Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sekali menunjukkan
keprihatinan serta ketulusan hatinya dalam membantu golongan yang
memerlukan apatah lagi ia melibatkan kanak-kanak.
Rosmah yang sememangnya cukup gemar dengan kerja-kerja kebajikan yang
melibatkan golongan kanak-kanak hari ini meluangkan masa beliau untuk
melawat kanak-kanak yang derita dengan penyakit Kanser.
Yang di Pertua BAKTI itu yang tampil ke di Pusat Perubatan Universiti
Malaya petang tadi berasa begitu kagum apabila melihat Ngeo Jia Yee
yang baru berusia 12 tahun terpaksa berjuang untuk meneruskan
kehidupannya.
Apa yang lebih mengkagumkan adalah, Jia Yee yang buta akibat
mengalami Kanser Tulang sejak beberapa tahun lalu mampu bermain piano
dengan baik sekali.
Dalam lawatan tersebut Rosmah sempat berbual mesra selain bertanya
khabar dengan Jia Yee yang begitu teruja menerima kedatangannya.
Menurut ibu Jia Yee, Tan Kim Lan, 36 tahun, anaknya sebelum ini
sememangnya menyimpan niat untuk bertemu dengan mana-mana pemimpin
negara dan tidak disangka Rosmah sudi memenuhi permintaannya.
“Mula-mula saya tak tahu dia ada sakit kanser… sakit Jia Yee mula sejak 3 tahun lepas bila dia ada masalah mata.
“Saya ingat sakit biasa tetapi doktor sahkan dia ada kanser dan kuman kanser itu telah merebak.
“November tahun lalu Jia Yee baru menjalani pembedahan di bahagian pipinya… dia nampak sihat tetapi keadaannya tak stabil.
“Satu hari dia ada cakap… kalau dapat jumpa orang-orang besar mesti
seronok, walaupun Perdana Menteri tak datang tetapi kedatangan Datin
Seri sudah bagi makna yang besar kepada Jia Yee,” katanya kepada
pemberita.
Selain melawat Jia Yee, Rosmah turut mengambil kesempatan melawat
isteri serta anak-anak kepada Mendiang Chan Thai Seng 50 tahun, yang
baru sahaja meninggal dunia akibat menghidapi pesakit Kanser Lymphatic.
Mendiang Thai Seng juga merupakan salah seorang pesakit kanser yang
pernah menyuarakan keinginannya untuk bertemu Perdana Menteri serta
isteri sebelum beliau menarik nafas terakhir.
Walaupun hasrat Thai Seng tidak kesampaian, namun, Rosmah turut
meluangkan masa untuk bertemu dengan isteri serta anak-anak di PPUM.
“Walaupun Thai Seng sudah tiada, dia ada cakap yang dia mahu minta
pemimpin negara tolong bantu anak-anaknya dalam hal ehwal persekolahan,”
katanya isterinya.
Dari pemerhatian PerakToday, kedatangan Rosmah menemui kedua-dua
keluarga sedikit sebanyak telah memberi sinar baru kepada mereka.
Sebagai isteri pemimpin nombor satu negara, Rosmah telah menunjukkan
keprihatinan beliau dalam mendengar keluh kesah pesakit kanser.



24 comments:
wanjijahh bersekongkol dgn suami menipu rakyatt. kalo wanjijah bgitau kepada rakyat msia kelakuan suami dia, satu msia dah selamat.
Sanitary DAP? Bukan MCA ke? Atau Gerakan tak?
thumb up datin!!!
Malang sungguh keluarga Ngeo Jia Yee dgn kehadiran rosmah Mansor yg diketahui umum mempunyai reputasi yang memalukan.
... kenapa ler ramai manusia busuk hati sekarang nie ... agaknye terlebih minum air julap tok guru .... nie agaknya lepas PRU13 lagi kuat carut dia.... lagi gelap hati dia.. lagi bebal otak dia.... nasib ler.. kubur masing-masing... kalau itu yang di pilih.. nak salahkan sapa lagi....
itu lah kejayaan Puak pembangkang mendidik dan mentarbiah umat melayu di negara ini...untung Rosmah...dapat pahala free...melayu yg mengaku moden dan lebih islamik dari yg lain ni letih menghina, mencaci, memfitnah.....pahala satu sen habuk x dapat...dosa bertimbun timbun dapat.....teruskan kerja mu !!!! kepada ALLAH la kita akan kembali.....
Rosmah mansor jgnlah kamu melawat sape-sape yg sakit. Takut pesakit-pesakit akan lebih menderita krn Rosmah mansor bnyk mendatangkan bala.
Baghal.. budak tu yg mintak nak jumpa rosmah
Budak tu happy dpt jumpa Rosmah, kau pulak yg kata malang. Rosmah tu isteri PM sudi ziarah budak tu..ada jugak kebaikan yg dia buat..kau yg asyik kutuk & cari keburukan org tu, dpt pahala ke? Mudah2an Allah bagi kau petunjuk...
yg hina datin seri tu adalah anak2 didik ulama sesat akhir zaman. mengaku islam tapi hanya pada nama...
Besar rambut kak ROS. tanda-tanda penghuni neraka tu
Yang sibuk nak citer rambut kak Ros tu pun ada jugak tanda-tanda penghuni neraka
Kak Ros laki bini , mana tahu dosa & pahala, yg mereka tahu keseronokkan dunia
aku rasa baiklah rosmah ni duduk umah diam2. dia buat baik pun nampak sumbang buat jahat apa tah lagi. aku syorkan dia jgn buat apa2lah menambah mendidih rakyat msia pd dia sekuarga. kalau dia nak rakyat sejuk hati, suruh dia jawab semua persoalan yg tertunggak terutama dari Deepak kapet adik dia tu.
KAK ROS buat rambut besar macam tu, itu antara dia dengan ALLAH.dia [kak ros]sendiri yang tanggong.tak melibatkan dengan orang lain.perempuan2[islam]yang lain kalau nak tutup rambut tutuplah.itu pun kalau mereka nak tutup.kalau tak hendak tutup itu mereka punya pasallah.inilah yang dianggil FARDU AIN[sendiri buat sendiri tanggong].
Mcm ni lah mentaliti pembangksng yg murahan...org bt keja baik pun dia tak senang hati..dah dasar busuk hati mmg tsk boleh bt apa pun dah
Ramai betul yg sibuk pasal rosmah tk pakai tudunh ksn..ramsi betul yg sayangkan diakan.....anwar yg duk bt video prono hari2 tu xde sapa pun kisah kan...nampak sgt semua org syg rosmah kannnn
Nik ajis jual kalimah allah tu xde tanda2 penghuni neraka ke bro?
Yg anwar tak abis2 bt vidoe prono tu tak dosa ke?
Dia tak kisah apa yg org nak cko dia bt semua ni bkn dbb nak nama pun......dia bt sbb dia btl2 ikhlas pada yg tak suka tu tak yah lah layan..g msk dalam kain kak jijah..kot2 blh jumpa jam omega kaki jubur tu kat dlm kain jijah tu
aku tengok dengan kehadiran rosmah ia sedikit sebanyak dapat mengembirakan pesakit2 kanser ini....itu lah sikap rosmah suka membantu golongan2 yg memerlukan bg aku kerja2 kebajikan tidak dapat d pisahkan dengan diri rosmah...
Kalau tengok air muka Kak ros yang tak ada NUR tu & cara hidup Kak Ros , mmg ada ciri-ciri ahli neraka
u memang terbaik datin rosmah, berbeza dengan isteri isteri pemimpin pakatan rakyat yang asyik menumpang suaminya berceramah daripada membantu rakyat. saya lihat dati memang minat pada kerja kerja amal yang melibatkan kanak kanak, teruskan usha murnimu datin !!
Gua caya lah, betul punya pukulan .saya gelak sampai keluar air mata. Respect beb.
Post a Comment