Monday, April 29, 2013

Pemimpin PAS Semua Penakut.... Takder Telor

"Ada calon yang menjulang gambar Stalin, macam mana orang PAS nak sokong. Orang PAS kerjasama dengan PKR dan DAP – tak kerjasama dengan parti Stalin, parti Lenin, Karl Marx. Gambar Karl Marx duduk dalam markas, nak suruh orang PAS kerja, macam mana nak suruh orang PAS kerja...?

"Komunis diharamkan di Malaysia. Itu yang jadi bertindih itu. PAS nak selamatkan Pakatan Rakyat, tak nak jadi macam Perak. PAS tetap bersama PR," demikian penjelasan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ketika mengulas isu pertindihan kerusi sesama PR dalam PRU-13.

Kenyataan Presiden PAS itu secara langsung merujuk kepada pertindihan kerusi di kawasan DUN Kota Damansara di mana PAS telah menghantar calonnya menyebabkan pertembungan dengan calon PR iaitu Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim yang bertanding atas tiket PKR.

Walau dibaca berkali-kali kenyataan Hadi itu, maksudnya tetap sama di mana PAS sama sekali tidak akan redha dengan pencalonan tokoh politik yang berfahaman sosialis dan komunis.

Itu pendirian PAS seminggu yang lalu yang sewajarnya dipertahankan kebenarannya....

Kini selepas menerima tekanan demi tekanan yang diterima dari PKR dan DAP, lain pula yang berlaku apabila PAS akhirnya mengalah memberi laluan kepada calon PSM yang seminggu lalu dipandang keji dek kerana Dr Nasir berfahaman sosialis, bab kata Nik Aziz ideologi itu ibarat adik kepada komunis.

Mengikut kata Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali, keputusan PAS menarik diri di DUN Kota Damansara adalah untuk mengekalkan status quo kerana kerusi itu sememangnya kuota PKR. Baru sekarang mahu sedar, maksudnya memang parah benar masalah kesepakatan dalam Pembangkang.

Perubahan mendadak pendirian PAS ini secara umumnya dialu-alukan oleh penyokong Pembangkang khususnya dari DAP dan PKR, tapi di hati kecil penyokong PAS wujud perasaan menggelodak amarah dan malu kerana terpaksa menyokong calon yang berideologi sosialis.

Patutlah dulu beria-ia benar Mat Sabu memuja kezaliman yang dilakukan oleh Mat Indera Komunis di Bukit Kepong, agaknya tahu suatu hari nanti PAS akan bekerjasama untuk menjayakan golongan yang sealiran dengan Mat Indera rupanya.

Apa pun, dengan perkembangan terbaru ini, sahihlah betapa rapuhnya PAS dalam mempertahankan pendirian dan prinsipnya, itulah puncanya kenapa dalam banyak isu misalnya kalimah Allah S.W.T, hudud, negara Islam dan kemurtadan, mudah benar PAS tewas dan tunduk kepada DAP dan PKR.

Jati diri PAS zaman sekarang jauh sangat bezanya berbanding dulu, prinsipnya rapuh sampaikan sanggup digadaikan segalanya demi menuju puncak kuasa yang tak ketahuan.

Jenis parti sebegini memang tak layak untuk menjadi pengganti kepada UMNO. Bahaya kepada masa depan agama, bangsa dan negara.

Justeru itu, eloklah pada PRU-13 5 Mei 2013 ini nanti, para penyokong PAS yang menyedari hakikat ini bergabung tenaga dengan rakyat Malaysia yang lain untuk sama-sama talkinkan saja PAS. Demi masa depan, itulah yang sepatutnya.

8 comments:

Anonymous said...

Sepatutnya dah lama dah di talkin kan Parti PAS nih.Mereka semua kini wajib di tentang dan di kuburkan selama-lamanya.

Anonymous said...

maunya tak ada telor, skali pkr keluarkan lagi sambungan bideo spendar xxxl season 2, mau tercirit stopa...

Xpas said...

Mrk hanya berkeras dgn UMNO yg Islam, bertolak ansur berkasih sayang pula dgn yg bukan Islam, kebalikkan dr sifat Mukminin yg,
"...bersikap keras dan tegas terhadap org org yg kafir dan bersikap lemah lembut dan berkasih sayang sesama mrk (Muslim),...". Al Fath 29.

Anonymous said...

sikap taksub yang melampau kepada pemimpin dengan perasaan bagai dirasuk... bermusuh dengan sesama islam.. tuduh org islam kafir.. ini dah mcm syiah..marilah kita berkasih sayang sesama islam..

Anonymous said...

mereka dah lupa kepada islam........tertarik dgn kilauan pangkat, harta dan ....wanita. Rasulullah pernah tolak tawaran ini demi d'awah islam walau pun di offer begitu hebat oleh pihak musuh .kesian pas. aku sunggh kesian

Anonymous said...

Wirid Zikir orang-orang Amnonok hanyalah :

1. Spende XL
2. Video Seks
3. Porno
4. Pungkoq

99x setiap satu setiap hari..

Benak otak udang.. Takde hujah, hanya lucah! Nak talkinkan PAS konon.. Amnonok bakal berkubur bersama Be End dalam PRU 13 ini.. Amin..!

Anonymous said...

Biasanye klu pas pnya doa msti patah blek kt pas smula.. cmne tu ek...?? npe x celik2 lg..?? X pcaya pd kuasa Allah ke..?

Anonymous said...

Haram undi pas dan pkr