Monday, April 29, 2013

Kalau Kit Siang Dapat Kuasa.... Negara Kita Konfirm HANCUR

Dalam kempen Pembangkang akhir-akhir ini, menyaksikan pemimpin mereka semakin tidak dapat mengawal diri.   Rata-rata ceramah mereka menyerlahkan kemarahan, dendam kesumat dan dengki khianat yang parah terhadap Barisan Nasional.

Keinginan yang menggila untuk berkuasa menyebabkan mereka tidak mampu lagi berlakon sebagai seorang pemimpin yang rasional dan matang. 

Sebaliknya, mereka menghamun dan mengutuk pemimpin BN semahu-mahunya dalam ceramah mereka bagi mencapai kepuasan.   Apa yang menarik ialah sasaran yang paling mereka gemari ialah Tun Dr Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri yang amat kita kasihi. 

Mahathir begitu giat membantu Perdana Menteri dan Barisan Nasional berkempen dalam PRU kali ini.  Rata-rata program yang menampilkan Tun M pasti menyaksikan sambutan yang hebat sedangkan beliau sudah lama bersara.

Kata-kata Tun M diambil sebagai amanat dan pedoman oleh segenap rakyat berbilang kaum. Dalam setiap program, beliau tidak putus-putus mengingatkan rakyat agar membuat pilihan tepat. 

Tokoh Negarawan itu tidak perlu bercakap berdegar-degar memaki hamun pembangkang sepertimana Anwar menyuruhnya pergi mati.  Tetapi, Tun Mahathir hanya perlu berkata benar dalam setiap ceramahnya, itu saja.  Itu pun sudah cukup untuk membuat Pembangkang separuh gila.  

Selain Anwar, antara yang separuh gila dengan usaha Tun M ini ialah Lim Kit Siang.   Susah hati sungguh si Kit Siang bila Tun membantu BN.  Justeru, jenuhlah dikerah tentera kacang merahnya (Red Bean Army) menghentam Tun Mahathir kononnya sebagai manusia paling berkuasa, kuku besi dan ditakuti di segenap peringkat. 


Namun, dalam pada itu juga, berduyun-duyun anggota dan pemimpin DAP keluar parti. 


Alasan mereka pula adalah konsisten iaitu Lim Kit Siang anak beranak bersifat kuku besi, terlalu berkuasa dan amat ditakuti di dalam DAP!  

Kata mereka, dalam meletakkan calon Pilihanraya, Kit Siang langsung tidak mengambil-kira suara pemimpin bawahan.....   Mereka yang telah lama berjuang di dalam parti diketepikan dan rungutan mereka disambut dengan tempelak serta ugutan.  

Sudahlah pemilihan CEC juga tidak telus yang mana penipuan dilakukan secara terang-terangan, Lim Kit Siang sedikit pun tidak menunjukkan kekesalan atas ‘kebobrokan’ anaknya dalam kes itu, hatta merestuinya pula.  

Sehingga hari ini, tiada siapa di dalam DAP yang boleh mempersoalkan perihal kes CEC, atau akan diberi tekanan oleh kepimpinan atasan. 

Sumber juga menyatakan Kit Siang begitu terdesak kini dan meningkatkan lagi kempen dengan cara mengugut.  Ini sebenarnya, tidaklah mengejutkan kerana sejak dahulu lagi, DAP amat sinonim dengan kes ‘menerima peluru dalam sampul’. Parti ini juga diketahui mempunyai hubungan rapat dengan kongsi gelap bawah tanah.

Sesiapa yang melanggar perintah Lim Kit Siang, akan menghadapi ancaman ugut dan keluarga mereka juga berada dalam bahaya.  Kerana itu di dalam DAP sendiri mereka merujuk kepada pemerintahan DAP sebagai sistem ‘kilas tangan’.  Malah gelaran Tokong terhadap Lim Guan Eng juga dimulakan oleh orang DAP sendiri....! 

Oleh itu tidak hairanlah Teoh Beng Hock mengambil keputusan membunuh diri apabila menjadi ‘liabiliti’ kepada DAP.  

Berdasarkan semua ini, kita tidak perlu menjadi seorang ‘genius’ untuk meneka bahawa kejadian bom dan letupan mempunyai kaitan dengan DAP. 

Selain Kit Siang, pemimpin DAP yang rapat dengannya juga tidak segan silu menunjukkan sikap samseng mereka kepada rakyat, mungkin untuk membangkitkan rasa gerun terhadap parti itu.

Antaranya, Tony Pua ketika menjawab soalan Malaysiakini mengenai Red Bean Army, beliau berkata tugas kumpulan itu adalah untuk ‘membunuh orang’.  Benar, ia adalah satu perumpamaan, namun perlukah menggunakan perumpamaan yang begitu ‘ganas’ dalam politik...? 

Jenice Lee, Shen Yee Aun, Tunku Aziz adalah antara segelintir nama-nama yang sanggup tampil ke hadapan dan menelan segala ugutan demi untuk mendedahkan sikap DAP yang kukubesi, kejam, korup dan kotor....!

Selebihnya, hanya menentang Kit Siang secara senyap-senyap kerana bimbang tindakan parti terhadap diri dan keluarga mereka. 

Beliau sebenarnya amat sedar akan persepsi ramai terhadapnya, kerana itulah beliau bersungguh-sungguh cuba membalikkan persepsi itu kepada Tun Dr Mahathir, iaitu sasaran paling ‘besar’ dan paling mudah. 

Namun, taktik Kit Siang tidak laku kerana rakyat tahu siapa Tun M iaitu pemimpin yang berhati mulia yang tidak jemu-jemu berusaha merealisasikan sebuah dunia yang lebih baik untuk manusia sejagat....

Mantan Perdana Menteri itu terkenal dengan sifat penyayang dan ia boleh dilihat jelas dalam hubungan beliau dengan Tun Siti Hasmah. 

Tun Mahathir tidak pernah hilang kawalan atau menggila dan menghamun sesiapa sepanjang hidupnya.... Biarpun beliau paling marah kepada George Soros suatu ketika dahulu kerana hampir memusnahkan negara ini, beliau telah meluahkan kemarahan itu dengan cara yang amat tenang, dalam ayat yang cukup tajam tanpa perlu terjerit-jerit mencerca seperti Lim Kit Siang mahupun Anwar Ibrahim yang ingin melepaskan geram. 

Justeru, Kit Siang tidak mungkin mampu mencipta gambaran ‘raksaksa’ terhadap Tun Mahathir kerana semua orang tahu, terutama orang-orang DAP sendiri, bahawa Kit Sianglah raksaksa yang sebenarnya.....

Raksaksa yang bernama Kit Siang ini tidak sanggup bersara seperti Tun Mahathir, tetapi beliau perlu berada di dalam hierarki kepimpinan bagi memastikan kepentingan beliau dan anak-beranaknya sentiasa diutamakan. 

Apapun kita ucapkan ‘Selamat Berjaya’ kepada tentera kacang merah di Komtar dan Concorde untuk memulihkan imej Kit Siang dalam masa 7 hari ini.  

Apa yang pasti, beribu-ribu tentera ini tidak mungkin mampu mencipta persepsi bahawa Kit Siang adalah seorang pemimpin yang penyayang dan prihatin dalam masa 7 hari mahupun 70 tahun lagi. 

10 comments:

Anonymous said...

Lee Kuan Yew pernah berkata, tidak mustahil suatu hari nanti Singapura akan bersama Malaysia semula. Jika PR menang Putrajaya dan membentuk kerajaan persekutuan, mereka boleh (tanpa kuasa 2/3), boleh menerima mana-mana wilayah yang mahu menyertai Malaysia, dengan ini, Singapura akan menyertai malaysia dengan ihsan DAP. Apabila Singapura menyertai Malaysia, mereka ini akan membawa masuk 99 buah parlimen dan ini akan menjadikan kerusi Parlimen PR + 99 Parlimen dari Singapura. Parlimen sebegini banyak akan menyebabkan mereka boleh merubah Perlembagaan serta apa2 hak keistemewaan orang Melayu, Raja-raja mahupun Islam sebagai ugama rasmi. Apa yang perlu kita fikir panjang ialah, tanah ini bukan milik kita, kita hanya pinjam dari anak cucu kita. Jangan kita disumpah oleh anak cucu kita nanti..

Waullahu 'alam

Anonymous said...

Betul tu.

Anonymous said...

Yang pasti, MELAYU DAN ISLAM AKAN DIHANCURKAN.

Anonymous said...

Mana dia Jibbon yang tak berani tegor Soil Leg menghina Hudud? Mana? Takde teloq? Bodoh punya Piem.. Penakut.. Berani dia tegur MahaKutty anak2 dapat Kutty dapat kontrak billion Petronas? Ada?

Penakut punya Piem..

Ko cakap LKS nak hancurkan Melayu? Amnonok menyapu memvacuum membalun harta bumiputra Melayu rompak balak, rompak tanah, pemimpin Amnonok mengumpul harta berjuta, tu tak dianggap menghancurkan Melayu?

Cuba la jawab! Lu tak berani nak jawab punya.. Kalau lu jawab pun, lu keluarkan hujah porno lu je, sebab lu tak sekolah tinggi! Haramjadah punya pemuda Barisan Neraka..

Anonymous said...

Orang pas piss pus mana tau hal ini sebab hati mereka hitam legam dan pkr dah hanyut lemas oleh dap,haram undi pas dan pkr

Anonymous said...

Wirid Zikir orang-orang Amnonok hanyalah :

1. Spende XL
2. Video Seks
3. Porno
4. Pungkoq

99x setiap satu setiap hari..

Benak otak udang.. Takde hujah, hanya lucah! Nak talkinkan PAS konon.. Amnonok bakal berkubur bersama Be End dalam PRU 13 ini.. Amin..!

Anonymous said...

Pnb

Anonymous said...

MELAYU DAN ISLAM AKAN DIHANCURKAN.

They deserve it
Too stupid

Anonymous said...

puak pr bengong nk talkinkan UMNO? Tak sedar melayu hamPas dh dlumur dgn lumut hijau. Nicky dh makan kek kapal sink, ntah aoa di dalamnya. Dgn dapig sanggup berpeluk, kafir komunis. Dgn Melayu doakan kemusnahan. Apa jenis Islam! Memang pemimpin pi arr yg penuh kepuraan.

Anonymous said...

puak hamPas memberi jalan kafir komunis naik kepala. Hati penuh dendam, dengki sanggup ditarik hidung. Asalkan Melayu Islam UMNO di hapuskan. Manusia perut busuk. Sia2 bersolat tapi hati penuh kebencian.