Monday, April 22, 2013

GEMPAARR...! Sidang Media Kamilia Akan Dedahkan Semua RAHSIA Najib, Shahrizat Dan Ramai Pimpinan UMNO

Calon-calon yang bakal bertanding dalam PRU-13 telah pun diputuskan di mana bagi kerusi Parlimen, PAS akan bertanding 73 kerusi, PKR 99 dan DAP 51 manakala bagi kerusi DUN pula, PAS 236, PKR 172 dan DAP 102. 

Dua kawasan di Sabah bakal menyaksikan pertandingan 7 penjuru iaitu N52 Sulabayan dan P191 Kalabakan.  Bagi Sulabayan, pertandingan adalah antara parti BN - Dato’ Jaujan Sambakong dengan PKR - Hermeny Murgal, Bersama - Hasaman Sagaran, dan empat calon Bebas iaitu Hussein b. Mumakil, Mamat Barhana, Julkalani Abd Rahman dan Ghazalie Pg.  Hindi.   

Kalabakan pula, BN – Ghaphur Salleh, PAS – Usman Madeaming, Star – Malvine Reyes, dan empat Bebas – Yahya Zainal, Siamsir Borhan, Freddie Japat dan Mohd Manuke.

Beberapa kawasan lain turut menyaksikan pertentangan sesama sendiri antara sekutu Pakatan Rakyat iaitu PAS dan PKR antaranya di Parlimen Labuan Wilayah Persekutuan, serta DUN Sungai Acheh Pulau pInang, Kota Damansara Selangor dan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir.

Secara dasarnya, PKR dilihat berusaha sedaya upaya untuk menonjolkan dominasi parti itu selaras dengan kedudukan Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri PR. 

Namun, PAS juga tidak mahu mengalah dan berusaha melonjakkan Hadi Awang sebagai bakal Perdana Menteri yang jauh lebih layak dari Anwar Ibrahim.  Perkara ini bukan lagi rahsia di mana penolakan PAS terhadap Anwar kini semakin menjadi-jadi dan berlaku secara terbuka juga.

Di masa yang sama, PAS turut menghadapi cabaran untuk membuktikan bahawa parti itu berupaya menjadi dominan dalam Pakatan Rakyat....

Ini kerana Hadi Awang tidak mempunyai karisma dan kelayakan yang sesuai sebagai seorang Perdana Menteri yang mampu membawa Malaysia mengharungi era teknologi. 

DAP pula mengambil langkah lebih realistik dengan meletakkan calon hanya di kawasan yang ‘masuk akal’ untuk menang kerana cukup yakin bahawa apapun keputusan undian bagi PAS dan PKR, DAP akan kekal sebagai kuasa dominan pakatan mereka.  DAP bagaimanapun tidak begitu teruja untuk menerima Hadi Awang sebagai Perdana Menteri kerana gusar dengan pendirian ekstrem Presiden PAS tersebut dalam soal agama Islam.  

Justeru, walaupun tiada pertembungan DAP-PAS tetapi hakikatnya, berlaku pertarungan hebat antara keduanya dari segi mental dan juga spiritual. 

Pertindihan kerusi dan juga perselisihan yang berlaku di sana sini antara sesama sekutu PR adalah bukti jelas bahawa Anwar Ibrahim tidak lagi relevan dalam politik pembangkang khasnya, dan Malaysia, amnya.  

Anwar ditolak mentah-mentah oleh PAS dan DAP pula langsung tidak menghormatinya.  Kata-kata Anwar langsung tidak diterima oleh pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PR sebagai amanat mahupun arahan. 

Selama ini juga, Anwar tidak pernah mempunyai kuasa khas yang mampu memberi kata putus atas apa saja kemelut yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat.

Biarpun DAP bergelut dengan masalah pemilihan CEC, biarpun PAS berpeluh menahan malu akibat skandal Mustafa Ali, Anwar tidak mampu memberi komen atau masuk campur langsung dalam hal ehwal parti sekutunya sebagai seorang Ketua sebenar. 

Ini kerana siapalah Anwar untuk memberi komen mengenai skandal seks atau ketidaktelusan kerana beliaulah Raja segala skandal didunia. 

Oleh itu, walaupun kepimpinan Anwar tidak diiktiraf oleh pemimpin dan penyokong PR sendiri tetapi, dari segi skandal, kita tidak dapat nafikan bahawa Anwar seorang pemimpin yang hebat, yang benar-benar mampu memimpin melalui tauladan....

Jika tidak, tidak mungkin Mustafa Ali yang bergelar Ulama juga turut mengikut jejak langkahnya.

20 comments:

Anonymous said...

Cit, jangan jadi macam puak sebelah sana la yang suka mensensasikan cerita...tembakau sungguh..

Anonymous said...

apa daaaa
tajuk bikin gempak
takut jadi fitnah

Anonymous said...

Webportal berita edisi percuma tanpa perlu melanggan

Freemalaysiakini2.com

Anonymous said...

Peh..kalau ye pun..jangan jatuhkan kredibiliti blog anda dengan post artikel bertajuk sensasi macam tabloid. Anda mungkin menyebabkan blog anda tidak lagi dipercayai pembaca. Tahniah atas kedangkalan anda mengepost artikel sampah ketika musim kempen sedang berjalan. Ini mengharumkan lagi nama bloggers pro-BN, tahniah! Saya hampir pasti yang komen ini tidak akan dilepaskan, sekiranya ianya dimoderate oleh pemilik blog. :D

Anonymous said...

Blog murahan tahap metrosex, baca utusan meloya pon lg bagus.tahap cai umngok mcm ni la.huhu

Anonymous said...

Tajuk yo yo o jeh..

Anonymous said...

Ni namanya teknik pertahanan kedepan...haha...psywar...org yg ingin melakukan tak akan jadi melakukan. Kebarangkalian adalah tinggi.

Anonymous said...

Kepala toya lu la yg punya blog ne.Tajuk lain cerita lain piii rah.

Anonymous said...

Dalam blog bodoh ni, ko setiap masa kata Amnonok yang baik, Pakatan yang jahat.. Tak ada langsung kebaikan walau 1% pun pada Pakatan pada pandangan ko..

Ko ni memang bias lah.. Ko ni memang bodoh..

Kesian betul la ko ni MIK.. Haram jadah betul ko ni.. Semoga ko mendapat hidayah la..

Anonymous said...

kita harap KAK KAMILIA dapat mencontohi ALLAHYARHAMMAH TAN SRI AISYAH GHANI.

Anonymous said...

... supaya jadi kaki angguk dan macai abadi..

Anonymous said...

bodohla tajuk lain cite lain

Anonymous said...

haaa...padan muka korang cai Pakatan.

ooo...nampak je headline yang memihak kepada korang, laju je korang click ye..tengok2 content lain..kahkahkah. memang posting camni ditujukan khas utk cai mcm korang ni. Bias? Korangla yang bias sebab click posting yang memihak kat korang je.

Orang sebenarnya nak ajak cai-cai tegar Pakatan ni, supaya buka mata baca the other side of the story as well. jgn dok berkiblat ke harakah dan keadilan daily atau seumpamanya je. belah-belah BN pun banyak media yang bagus2 malah lebih baik daripada Utusan meloya tu sendiri.

amacam, ada faham???

Anonymous said...

ni ke blogger..tajuk lain cite lain. kalau dpt duit wat blog jgn putar belit cite..takde etika penulisan. tajuk lain tulis lain.nampak sgt pencacai umngok

kluangman said...

tajuk yg menarik Dan tersirat, yg penting message dah sampai kpd yg tegar

Anonymous said...

UMNO dikuasai oleh korporat korup & mafia politik............. yang bagus2 dalam UMNO akan dipinggirkan seperti Kamalia yg berjuang berkurun utk tegakkan UMNO ... akhirnya dihanyutkan begitu saja.........

mungkin dia tak pandai bodek ROSmah kot?

Anonymous said...

sama standard dengan utusan meloya

Anonymous said...

hahaha terkono eh jang wakakakaka.. sukati tuan tanah la nak tulih apa pon, blog dia.. yg korang sebok2 apehalll? benci tapi rindu ekkk...

Anonymous said...

SATU ALASAN ANWAR ITU BERAGAMA ISLAM
Dulu AKU sokong Anwar dan percaya semuanya konspirasi Tun M dan AKU akan marah kalau orang kata Anwar Meliwat. Tapi lepas Saiful berani bersumpah laknat barulah AKU terfikir hanya orang yang yakin dirinya tidak bersalah saja yang berani bersumpah laknat, jadi macam mana dengan orang yang mengaku Islam tapi takut bersumpah demikian kerana bagi Anwar beliau masih seorang Islam sebab itu beliau takut bersumpah dengan bersaksikan Al-Quran kerana beliau yakin Allah akan menunjuk balasanya serta merta jika segalanya adalah benar. Kepada semua orang PR kalau boleh minta Anwar bersumpah laknat terlebih dahulu baru kita sama-sama bagi sokongan jangan hanya mendengar janji-janji beliau sahaja, Kalau setakat bercakap saja siapa-siapa pun boleh.Lakukanlah Datuk Sri Anwar Ibrahim SUMPAH LAKNAT dan Tunjukkan kepada rakyat bahawa semuanya adalah fitnah oleh UMNO agar kami bekas pengikutmu akan kembali kepada perjuangan mu.
MACAM MANA PENGANUT PR BERANIKAH MENCABAR ANWAR BERSUMPAH SEBELUM PRU13 ATAU TAK YAKIN DENGAN MUKJIZAT ALQURAN DAN BUKANKAH ALQURAN ITU SEBESAR-BESAR MUKJIZAT YANG ALLAH KURNIAKAN KEPADA UMAT NABI MUHAMAD S.A.W. jANGAN KERANA POLITIK KITA PUSINGKAN SALAH SATU RUKUN IMAN. SUMPAH LAKNAT WUJUD SEBAGAI SATU KELEBIHAN BAGI UMAT ISLAM UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN ATAU KEBATILAN YANG TERHIJAB KERANA TIDAK ADA AGAMA LAIN YANG MELIBATKAN SUMPAH LAKNAT SEBAGAI JALAN TERAKHIR UNTUK MEMPERTAHANKAN MARUAH SESEORANG DAN KITA MESTI YAKIN DENGAN KEBESARAN ALQURAN. TAPI SAYANG ULAMA PAS SEKALIPUN ADA JUGA MENCARI ALASAN SUPAYA ANWAR TAK PERLU BERSUMPAH DAN AKU YAKIN PENGIKUT ANWAR JUGA SENGAJA MENCARI ALASAN YANG SAMA, JANGAN SANGKA ALLAH ITU TIDUR KERANA JIKA MENGAMBIL PEMIMPIN YANG ROSAK MORALNYA ADALAH LEBIH HINA KEDUDUKANYA DARI ORANG BUKAN ISLAM.

WIRA TEMPUR PUAK BADAI


Anonymous said...

Manusia x pernah puas dgn apa yg dia ada...rs SYUKUR sgt jauh dr dri manusia...