Friday, April 5, 2013

PRU 13 - FUYO Nik Ajees Penjaga Syurga & Neraka, Dia Tentukan Siapa Masuk Neraka....

Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan antara beberapa pemimpin utama PAS yang tak pernah serik dari mencetuskan kontroversi demi kontroversi gara-gara tutur katanya yang kasar, celupar dan tidak berhikmah.

Tak berapa lama dulu Nik Aziz pernah sibuk menjaja isu syurga dan neraka, seolah-olah dirinya penjaga kunci yang akan menentukan orang yang sokong PAS masuk syurga dan orang UMNO masuk neraka.

Sebelumnya, Nik Aziz dengan selamba menyatakan kesediaan bersahabat dengan syaitan semata-mata untuk menjustifikasikan perlunya hubungan kerjasama PAS dengan DAP.

Terbaru, Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan mendakwa orang Islam yang menyokong UMNO tidak akan mendapat pahala meskipun menunaikan sembahyang sebagaimana difardukan dalam Islam.

Alasannya konon kerana UMNO menerima dasar kebangsaan yang ditakrifnya sebagai menolak Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Makin tua makin merapu pula orang tua tak sedar diri yang gila kuasa mahu bertongkat langit sampai mati ini.

Nampak sangat Nik Aziz dah tersesat arah kerana salah memahami maksud kebangsaan mengikut fahaman sempit, tapi peliknya liberalisme dan pluralisme yang berakar umbi dalam PKR sedikit pun tak berani disentuhnya.

Ada pemimpin Melayu yang bersekongkol dalam DAP yang berpegang pada fahaman sosialis, tak pula Nik Aziz pertikaiannya. Mentang-mentang geng sendiri, hipokrit punya manusia bertopengkan agama.

Nik Aziz sebenarnya terdesak nak memainkan semula persepsi yang PAS itu Islam dan Islam itu PAS, menyokong PAS bermakna menyokong Islam dan menolak PAS maka dituduhnya menolak Islam.

Hakikatnya, Nik Aziz tak sedar yang PAS hanyalah sebuah parti politik semata-mata yang tertubuh akibat kekecewaan pemimpin-pemimpin awalnya.
Untuk pengetahuan Nik Aziz, semangat kebangsaan atau nasionalisme yang mendasari perjuangan UMNO merujuk pada wathan (tanah air), Dar al-islam dan Diyar al-islam, maksudnya satu perjuangan mendaulatkan tanah air tanpa mengetepikan ajaran Islam.

Susur galur fahaman yang sama juga yang mendasari kelahiran PAS di zaman Ahmad Fuad yang kemudian diteruskan oleh Burhanuddin Al Helmi dan Asri Muda.

Adakah Nik Aziz sanggup mengira pahala dan dosa mereka, atau sebab mereka ini pernah bersama PAS maka terkecuali dari timbang tara Nik Aziz dan PAS....?

Orang UMNO yang Nik Aziz kata tak dapat pahala bila bersolat inilah yang sakan berjuang memerdekakan tanah air dan berjuang memajukan ummah untuk bersaing dengan penganut agama lain supaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi.

UMNO ini jugalah yang sibuk berjuang mempertahankan kesucian kalimah Allah S.W.T dari dinodai oleh DAP dan PKR, sedangkan PAS sehingga sekarang gagal mengubah dasar PR supaya kembali menghormati kalimah Allah S.W.T. 

Justeru itu, tak usahlah Nik Aziz memesongkan orang ramai tatkala diri sendiri gagal memahami realiti, lebih baik Nik Aziz cermin diri sendiri dan perbetulkan hala tuju PAS yang semakin dekat bergelumang dengan fahaman PR yang liberalisme dan pluralisme, ada juga faedahnya

16 comments:

Anonymous said...

otak pok nik da tersumbat taik

Anonymous said...

gila arr. 1 geng dgn abu jahal. tuhan puak khawarij meroyan lagi kih kih kih

Anonymous said...

melampau betul nik aziz ni. babi pun tak gila macam dia

Anonymous said...

..moosidol lahanat sekoq ni dah buang tabiat nak mamapos.. yg korang kasi coverage tu buat apa.. focus pada aljuburi munapig seko tu sudah la.. tabir!..

Anonymous said...

..btw gamba sapa yg lu tempek tu.. hehe.. kesian manusia berdua tu..

Malaysian Cybertrooper said...

PAS = Penyebar Ajaran Syaitan



http://mycybertrooper.net.ms/

Anonymous said...

Xpyah layan nik ajiss ni ORG TUA NYANYUK yg giler kuasa..

Anonymous said...

minta di siasat kembali tujuan penubuhan PAS...
samada pertubuhan agama atau parti sahaja.....

Anonymous said...

Nik Ajis uturn sanggup makan kek sambut besday dengan kafir harbi

Anonymous said...

tanda-tanda orang munafik ialah tidak dapat membezakan mana yang betul dan mana yang salah

Anonymous said...

adui... kalau macam tuh kesiannya Umat Islam dinegara2 luar yg tidak menyokong PAS...habislah semuanya xmasuk syurga..bukan tuh aje, solat bagai pun xdapat pahala... adui adui adui....xde pulak dalam mana2 kitab Al-Quran atau sunnah Nabi SAW yg sebut pasal kena sokong PAS kalau x..xmasuk syurga bagai.... so PATHETIC org tua nyanyuk yg kubur kata mari, rumah kata pi nih mmg dah xreleven...kesian...

Anonymous said...

hahhahahha...yg dapat pahala dan masuk syurga hanya umat Islam yang menyokong PAS...emm emmm.. alamak, sonoklah dorang eh sebab syurga just for them..fuyoooo

Anonymous said...

Klu mcm tu x ramai la org yg masuk syurga sbb makin lama makin kurang ahli pas.dgr kt dah ramai yg x sebulu lg dgn dasar pemimpin pas yg jd balaci dap dan pkr je

Anonymous said...

Pas agama baru. Kalau Saidina Abu Bakar masi hidup tentu dorg ni di kejar..

Ya Allah selamatkan
Hamba2 mu dari jahatnya akal manusia yg cuba mempermainkan dan menjual agama Mu...

Anonymous said...

Semoga golongan pas ni jgn la tersesat lagi..

Anonymous said...

Mmg dorg tu kiranya ajar an sesat suda. Mcm tuhan pula Nik Aziz tu... perlu diperangi org bgini