Saturday, April 27, 2013

JAWI Dah Buat Laporan Polis Husam FITNAH...! Bila Nak Bertindak...? Senyap Ajer Ker Bro...?


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah membuat laporan polis ke atas calon Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa kerana menyebarkan maklumat palsu (fitnah) bahawa Jabatan tersebut telah memecat seorang AJK surau atas sebab politik.

Husam dalam laman sosialnya mendakwa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah bertindak memecat serta-merta ahli jawatankuasa Surau Abdul Rahman Auf kerana membenarkannya berta’aruf pada 20 April lalu.

Ekoran kenyataan tersebut, para pencacai PAS dan PKR telah bertindak menyebar luaskan kenyataan tersebut di laman-laman media sosial untuk menunjukkan kononnya kerajaan BN/UMNO telah bertindak zalim.

Menyedari akan perkara tersebut, Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali telah meminta pegawainya membuat satu laporan polis terhadap kenyataan tersebut di samping mengemukakan saman terhadap pimpinan PAS itu.

Ini kerana tindakan Husam itu jelas berniat jahat untuk meraih undi simpati masyarakat Islam/Melayu di Putrajaya.

Menurut Che Mat, pihaknya mengakui ada memanggil AJK Surau berkenaan untuk mendapat penjelasan namun tiada sebarang tindakan disiplin diambil apatah lagi memecat mereka.



Dasar Penipu...!

 Itulah perkataan yang paling sesuai dilemparkan kepada Naib Presiden PAS, Husam Musa yang nyata berbohong dan menggunakan pendekatan kotor untuk meraih simpati para pengundi.

Didalam Islam, fitnah merupakan salah satu dari dosa besar, yang mana dosanya lebih besar dari membunuh.

Namun pemimpin yang mendakwa kononya mewakili sebuah parti Islam, telah menjadi perkara itu sebagai salah satu dari pendekatan untuk meraih simpati dan undi.

Mereka secara jelas tidak lagi memandang bahawa fitnah itu suatu dosa malah Husam dengan bangga merasakan bahawa merupakan satu kaedah terbaik untuk menyebarkan fitnah itu yang dianggap sebagai `latest news’.

Apakah Husam terlupa dengan firman Allah S.W.T di dalam Surah al-Baqarah: 191:
“Dan bunuhlah mereka di mana kamu temui mereka, dan usirlah mereka dari mana mereka telah mengusir kamu. Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan. Dan janganlah kamu perangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu, maka perangilah mereka. Demikianlah balasan bagi orang kafir.”

Ini kerana fitnah tersebut boleh memecahkan perpaduan ummah, memutuskan silaturrahim sesama manusia, menyebabkan manusia kehilangan tempat tinggal, harga diri, harta dan sebagainya. Ia adalah merupakan kebohongan yang menghancurkan.

Kesimpulannya, mereka yang mendakwa kononnya mewakili Islam sebenarnya hanya menggunakan agama suci ini sebagai alat untuk menghalalkan cara. Semoga rakyat tidak tertipu lagi dapat menilai perkara yang sebenarnya.

5 comments:

Anonymous said...

Bagi AMARAN 1, AMARAN KEDUA DAN AMARAN TERAKHIR

Macam biasa dengar je.

Anonymous said...

Yelah setakat AMARAN je.Spineless minister.

Anonymous said...

lancau laaa ini menteri AMARAN

Anonymous said...

Agaknya semua orang dah tahu dia ni memang MENTERI AMARAN.

Kalau menang PRU13 nanti kita syorkan pada Pak Najib untuk mengujudkan satu kementerian baru- KEMENTERIAN AMARAN MALAYSIA yang bakal diterajui olih menteri ini.

Merah summerlisme said...

Kelakar kelakar.. bila ambik tindakan.. dia kata kejam ...bila bagi amaran.. dia kata kenapa bagi amaran je.. action tarak... aduiii... tu la... species species hidupan liar ni..