Thursday, April 25, 2013

Faekah Akui Pengundi Pengundi DUN Pelabuhan Klang Paling Bertuah Dalam Dunia....

Bekas Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Mohd. Nazmi Rosli menyifatkan pengundi di Pelabuhan Klang bertuah kerana berpeluang mencipta sejarah menjatuhkan karier seorang Menteri Besar.

Ini kerana, kata beliau, jika Menteri Besar Selangor sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal mendapat mandat pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang maka beliau tidak dapat menjawat jawatan itu semula.

"Saya yakin penduduk Pelabuhan Klang akan mengambil peluang keemasan ini kerana Abdul Khalid bukan sahaja gagal menjalankan tugasnya sebagai menteri besar, malah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang pengecut kerana lari ke kawasan lain.

"Keputusan beliau lari ke Pelabuhan Klang satu kesilapan besar dan jangan ingat pengaruh sebagai menteri besar dapat membantu beliau menang undi rakyat," katanya



Pada PRU-12 empat tahun lalu, Abdul Khalid menang di Ijok.

Beliau ditemui selepas berucap di hadapan lebuh 200 penduduk di Pangsapuri Palma, Bandar Botanik di sini malam tadi.

Mohd Nazmi juga yakin Datuk Nasarruddin M. Zin adalah calon pilihan rakyat yang akan membantu mengembalikan kerusi DUN Pelabuhan Klang ke pangkuan Barisan Nasional. - klik UTUSAN ONLINE

4 comments:

Anonymous said...

makin berminyak lah muka setpol kau Lid..Faekah pas ni boleh lah jadi saleswoman jual produk hilangkan minyak kat muka....mampozzzzz

Anonymous said...

TAHNIAH MB .. PENCAPAIAN TERBAIK JAGA KHAZANAH RAKYAT SELANGOR BERBANDING SEMASA ‘PEROMPAK’ UMNO JAGA DULU!

Simpanan tunai S'gor cecah RM1.9 bilion
Malaysikini , 8:02PM Feb 8, 2012


Simpanan tunai kerajaan negeri Selangor terus mencatatkan peningkatan sepanjang tahun 2011 dengan jumlah simpanan sebanyak RM1.9 billion - meningkat lebih 26 peratus, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, jumlah simpanan tunai di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat jauh lebih tinggi berbanding di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang hanya merekodkan kurang RM500 juta sebelum 2008.

“Saya telah dimaklumkan perbendaharaan negeri bahawa jumlah rezab kita meningkat lebih 26 peratus kepada RM1.9 bilion berbanding sebelum 2008 iaitu kurang RM500 juta,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan Masjlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini.

Menteri Besar berkata, laporan kewangan kerajaan negeri 2011 itu akan dihantar kepada Jabatan Audit Negara untuk diaudit.

Anonymous said...

TAHNIAH MB….. JAGA KEBAJIKAN RAKYAT!


Dalam perkembangan lain, Tan Sri Abdul Khalid berkata, kira-kira 600 penduduk setinggan di Sungai Sering, Hulu Klang, akan menerima Sijil Layak Menduduki (CF) bagi unit rumah kos rendah Jumaat ini.

Menurutnya, CF tersebut telah dikeluarkan pada 31 Januari lalu, sekaligus menamatkan penantian hampir sembilan tahun peneroka bandar itu yang telah dipindahkan dari 11 penempatan setinggan di Mukim Klang di bawah program penempatan semula setinggan.

Projek rumah kos rendah Taman Ukay Indah, Sungai Sering dimulakan pada Jun 2003 dan sepatutnya siap April 2006 tetapi terbengkalai kerana syarikat pemaju berdepan masalah kewangan dan teknikal.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah membelanjakan lebih RM16 juta sejak 2006 sehingga 2012 untuk membayar sewa rumah penduduk yang gagal dipindahkan ke penempatan sementara

Anonymous said...


KEGANASAN & KEKEJAMAN POLITIK UMNO/BN DI ERA NAJIB……..

16 Julai 2009 -- PEMBUNUHAN MISTERI TEOH BENG HOCK (bekas setiausaha politik Exco Kerajaan Negeri Selangor) DI PEJABAT SPRM SELANGOR……

6 April 2011 -- PEMBUNUHAN MISTERI AHMAD SARBANI MOHAMED ( Pegawai Penolong Pengarah Kastam) DI PEJABAT SPRM WIL PERSEKUTUAN K. LUMPUR ….