang apa dah jadi.kerana apa azwan buat u-turn.mungkin sama dengan kes bapak saiful -kes duit.bila dah tak ada duit semua boleh jadi. jual maruah keluarga pun mereka sanggup.

Anonymous said...

1 ringgit.... 2 ringgit... 3 ringgit... 4 ringgit!!! Liimmmaaaa ringgit.....

Hebat Bang Non.. tabur duit je, dosa boleh lupus.

Serjan

Anonymous said...

saiful azlan diuji dgn perangai bapanya. Aku doakan dia terus kuat dan kukuh iman. InsyaAllah, akan tinggi dan dipertingkatkan darjat beliau disisi Allah swt.

Anonymous said...

Harini dalam sejarah

1. Bapak Saiful jadi bapak Ayam world class

2. Haron Din kata jangan tanya siapa PM? Mana tau saya jadi PM?

Aku tak tekejut dgn no 1 tp aku tekejut dgn no 2. Kalimah Allah dah sign tak tarik balik, still support PAS. Then bergurau nak jad PM?? Ada hati jugak ke? Adouuuiii...

Anonymous said...

Kan ke kapal sinki telah mengakui ada berlaku 'kemasukkan'

Anonymous said...

najib alduburi makin pening kepala. kebenaran semakin terserlah.

Anonymous said...

Cai-cai UMNO makin kecewa dgn pendedahan bapa sepul ni. Bnyklah alasan dr cai-cai UMNO. Kemampusan UMNO semakin ketara

Anonymous said...

Pencacai Pekatun rakyat yang sebenarnya gelabah. tak yah nak spin issue la bhai.

darah pejuang gugur di lahad datu blum kering lagi dah nak alih fokus rakyat. Agak2 la kalau nak buat cerita katun pun.

Besar macam mana pun perancangan Anwar, Perancangan Allah lagi lah besar.

Anonymous said...

Aku tengok muka Najib Alduburi seribu keresahan . Sumpah najib dah makan diri.