Wednesday, March 13, 2013

UPDATES Lahad Datu - Satu Lagi Penerima Wang Besaaarrr Dari Anwar

Menyedari masyarakat tidak menerima sebaliknya mengutuk mereka kerana mendakwa pencerobohan pengganas di Sabah sebagai sandiwara, pentas-pentas ceramah pembangkang kini beralih pula memburuk-burukkan pasukan keselamatan negara. Terbaru malam tadi, bekas Timbalan Panglima Tentera Darat,

Datuk Ghafir Abdul Hamid yang kini berceramah di pentas-pentas pembangkang, memperleceh cara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menangani pengganas dari Sulu itu.

Dengan begitu yakin, Ghafir berkata, jika beliau yang mengetuai Ops Daulat, pastinya operasi itu dapat diselesaikan dalam masa sehari.

Beliau juga dengan mudah membuat kesimpulan sendiri bahawa kegagalan risikan awal khususnya oleh ATM telah membuatkan pasukan keselamatan dalam keadaan keadaan terkejut menyelesaikan masalah di sana.

Ketika berucap ketika menjadi anggota panel Forum T anjuran Akademi Pak Sako bertajuk ‘Solidariti Lahad Datu’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di Jalan Maharajalela di sini, beliau berkata:

"Kerajaan juga gagal menafsir Perjanjian Geneva mengenai peperangan sehingga mengakibatkan polis yang terpaksa mengetuai operasi pada peringkat awal. "Sepatutnya dari awal lagi kerajaan mengklasifikasikan pengganas Sulu sebagai aggressor (penyerang) bukan intruder (penceroboh) agar ATM boleh terus ambil tindakan dari awal."

Turut menjadi panel pada forum itu ialah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Editor portal propembangkang, Malaysiakini, Fathi Aris Omar

11 comments:

Anonymous said...

Bagi aku manusia bangsat seperti ini ditarik dari mendapat apa-apa sumbangan kerajaan termasuk pencen. manusia munafik dan pengkhianat.

Anonymous said...

baru2 ini saorang anggota tentera yang berasal dari kelantan telah tekorban disabah.jenazahnya selamat tiba dikelantan.menteri besarnya[nik aziz]ada menunggu ketibaan jenazah anggota tentera ini.persoalannya adakah nik aziz marah dengan TIAN CHUA[pkr]yang mempersenda2kan operasi anggota2 keselamatan NEGARA disabah.sebelum ini beliau[nik aziz]senyap aje.dia tak marah sedikit pun perbuatan tian chua membuat ulasan itu.

Anonymous said...

bengap ke apa dia ni, kalau tentera ambil alih, lanun tu akan jadi tawanan perang, mana boleh nak dakwa diorng kat makamah... chaiiittt...

Anonymous said...

UMNO nak mampus semakin hampir. Makan pasirlah cai-cai nanti. hehehe

Anonymous said...

siapa2 yang menyokong PR bererti mereka sama menyokong perbuatan TIAN CHUA yang mempersenda2kan operasi anggota2 keselamatan negara ini[OPS DAULAT] disabah.

Anonymous said...

sape-sape yang sokong UMNO, berrerti maenyokong perbuatan Najib Alduburi menyontot Altantuya

Anonymous said...

kau ada bukti ka mangkok yg mengatakan najib trlibat dgn altantuya..? Ke jadi mangkok pak turut ja sbb dh dasar penjilat jubo pr...nuar berahi yg sah2 ada bukti toron china dol x pulak kau buka mata dan hati kau..bodoh.

Anonymous said...

Memang elok sangat orang2 spt ini di tarik balik pencen2 nya. Biar Nuar je yang bayar pencen kat mereka. Mungkin mereka dapat lebih dari ape yang kerajaan bagi.

Anonymous said...

Memang elok sangat orang2 spt ini di tarik balik pencen2 nya. Biar Nuar je yang bayar pencen kat mereka. Mungkin mereka dapat lebih dari ape yang kerajaan bagi.

Anonymous said...

Ko ingat malaysia ni bn punya ke???nak tarik pencen orang bila x sekepala dgn bn. Apapun x bleh...

Anonymous said...

Korang ni nk bergaduh sesame sendiri knape?...jgn pkir politik la skg ni...sptutnya sbagai rkyat mlaysia...kita mendaulatkn negara kita..igt susah payah negara kita merdeka dulu...skrg xkb nk biar negara sendiri diceroboh..politik letak tepi.