Sunday, April 21, 2013

Pengundi India Shah Alam Akan Pastikan Zul Noordin Menang....!

Bukan lagi rahsia penganut agama Hindu yang berjumlah sekitar 15 ribu orang di Shah Alam tidak dapat menerima Zul Nordin berikutan tersebarnya video ceramah Zul Nordin yang menghina tuhan mereka. Video tersebut adalah video lama semasa Zul di dalam Pas.

Saya memahami perasaan penganut Hindu sekiranya mereka tidak mahu mengundi Zul Nordin, biarpun beberapa hari lalu calon BN ini telah  memohon maaf kepada seluruh penganut agama Hindu atas kenaifan beliau sepuluh tahun lalu.

Samaada permohonan maaf tersebut diterima oleh penganut Hindu adalah satu persoalan lain. Hanya setiap individu yang beragama Hindu sahaja boleh membuat keputusan sendiri. Namun saya percaya ada penganut Hindu akan menghargai permohonan maaf  Zul tersebut dan memberi sokongan kepada beliau.


Tindakan Zul memohon maaf secara terbuka merupakan satu tindakan sangat besar ertinya. Tidak ramai pemimpin politik sanggup duduk merakamkan kenyataannya memohon maaf dan disiarkan di seluruh negara.

Zul tidak perlu menebalkan muka, merendahkan ego dirinya untuk memohon maaf hanya sekadar mahu menjadi calon. Tidak perlu kerana beliau telah pun menjadi wakil rakyat sebelum ini.

Sudah tentu ada yang sinikal berkata mengapa baru sekarang, ketika hampir pilihan raya, mahu pohon maaf? Percayalah Zul tetap akan memohon maaf jika video itu disebarkan terlebih awal. Namun video tersebut hanya disebarkan dan dijadikan kontroversi beberapa hari lalu. Maka beberapa hari lalulah Zul mengemukakan permohonan maafnya.

Zul hari ini bukan lagi zul 10 tahun lalu. Beliau telah berhijrah daripada satu ideologi yang berasaskan kebencian, adu domba, fitnah kepada masyarakat yang lebih terbuka dan rasional. Nilai dan terimalah Zul Nordin hari ini bukannya Zul Nordin ketika berada di dalam Pakatan beberapa tahun lalu.

Jika penganut Hindu boleh memberi sokongan kepada Zul 5 tahun lalu ketika beliau telah pun melontarkan ucapan menghina agama Hindu itu, tidak ada sebab mereka tidak boleh melakukan perkara yang sama hari ini.  Ini kerana Zul Nordin hari merupakan individu yang jauh lebih baik dari 2008.

Saya percaya majoriti orang India sekarang menyokong Barisan Nasional dan program transformasi yang dibuat oleh Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.

Jangan kerana marahkan Zul Nordin maka seluruh calon BN tidak diundi. Zul Nordin hanyalah  calon mesra BN yang Najib rasa boleh membantu mengukuhkan BN dalam beberapa keadaan.

Justeru, jika benar penganut agama Hindu tidak boleh mengundi Zul Nordin, rosakkanlah sahaja undi di Parlimen. Berikanlah undi untuk calon BN di DUN Batu Tiga dan Kota Anggerik. Jangan sesekali beri undi kepada Pas, Pkr dan DAP kerana selama ini tidak ada satu pun janji terhadap orang India mereka penuhi.

Baca seterusnya, klik sini

9 comments:

Pejuang Bangsa said...

In Sha Allah Zul Nordin akan menang. Sama-sama kita doakan. Zul jauh lebih baik dari Khalid.

Anonymous said...

Sy setuju 100%. Semoga YB Zul diberkati Allah SWT. Amin...

Anonymous said...

Kita tengok orang berani bercakap..

http://www.youtube.com/watch?v=3L47lAelZ1A&feature=youtube_gdata_player

Anonymous said...

cara ciuman tuu..kalau aljuburi tengok...pasti jelues.....nihh.....celaka matshabu bagi gelaran aljburi kat abang nuarrr.....pooiiiiiii...

Micel said...

Harap india je ke, melayu takkan undi mat bisul ni.haha

Anonymous said...

Majoriiti melayu shah alam kata tak sokong bn,mcm mana ni?

Anonymous said...

Jangan percaya kepada tukang2 komen yang cakap pengundi Melayu tak sokong Zul. Saya tinggal di Shah Alam Sek 24. Dulu Tmn Muda. Kerja di Shah Alam Jln Perusahaan. Lebih 10 thn dah di sini. Sejak nama Zul naik bertanding sini, semua kwn2 Melayu amat optimistik dan bersemangat. Mereka ni bukan ahli mana2 parti. Tapi mereka ini semua pengundi Shah Alam. Saya boleh jamin Melayu Shah Alam majoriti akan sokong Zul. Puak2 Masjid dan surau kat sini pun semangat nak tengok Zul pimpin Shah Alam. Wasalam.

Anonymous said...

Fuh, dengan Zul Al Kataki Wal Purui ni penduduk Shah Alam berpuas hati? Mana penduduk wakil penduduk tempatan?

Part optimistik dan bersemangat tu yang paling lawak tu..

Ni dia Zul yang tak ada sebut In sha Allah, berpegang pada tali Allah sebaliknya condifent berlebihan, bergantung pada Jibbon.. Saksikan sendiri..

1/2 minit je aku sanggup tengok.. Ko tengoklah berlagaknya si Zul Kataki ni..

http://youtu.be/ALVoqBuIt1o

selamatkan selangor said...

Tuk Zul Noordin dpt sokongan pelbagai pihak...bukan BN saje malah dpd org2 Pas dn Pkr juga ngo2 meyenangi beliau!..Zul seorang peguam menerima pendidikan dari Victoria Universiti Wellington di New Zealand...dikenali sbg pendebat yg hebat di parlimen...seorang yang tegas mempertahankan isu aqidah di kalangan orang Melayu menyebabkan tuk Zul dianggap seorang pejuang islam sejati!