Saturday, April 13, 2013

Contohi Singapura Tolak Biseksual, Homoseksual

Rakyat Malaysia yang majoriti berbangsa Melayu dan beragama Islam perlu mencontohi ketegasan Mahkamah Tinggi Singapura dengan menolak pelaku biseksual pada Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei nanti.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), YB Senator Dato' S. Nallakaruppan berkata, jika Singapura yang majoriti merupakan masyarakat Cina tegas menolak homoseksual, Malaysia selaku negara Islam perlu menunjukkan sikap serupa.

Katanya, jika rakyat silap membuat perhitungan pada 5 Mei nanti dengan memilih pelaku biseksual untuk menjadi pemimpin negara, tidak mustahil Malaysia bakal terjerumus ke dalam kancah masalah sosial kronik seperti di barat.

"Saya selamanya berpegang kepada hakikat bahawa biseksual tidak layak menjadi Perdana Menteri. Kalau saya seorang India berpendirian begitu, seharusnya orang Melayu beragama Islam perlu lebih tegas kerana ini perkara serius.

"Apakah kelak kita mahu melihat apabila pemimpin biseksual menjadi Perdana Menteri, negara ini mengiktiraf kelakuan songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Apa akan jadi kepada masa depan anak cucu kita nanti?

"Selama lebih 30 tahun saya mengenali pemimpin ini dan semasa berkuasa hampir setiap minggu bersamanya termasuk ketika menjalankan aktiviti songsang," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Rabu lalu, Mahkamah Tinggi Singapura menolak satu kes yang difail pasangan gay untuk mencabar Seksyen 377A Akta Kanun Keseksaan yang mengharamkan perlakuan homoseksual, sebagai melanggar Perlembagaan negara tersebut.

Gary Lim Meng Suang, 44, dan Kenneth Chee Mun-Leon, 37, mendakwa diskriminasi orientasi seks menjadikannya melanggar Artikel 12 Perlembagaan yang menyatakan semua orang mempunyai hak sama rata.

Hakim Quentin Loh bagaimanapun berkata, berdasarkan sistem perundangan Singapura, Parlimen akan menentukan sama ada sesuatu norma sosial yang 'masih belum diperakui' perlu ditolak atau dikekalkan.

Dalam pada itu, Nallakaruppan memberitahu, beliau akan turun padang bagi menjelaskan kepada rakyat agar menolak pelaku biseksual kerana untuk menjadi pemimpin jelasnya seseorang itu mesti bersih moral

9 comments:

PAPA GOMO said...

sokong

Anonymous said...

Webportal berita edisi percuma tanpa perlu melanggan

Freemalaysiakini2.com

Anonymous said...

Itu beza org bukan islam yg berakal dgn yg mengaku islam tp dangkal......

Anonymous said...

Anuar perlu ditolak kerana Biseksual, gitu? Disingapura memang telah terbukti dan ada pengakuan mereka2 yg ditolak adalah biseksual, tapi di Msia ni mana satu mahkamah yg menyabitkan Anuar ni biseksual dan Anuar tidak pernah mengaku dia biaseksual. Tolong butikan dgn bukti2 yg nyata spt kes2 dimahkamah membuktikan Anuar biseksual kalau pun ANuar tak nak mengaku. Semua kes Anuar didapati dia tak bersalah dan semua tuduhan hanya dari musuh politik dia aja...

Anonymous said...

Yer tak yer juga yer! Bukti yang sahih cuma dengan China Doll,seorang perempuan, bukannya perlakuan sesama lelaki. UMNO tak tahu bezakan ker antara pemimpim parti yang penzina dengan pemimpin parti PELIWAT!!???!!!

Anonymous said...

Kalau kaki pembelit tu memanglah dapat belit mahkamah pun. Suruh sumpah takut, bagi berbagai alasan pula. Nanti suatu hari bila Kak Jijah minta cerai, cepat tuduh pula ini UMNO punya angkara.Label pula Kak Jijaj sebagai Kak Jijik. Dunia dunia.......

Kak Jijah!!! Cepatlah bertaubat dan bertindak sebelum Malaikat Maut menjemput!!!! Please please please!!!!!!!!

ABCD: Asal Bukan Cina DAP said...

Malu kita dengan Singapura. kita lebih dulu merdeka tapi minda kita telah ditawan kembali oleh anasir-anasir LGBT. rakyat singapura sangat matang dalam menilai kejahatan & kehancuran yang berada disebalik anasir LGBT. Bangkitlah rakyat Malaysia, tentang LGBT, selamatkan Malaysia!!!

Anonymous said...

Dey kurapan, sy kalu jumpa itu ular sama lu, sy kasi ketuk lu dulu.!!!

Anonymous said...

Macha ni tak abis-abis serang Anwar ye.. Macam kena bayar pulak..

Aku la kan, kalau tak suka sorang kawan aku, takde nya aku nak pong pang pong pang keliling kampung nak burukkan kawan aku tu..

Macha ni orang tak kacau dia, dia aje yang sibuk kacau orang.. Masyukkk tu... Kalau tak masyuk, takde nye dia nak susah payah ke sana ke sini sebar fitnah..

Macam Dato Zaid Ibrahim, keluar PKR elok aje dia takde kecoh menggelabah macam macha ni.. Cool je dia.. Takde nak terhegeh-hegeh serang orang sana sini..

Dari situ kita dah nampak dah ada agenda tersembunyi macha ni.. Orang Amporno suka benar dengan macha ni.. Kawan 69 Amporno ni..

Menggelabah punya macha..