Tuesday, April 2, 2013

GEMPAARR....! 2 Tahun Saya Jadi Hamba Seks Seorang AMK PKR....

Disebalik kesungguhan segelintir penyokong PKR terus menerus mempersendakan kesahihan video "Anwar Ibrahim Sodomy Mahasiswa" namun diam tak diam rupanya ramai anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) amat berkeyakinan individu dalam video itu sememangnya Anwar Ibrahim.

Mereka sudah melihat sendiri video tersebut yang memperlihatkan betapa gersangnya Anwar tika itu ditambah lagi dengan aksi menerkam ke arah pasangannya, menyebabkan masing-masing bercambah keraguan terhadap moral pemimpin tertinggi parti.

Keyakinan mereka kian bertambah apabila baru-baru ini Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli secara tak sengaja telah mengakui Anwar adalah seorang yang peramah dan mudah didekati ketika merujuk kepada video yang disiarkan oleh blogger PapaGomo itu.

Dalam beberapa video dan gambar lain sebelumnya terutama sekali video intim Anwar dan Cinadoll, mereka masih lagi sedaya upaya menyalahkan individu dalam video terbabit dilakonkan oleh individu lain yang mirip atau menyerupai wajah Anwar.

Kini masing-masing terpaku kelu dan mula menerima hakikat betapa rendahnya moral dan akhlak pemimpin yang dipuja-puji selama ini. Mereka tahu wajah yang mirip Anwar itu memang sah milik Anwar.

Senario ini agak membimbangkan dan memeningkan kepala para pemimpin AMK dan PKR, lebih-lebih lagi jika keadaan ini berterusan dikhuatiri akan menimbulkan kesangsian yang agak serius di kalangan anggota parti terhadap pucuk pimpinan PKR.

Tambahan pula rata-rata di mana sahaja Anwar menyertai aktiviti ceramah atau bertemu muka dengan rakyat sejak akhir-akhir ini, dari hari ke hari kedatangan penyokong PKR dan juga juga semakin berkurangan. Itu petanda jelas semakin ramai yang menjauhi PKR dan PR.

Jika ia berlanjutan demikian, bermakna lambat laun ahli parti sendiri akan mula bangkit mempersoalkan akhlak dan morak Anwar seterusnya ia akan meletakkan PKR dalam keadaan bahaya menjelang PRU 13.

Apatah lagi tika ini kepercayaan PAS terhadap Anwar juga kelihatan kurang meyakinkan apabila sebahagian pemimpin dan penyokongnya sudah berani menolak Anwar sebagai Perdana Menteri disebabkan faktor akhlak dan moral yang melingkari sisi gelap kehidupan peribadi Anwar.

Selain itu, penggerak-penggerak PAS yang menguasai masjid dan surau juga seboleh mungkin cuba mengelakkan penyertaan Anwar dan pemimpin PKR yang lain dalam sebarang majlis munajat dan solat hajat kerana masing-masing bimbang ia akan memberi impak buruk terhadap imej PAS.

Bila ahli parti sendiri semakin meragui akhlak dan moral pemimpinnya ditambah lagi dengan kesangsian rakan sepakatan, kelihatan agak sukar untuk Anwar dan PKR meraih semula kepercayaan sebahagian ahli dan penyokong mereka.

Mungkin tertekan dengan keadaan inilah mendorong jentera propaganda PR mula sibuk merekayasa cerita untuk mengaitkan penyebaran video itu dengan UMNO dengan harapan dapat meraih simpati umum.

Tak cukup dengan propaganda sebegitu, PKR cuba pula membuat video palsu bagi mencipta persepsi umum kononnya semua video dan gambar-gambar Anwar sebelumnya adalah rekaan semata-mata.

Mungkin kaedah ini mampu menipu penyokong totok PR, tapi orang ramai tidak semudah itu untuk menerimanya bulat-bulat.

13 comments:

Anonymous said...

dah terlalu banyak yg ditunjuk.. sedar2 lah... jgn manusia seperti ini yg akan menerajui agama,bangsa dan negara... alamatnya akan hancor segala2nya..

demi masa depan anak2 kita dan negara.. sama2 kita TIBAI

Anonymous said...

.

..

...

Sudah terang, jelas & sahih.
Berbagai gambar, video serta pengakuan.

Banyak bekas orang kuat dia telah meninggalkan Pakatan Haram ini.

Bahan bukti bagaimana yang di mahukan?

Suruh dia meliwat tengah Dataran Merdeka?

Baru nak percaya?


.

..

...

Anonymous said...

dah ulamak Hadi kata Video besi kena laa pecaya

Anonymous said...

Ni namanya buta hati.. mata diorang celekkk siap terjojol lg bila tengok nuar balun jantan ke, betina ke... kahkahkah. KENA TIPU!

Anonymous said...

layarilah laman portal web berita terkini DAN PERCUMA www.freemalaysiakini2.com

Anonymous said...

salah satu syarat nak jadi ahli umno....anda mesti bodoh.

Anonymous said...

Nak heran apernya di mana mana di seluruh dunia pertubuhan ekstrim,pengganas ,ajaran sesat,seks bebas dan pertubuhan pemberontak bersenjata teramat mudah menggumpul pengikut dan membina pengaruh dlm masa yang singkat.Di Malaysia golongan muda yang belum matang dan masih goyah prinsip hidup di pergunakan sepenuhnya oleh pihak pembangkang untuk mencapai hasrat dan agenda politik semata mata.Lebih menarik lagi PR kini menjadi medan gelanggang pesara pesara kerajaan untuk berpolitik ala buang tebiat.

Anonymous said...

Pencacai di atas tu tak boleh nak jawab, jadi terpaksa lah reka alasan begitu bangang, dangkal, kebudak-budakan.
Kalau begitu corak pemikiran kamu, patut la kamu jadi pembangkang kering.
Kesiannn........

Anonymous said...

Hei Barisan Haram.. Tak sudah-sudah lagi ke? Pork Jibbon dah boobar parli men dah la.. Nak memekak buat fitnah lagi, boleh dapat pahala ke?

Ko buat fitnah tu, Allah bagi pahala ke?

Bodoh tak boleh diajar.. Ingat dia aje yang betul..

Barisan Neraka adalah penerbit budaya songsang di Mesia ni.. Haramjadah punya parti..

Anonymous said...

ANDAI KATA APA YG DIPAPARKAN ADALAH FITNAH, MOGA BALA DAN LAKNAT ALLAH DITIMPAKAN KE ATAS PEMUNYA BLOG INI DAN SESIAPA SAJA YG MEMANJANGKAN FITNAH TERSEBUT... AMIIIINNN.

Anonymous said...

Kalau tak lihat sendiri, ak pernah melihat dengan mata kepal sendiri, cuma, dengan hanya melihat, mendengar dari koleksi orang lain, dari paparan orang lain, dari kata-kata orang lain, dari sumber orang lain, sudah jelas lagi bersuluh,sudh pasti ianya satu pembohongan semata-mata. Bila kita bercerita bab fasik,, pembohonhgan, penipuan, munafiq maka inilah ciri-ciri nya. Maka bertaubatlah, insaflah dan kembalilah kepada ajaran Islam uang sebenarnya.

Anonymous said...

parlimen dah bubar....apa lagi tak abis-abis dgn video sex....bo lah,, bertandinglah secara gentlemen... yang hairan bin ajaibnya.. gambar boleh rakam, dah berapa video dah.... tapi tak boleh nak tangkap semasa kejadian.... kenapa tak tangkap.. baru jelas dan terang lagi bersuluh... dan tak ada lagi tempat anuar nak lari, nak bagi alasan, dan nak...nak... apa-apa lagi. Itu menandakan auta punya video....orang bodohpun boleh fikir....

Anonymous said...

Asyik bela DSAI walau dia buat dan tipu apa pun. Tu sebab dsai sakit belakang tapi balut leher pun percaya. Dsai tunjuk sampul surat aje kata bukti rasuah pun percaya. Yg peliknya dia org ni boleh panggil org lain bodoh.... Ish pelik org2 mcm ni. Sesuai benor istilah PBB utk mereka. PekaK buta dan bisu. Assabiyah kuat tul