Wednesday, March 6, 2013

UPDATES Lahad Datu - BRAVO Zahid Hamidi...! Action Speaks Louder Than WARNING...

Syabas dan setinggi tinggi tahniah diucapkan kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tidak lupa juga kepada Jen Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Mohd Zin.....

Semenjak bermulanya Ops Daulat sejak semalam, nampaknya rakyat semakin menarik nafas lega dengan mendengar perkhabaran yang baik satu demi satu dari bumi Sabah.

Sebentar tadi pada jam 4.20 petang dalam satu sidang media, Zahid Hamidi memaklumkan kepada wartawan bahawa mayat 13 anasir penceroboh hasil operasi sudah pun ditemui oleh pihak tentera kita.

Kita juga dimaklumkan dengan berita empat lelaki lingkungan usia 20an hingga 50an telah berjaya ditahan. Mereka ini dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lepas.



Kami yang berada disini senantiasa mendoakan kejayaan pasukan keselamatan kita, semoga dilindungi oleh Allah dan jangalah berulang lagi peristiwa meragut nyawa para anggota keselamatan disana...

2 comments:

Anonymous said...

Pemimpin yg terbaik adalah yang melaksanakan tindakan tanpa perlu mengulang berpuluh AMARAN. Syabas Menteri Pertahanan dan PAT.

Anonymous said...

..aljuburi dah bagi amaran tau!.. u ulang i samang.. hehe.. samang je dia tau suruh bersumpah dia terkedu.. munapiq sungguh aljuburi sekoq ni.. taqbir!..