Thursday, April 25, 2013

PAS Akui TAK Ada Peluang Rampas DUN N05 Hulu Bernam…. Calon Anak Tempatan Plihan BN Adalah Tepat



Rosni Binti Sohar anak tempatan kelahiran Hulu Bernam nampaknya berpeluang cerah untuk mempertahankan kerusi DUN N05 Hulu Bernam dalam Parlimen Hulu Selangor.

Malah wanita bersemangat kental ini yakin bahawa BN akan dapat menambahkan angka majoriti lebih baik daripada 3,549 yang diperolehi pada tahun 2008.

Keadaan berkempen di sekitar kawasan Hulu Bernam nampak tenang dan aman… Secara keseluruhan kebanyakan pengundi disini merupakan warga FELDA iaitu di Kampung Soeharto, Sungai Tengi dan Gedangsa.


Datuk Rosni merupakan Penolong Setiausaha Wanita UMNO Malaysia juga merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Hulu Selangor. Beliau pernah menjadi seorang guru sebelum terjun ke bidang politik.

Jadual berkempen Rosni untuk tempoh awal ini dilihat lebih kepada menemui segenap pelusuk pengundi secara dekat. Banyak majlis tertutup diadakan dengan tujuan untuk dapat bertemu secara dekat in person.

Kemesraan diantara Datuk Rosni dengan penduduk dan pengundi membuktikan anak tempatan ini memang disenangi.

Calon DUN Hulu Bernam ini membawa slogan RAKYAT DIHATI….

[bersambung...]

8 comments:

Anonymous said...


KEGANASAN & KEKEJAMAN POLITIK UMNO/BN DI ERA NAJIB……..

16 Julai 2009 -- PEMBUNUHAN MISTERI TEOH BENG HOCK (bekas setiausaha politik Exco Kerajaan Negeri Selangor) DI PEJABAT SPRM SELANGOR……

6 April 2011 -- PEMBUNUHAN MISTERI AHMAD SARBANI MOHAMED ( Pegawai Penolong Pengarah Kastam) DI PEJABAT SPRM WIL PERSEKUTUAN K. LUMPUR ….

Anonymous said...

anon kat atas, cuba hang tempek kronologi peristiwa "pembunuhan" tu.. ni meti tak tau hapa2 nii main tempek jerr tau

usin said...

anon atas skali, TBH tu sapa? kerja dgn siapa? apa kaitan dgn dap? apa pasal kerajaan nk TBH mati? sebab TBH boleh dedahkan skandal besar dap/pr di selangor, macam tu? bodoh la lu!!!!

Anonymous said...

baca pesanan Umat Terakhir

Nota Panel: Untuk kali ini, buatlah kerana Allah

http://umat-akhir.blogspot.com/2013/04/nota-panel-untuk-kali-ini-buatlah.html

-posman-

Anonymous said...

Lepas 5mei nanti taulah mampu tak mampu PAS berkuasa disitu.

Anonymous said...

YA...YA... YA.... kita mesti bagi peluang kpd PAS memerintah kerajaan pusat pulak... masa tu UMNO jadi pembangkang pula..... baru betul...

Anonymous said...

bro, 16 julai punya kes , itu angkara ronie liew

Anonymous said...

lu mimpi byk sgt la bro, pas akan hilang byk kerusi tahun ni , lagi pun dgn dap pun asyik tunduk ada hati nak jadi federal gov. lu pikirlah sendiri.