Tuesday, April 30, 2013

Anwar Macam Cacing Kepanasan...! Upah Gangster UGUT Bunuh Minta Nalla Jangan Ceramah Belasah Anwar.....

Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP), Senator Dato' S. Nallakaruppan bimbang keselamatannya terancam ekoran ugutan bunuh yang diterima melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.
 
Beliau yang juga bekas rakan karib Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya, ugutan itu ada kaitan dengan pembabitannya membantu kempen Barisan Nasional (BN) di seluruh negara menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Selepas menghadiri ceramah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya malam kelmarin, ada pihak cuba menghubungi saya sebanyak dua kali tetapi saya tidak jawab.

"Tengah malam tadi, saya menerima SMS daripada nombor telefon yang tidak dikenali mengugut mahu menembak saya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan berhubung ugutan tersebut di Balai Polis Sentul di sini hari ini.

Nallakaruppan tiba di Balai Polis Sentul kira-kira pukul 3 petang bersama peguamnya, Hasnal Rezua Merican.

Beliau menambah, ugutan itu dipercayai ada kaitan dengan strategi kotor pembangkang yang tidak senang berikutan pendedahannya berhubung skandal moral Anwar dalam siri ceramah di seluruh negara.

"Mereka tidak suka saya cakap Anwar seorang biseksual tetapi saya berani cakap Anwar biseksual.

"Dia boleh tipu rakyat Malaysia tetapi dia tidak boleh tipu saya," ujarnya.

Menurut Nallakaruppan, ugutan serupa pernah diterima beliau semasa berkempen untuk BN di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 2008.

Dalam masa sama, beliau turut mencabar Anwar berdebat secara terbuka dengannya bagi menjawab segala dakwaan dalam masa terdekat.

Utusan Online...

5 comments:

Anonymous said...

semua kawan anwar pakat lari.... segala bangsa. yang dok rapat la ni sebab depa nak share kehangatan aura Anwar, kehangatan batang peliaq dia.

Anonymous said...

AnuWow takkan berani berdebat dgn Nalla.. malahan nak menentang wajah pun takut, kecut dan malu sebab semua rahsia sex bebas si bapak gay ni dlm tangan Nalla.. berhati-hati Nalla kerana puak PakatanHaram dah kepanasan dan tau mereka akan tumbang dlm PRU13 nanti. Kini mereka sanggup buat apa saja utk menuju PutraJaya!!

Anonymous said...


nalla KURAP pan..

ala apa nak dilayan... pada politik wang!

isu timbul tenggelam.... tak payah temberang!

pru13,... undi PR!

stopa said...

dgn najip anwar cabar debat tp tarak itu tulur,apa lah sgt si kurap ni,tunjal2 je kepala dia.

Anonymous said...

BN memartabatkan maruah bangsa dan agama ... Jangan terlalu taksub pada parti politik ... tetapi lihat pada perubahan yang mampu dilaksanakan ... sedangkan DAP menolak negara islam ... Hanya Malaysia negara islam yang makmur dan harmoni berbanding negara lain dibawah pimpinan BN ... HIDUP BN