Sunday, April 21, 2013

Datuk Kamilia Ibrahim KHIANATI Parti....! Sanggup Jadi PENGKHIANAT Kerena Kecewa...

Saya selaku Ketua Wanita Barisan Nasional merangkap Ketua Wanita UMNO Malaysia, serta semua ahli Wanita UMNO dan BN, rasa teramat kesal dan kecewa di atas tindakan Dato’ Kamilia bertanding di atas tiket bebas di Parlimen Kuala Kangsar setelah beliau tolak tawaran BN untuk bertanding kerusi DUN Bukit Chandan seperti yang diperjelaskan oleh YAB Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO pada 18hb April 2013.

Dato’ Kamilia telah buat keputusan ini dengan sendiri sekaligus melanggar peraturan disiplin UMNO dan BN dan akan menghadapi tindakan tegas seperti yang diumumkan oleh Pengerusi BN dan Timbalan Pengerusi BN.
Selama empat tahun, saya telah tentukan dan kemaskinikan satu sistem Jentera Wanita Pilihanraya Umum yang sistematik dan mantap untuk Wanita UMNO dan Wanita BN, termasuklah untuk menghadapi apa jua situasi yang luar biasa. (contingencies)

Jentera Wanita ini yang dinamakan Jentera Jalinan Rakyat (JR) telah bertugas di semua peringkat, terutama di peringkat akar umbi dengan baik, penuh komitmen dan kesetiaan kepada perjuangan Parti walaupun menghadapi pelbagai cabaran termasuk tidak dapat peluang untuk menjadi calon. Ini adalah kerana perjuangan mereka ikhlas, tidak pentingkan diri dan sabar dalam perjuangan.

Jentera Jalinan Rakyat akan berjalan dengan penuh disiplin tidak kira sesiapapun yang membelot atau mengkhianati Parti kerana kepentingan diri sendiri.

Jentera Jalinan Rakyat di Kuala Kangsar berjalan dengan baik di bawah kepimpinan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Nor Rizan Subehi yang selepas ini akan memangku jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar.

Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan dan semua ahli Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar kerana di saat mereka diduga mereka menunjukkkan semangat kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada UMNO dan Barisan Nasional, terutama dikala kita menghadapi PRU-13 ini.

SHAHRIZAT ABDUL JALIL

32 comments:

Istana Bunian said...

BILA KUASA TERSEMAT DIHATI.
KATA 'MATI' PUN DIA SANGGUP.
KINI.
DATO KAMALIA TERASA HATI.
BENAR KATA ORANG TUA-TUA.
MENURUT HATI "MATI".

INILAH NASIB BADAN.
BILA KUASA MENJADI PILIHAN.
SELAMAT TINGGAL DATUK KAMALIA DALAM UMNO.
BERIBU LAGI MANUSIA BERNAMA WANITA YANG LAYAK MENJADI KETUA WANITA UMNO MALAYSIA.

Anonymous said...

nampak sangat matlamat perjuangan kamalia, untuk diri sendiri, sudah ditawar untuk adun, nak ke parlimen, silap hari bulan, melompat ke pr kerana nak kan putrajaya bila dah dapat parlimen. boleh jadi lalang org macam ni kalau kuasa adalah matlamat diri, di singkir lebih baik.

Anonymous said...

khianat apa shahrizat jalil kes nfc tu apa hal itu bukan khianat duit rakyat ke

Anonymous said...

ko ni sedar ke x dol

Anonymous said...

Itu duit pinjaman.. Ulang balik duit pinjaman suami dia.. Bukan utk Sharizat Jalil. Xde isu besar lantak dia la suami dia nak buat apa janji bayar. Sama cam ko bayar keter ko tu.

Stopa said...

Umngok sinonim dgn lembu, rileks la kamila,nnt join parti harapan rakyat, putrajaya dh dlm genggaman.takbir.go dato husam musa,kasi benam itu umno dalam2.

Anonymous said...

Keputusan PRU nanti akan menjadi penanda aras akan kekuatan nya di mata rakyat. Jika beliau menang sebagai calon bebas, maka sememangnya beliau punya asas untuk memberontak kerana tidak dicalonkan, jika kalah maka tepatlah percaturan Tok Jib.

Anonymous said...

Stopa
Spender putih berapa hargo ?

Anonymous said...

Kutip la org2 yg bn xnak.. Kalu dlm bn pun gla kuasa dlm pr pun dia akn mtk kuasa jg

Anonymous said...

NFC tu pinjaman dan bayar balik?

Kosmetik akaun ada lerr...

Dah memang takdir UMNO tu ibarat lembu2 merah, malar je kena sentap idung!

Tukang Karut said...

Contoh yg terbaik yg buat akaun kosmetik tu supaya senang nak paham, maklumlah kalau berbicara dgn penyokong PR yg buta akaun apatah lagi termonologi perakaunan, adalah kerajaan Selangor dan Pulau Pinang. Kalau ada baca laporan2 akaun kedua-dua kerajaan negeri ni lah.

Tapi kalau penyokong PR ingat laporan akaun sama mcm keputusan 4 nombor ekor, tak boleh buat apalah ...

Anonymous said...

satu undi utk pas sama lah beri satu undi utk dap komunis yg membelah perut melayu paa 13 may......

Anonymous said...

Kutuk kamilia konon kepentingan diri tapi najib nak jadi PM bukan kepentingan diri. Kalau bukan kepentingan diri pulangkan balik duit rakyat RM 500 juta komisen scorpene, RM 300 juta bagi permata bini dia dan RM 200 juta bagi laki shahrizat, Kami pengundi Kuala Kangsor akan tentukan tapi bukan kamu shahrizat, bertanding dengan budak hingusan si nurul izah pun kalah..poorah

Anonymous said...

Dato Kamilia tidak mahu jadi makmum. Ingin menjadi imam selamanya

Anonymous said...

selepas tumbangnya kerajaan BN, agak2 ada lagi tak Menteri yang duduk di Malaysia tercinta atau semua cabut lari ke luar negeri kerana dosa2 menyamun duit rakyat akan disiasat, bicara dan dihumban ke penjara sampai dia orang reput.

Negara dah nak muflis kena samun dan rompak dan rakyat makin derita kerana inflasi dan tekanan sara hidup.

Anonymous said...

sudah lah sharizat, mamak tu mamak jugak! boleh tipu kamu tipu, boleh balun, kamu balun.kamu memang lalang.Depan cakap lain, belakang cakap lain.

Anonymous said...

Hujah2 lama sejak 2 pru dulu. Dahulu memang aku termakan dakyah jahat begitu. Lantaran usia aku semakin meningkat, ada hidayah dan celik akal bagi membuat perkiraan semula. Semakin jelas jelas pkr & pas tersasar dan diperalatkan dap. Aku tidak rela.

Pru 13 undi aku dan seluruh anggota keluarga untuk BN.

Anak Lenggong said...

Manusia tidak boleh lari daripada perasaan bongkak, rasa terlalu bagus dan pentingkan diri sendiri. Daripada kes pemilihan ketua wanita dulu lagi dia sudah mula tunjuk belangnya tetapi belang yang ketara dia nak kan sangat kuasa adalah sewaktu kes NFC baru ujud dengan meminta shahrizat mengundur diri…bagi membolehkan dia memangku jawatan nombor satu Wanita.

Jelas sekali sikap gila kuasa ini makin membara pabila dia mau dilantik sebagai wakil parlimen sedangkan Najib sudah menawarkan beliau sebagai calun Dun di Bkt Chandan supaya sekiranya dia menang, dia boleh dilantik menjadi Adun Negeri. Dia menyatakan dia boleh memberikan pendapat didalam membangunkan kerajaan sekiranya dia dilantik menjadi MP…alangkah bodohnya dia ni walaupun saorang yang terpelajar..tidak terfikirkan dia bahawa dia mempunyai akses dan platform yang luas bagi memberikan apa sahaja cadangan membina disebabkan jawatan nya adalah sebagai orang nombor dua didalam wanita UMNO. Segala pandangan dan pendapatnya boleh disuarakan didalam mesyuarat bersama ahli majlis tertinggi UMNO ataupun BN.

Tapi elok juga dia mengeluarkan belangnya sekarang daripada menjadi parasit didalam UMNO..selamat berjuang diucapkan ataupun nama Kamilia akan ditenggelamkan didasar sungai perak.

BUAT PACACAI PR KALAU TAK RETI NAK KOMEN DAN TIADA FAKTA, BAIK DOK DIAM JE..KANG KALAU BERCAKAP AKAN NAMPAK SANGAT BODOH KALIAN..PIE BALIK JAHIT BENDERA CAP UNDERWARE PUTIH TU DAN GANTUNG LA DISEPANJANG JALAN..KALAU TAKDE DUIT PERGI KELENGGGONG JUMPA RAZMAN ANAK PAK YA KAMPONG LUAT..(YDP PAS DAN CALUN PARLIMEN LENGGONG) MINTAK DUIT SEBAB DIA TU LA NI SAORANG JUTAWAN ..RUMAH DIKELANG REGA BERJUTA..DAN KAT LENGGONG PUN REGA HAMPIR SEJUTA..HASIL DARIPADA DUIT YANG DIA KUMPUL SAMPAIKAN TAK MAKAN DAN MINUM SEWAKTU BERTUGAS SEBAGAI PEGAWAI KASTAM YANG DINASIHATKAN BERSARA AWAL PADA 2009.

Harimau Kumbang said...

Senyap dah bijak pandai PR semua bila kena smash dengan Anak Lenggong...

Anonymous said...

Cosmetic account tu aper? Dlm banking term ader yer? Jap aku google

Anonymous said...

Kamilia lebih bermaruah dari Sharizat Lembu NFC

Anonymous said...

Gugusan hari-hari
Indah bersamamu
Kamilia

UMNO berkata Tak perlu kau berlari
Mengejar mimpi Yang tak pasti
Hari ini Juga mimpi Maka biarkan
Ia datang Di hatimu

Anonymous said...

Lembu pn lbih bmaruah & bnilai dr kau yg bodoh mcm babi utan.. mcm hanjing kurap mtk nyawa..

Anonymous said...

Kamilia lebih bermaruah dari lembu-lembu dalan UMNONGOK

Anonymous said...

bercakaplah dgn menggunakan akal & ilmu yg dibekalkan oleh Nya.. jgn bercakap dgn menggunakan perasaan & makian... terkadang ilmu kita tidak seberapa tapi berckp mcm tahu segalanya.. jgn kita terus mengumpul dosa kerana takut2 tidak diberi kesempatan utk mengurangkannya...

Anonymous said...

Terpelajar tinggi manapun,alim dan tawaduk tara mana pun,..bila berdepan dengan kuasa kebodohan dan keduniaan seseorg itu akn terserlah juga..

hanan

Mohd Raimi Mohd Sidek said...

Sedih bila melihat anak bangsa yang cepat sangat melompat dengan isu yang tidak pasti. Menuduh penyelewengan sana sini tanpa sebarang bukti yang kukuh. Jangan terlalu ghairah sehingga kita bercanggah sesama sendiri. Mencaci cerca bukan budaya kita. Eloklah muhasabah diri dan rasional dalam mencari kebenaran.

Anonymous said...

Pada pendapat saya UMNO/BN terlepas pandang dan pada saya Datuk Kamalia memang layak dan sesuai untuk bertanding di Parlimen Kuala Kangsar itu melihat kepada kesenioriti dan jawatannya sebagai Naib ketua UMNO dan semetelahan pula Datuk Sharizat tak bertanding kali ini dan saya rasa pemimpin sayap wanita itu patut diberi jawatan menteri kabinet memegang potfolio yang ditinggal oleh Sharizat akibat perletakan jawatan akibat kes NFC itu.UMNO/BN harus memberi peluang kepada ahli UMNO yang telah lama berjuang dan menghargainya.UMNO Perak mungkin tersilap kerana memberi peluang kepada calon UMNO yang pandai bodek jer...cuba fikir2kan!

Anonymous said...

Dimerata-rata blog mesra-BN macai PR menggelupor dan meroyan tak tentu hala pasal dah tahu 100% PR bukan dapat perintah negara pun, yg kemungkinan besarnya negeri2 yg mrk perintah pun boleh hilang ..

mazlan said...

Umno

Anonymous said...

Hidup Datuk Kamilia yang tidak bercampur dalam korrupsi saperti pemimipin lain sapreti di dalam NFC ia itu kes "Cowgate".