Saturday, March 16, 2013

UPDATES Lahad Datu - Pengganas Sulu Sebenarnya Rancang Mahu Serang Selepas Parlimen Bubar....!

Hari rancangan Pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo semakin terdedah satu persatu.  

Menurut akhbar Utusan , kumpulan  dipercayai telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

Menurut sumber, penceroboh yang turut didalangi penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses pilihan raya berkenaan bagi menjadikan negara kucar-kacir.

"Namun kita bersyukur kehadiran mereka telah dapat dikesan lebih awal dan usaha menghapuskan mereka telah dilakukan.

"Jika kita tidak dapat mengesannya, mungkin keadaan akan menjadi lebih buruk dan jumlah mereka yang datang semakin bertambah," katanya di sini hari ini.




Tambah sumber itu, kemasukan pengganas berkenaan telah dilakukan secara berperingkat-peringkat bagi mengaburi pihak keselamatan.

Akhirnya persoalannya mengapa sekarang baru pengganas Sulu mahu masuk ke Sabah telah terjawab dan ini berkait rapat dengan PRU 13 .sebaik saja  Najib membubarkan Parlimen .

Kalau ia berkait rapat dengan dengan Parlimen  bubar , adakah ini sandiwara dirancang  kerajaan seperti mana dituduh Tian Chua ?  Kerajaan tak untung pun jika negara berlaku huru-hara dan kucar kacir ketika PRU 13

Yang untung adalah pembangkang supaya boleh meraih sokongan dengan menabur kebencian rakyat kepada rakyat . Jadi , tuduhan media & perisikan Filipina mendakwa pembabitan pihak Pembangkang di Malaysia dalam isu pencerobohan ini terbukti ada asas  .

Dakwaan Wisma Putra semalam ada  pihak ketiga a.k.a Dalang disebalik pencerobohan ini memang saha dan mereka mahu negara ini kucar kacir di waktu menjelang PRU   dengan mengunakan pencerobohan pengganas Sulu  .


2 comments:

Anonymous said...

Siapa yang membuat provokasi sehingga tercetusnya rusuhan ketika era reformasi 98 ?

Siapa yang terlibat sebagai penganjur perhimpunan haram bersih sehingga berlakunya insiden rusuhan?

Siapa yang mencetuskan idea "Arab Spring" ?

Siapa yang kerap menyanyikan lagu "Sabah Nak Hilang" ?

Siapa yang berjumpa dengan Nur Misuari ?

Siapa yang mendapat pembiayaan sumber kewangan yang bernilai jutaan ringgit dari organisasi luar negara ?

Siapa yang paling kerap ke luar negara ?

Semua persoalan di atas, pasti akan merujuk kepada satu nama sahaja. Adalah mustahil bagi najib untuk melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan peluangnya meneruskan mandat untuk 5 tahun lagi.

Anonymous said...

biaq aku jawab..b.a.b.i.(Brother Anuar Bin Ibrahi)Ingat tu tak boleh ulang..You ulang i saman..POOORAHH SIAP WARNING LAGI..MACAM NI NAK JADI PEMIMPIN MALAYSIA??