Thursday, March 21, 2013

UPDATES Lahad Datu - MILF Nafi Dakwaan Nur Misuari Kononnya Kerajaan Malaysia Punca Perpecahan Rakyat Moro.

Nur Misuari ,iaitu antara master mind pencerobohan Lahad Datu hari ini telah kantoi berbohong apabilak memburukkan kerajaan Malaysia kerana memecahbelahkan masyarakat Islam Moro di Selatan Filipina.

Sekutu kuat Anwar Ibrahim ini memang mengidamkan Sabah tetapi hari ini MILF mendedahkan siapa Nur Misuari ini .

Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menolak dakwaan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari kononnya Kerajaan Malaysia telah menggunakan MILF bagi memperkukuh tuntutannya ke atas Sabah dan bertanggungjawab mendorong perpecahan di kalangan rakyat Moro.

Ketua Sekretariat MILF, Mohammad Ameen berkata, dakwaan itu adalah satu pembohongan dan palsu semata-mata.

"Misuari melakukan dosa berat kerana membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan cuai terhadap MILF dan kerajaan Malaysia," beliau disebut sebagai berkata oleh Pusat Berita Luwaran.

Serangan lisan terbaru Misuari itu disiarkan oleh Al-Jazeera, YouTube dan beberapa media arus perdana Malaysia di Kuala Lumpur semalam.

Ameen mengingatkan Misuari bahawa Malaysialah yang telah menggesa pembentukan Persidangan Perpaduan Bangsamoro (BSC) pada 2002 demi menyatukan pelbagai puak dalam MNLF dan MILF dan menggalakkan pendirian bersama di kalangan mereka terutama untuk berurusan dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

"Bagaimana pula boleh menggunakan MILF bagi mengukuhkan tuntutannya ke atas Sabah, bila Sabah tidakpun menjadi sebahagian daripada agenda rundingan damai sejak 2001?" kata Ameen.

Ameen turut memberitahu Misuari bahawa Malaysia tidak pernah menawarkan diri untuk mengatur rundingan damai Kerajaan Filipina-MILF (GPH-MILF), tetapi Presiden Gloria Macapagal-Arroyo pada 2001 yang meminta Malaysia bertindak sebagai orang tengah antara dua pihak berkenaan setelah rundingan diadakan semula, selepas Presiden Joseph Estrada melancarkan perang terhadap MILF pada tahun 2000.
Presiden Arroyo, dalam lawatan luar negaranya yang pertama sejak menjadi presiden selepas penggulingan Presiden Estrada, telah berkunjung ke Kuala Lumpur untuk secara rasmi meminta Malaysia mengatur rundingan damai GPH-MILF.

"Malaysia setakat memberi respon ikhlas terhadap permintaan jiran yang baik," jelas beliau.

Ameen juga mempersoal niat Misuari yang begitu beria-ia menyokong tuntutan Sabah sekarang sedangkan beliau tidak pernah menimbulkan isu itu sepanjang 21 tahun rundingan damainya dengan kerajaan Filipina.

Sementara Perjanjian Damai Muktamad Kerajaan Republik Filipina-MNLF (GRP-MNLF) pada 1996 tidak pernah merujuk kepada tuntutan Sabah.

3 comments:

Anonymous said...

Nur misuari rakan seperliwat mat liwat....sebab tu la dia beria-ia menyokong tuntutan Sabah....

Anonymous said...

Apa lagi yg Malaysia tunggu kenapa tak mintak kiram dan anak dia ditangkap dan serah pada kita?
Dulu pun kita bole serahkan misuari kenapa sekarang filipina tak bole?
Dah terang terang rakyat dia terlibat dalam menganjur keganasan di bumi Malaysia
Sebab aquino pun hadapi pilihanraya dan takut kalah?

Anonymous said...

Gambar Jibbon dengan Keram tak mau tunjuk ka?